Tuesday, March 23, 2010

Secebis Undangan Bersulam Ingatan

Hari tu dah cerita pasal barang kemas. Hari ni nak tunjuk pulak kad undangan majlis perkahwinan yang comel2 dan cute mute. Kalau ikutkan masih awal lagi untuk weols tempah kad kahwin ni. Tapi tak salahkan kalu pilih awal2. Sampai mase nanti senang nak pegi terjah.

Suke sangat kad jemputan yang ni. Simple tapi comel dan cute. Kredit to Gedung Kad Kahwin

Yang ni pun comel. Tengok kat Gedung Kad Kahwin jugee..

Yang ni cute. Gambar couple dating meting. Yang ni tengok kat Kad Kahwin

Semua pun gambar kartun yang weols tengok.. hehee.. Tibe2 jadi kanak-kanak riang pulak *ni gara-gara tengok de member buat nampak cute la ni* Nak cari yang simple2 je. Harga pun mestilah yang berpatutan. Takde la sampai yang mahal melampau. Kad2 tu semua harga berpatutan. Masih di bawah bajet kami. Biar bawah bajet, jangan terover bajet. Kang kene cut cost kat part yang lain-lain pulak.. Huhuuuu..

Tips untuk dikongsi bersama :
# Masa yang sesuai untuk menempah kad undangan perkahwinan adalah 2 atau 3 bulan sebelum majlis perkahwinan.
*tak boleh lambat sangat. bukan kamu sorang je yang nak kahwin. ni untuk elak masalah kepada printer. kang dapat kad tak seperti yang diinginkan jangan salahkan orang lain. sape suruh buat last minit kan*

# Masa yang sesuai untuk edarkan kad undangan perkahwinan adalah 6 minggu sebelum majlis perkahwinan. *waktu yang tepat rasenye 6minggu sebelum majlis tu. ambil kira untuk penghantaran dengan pos bagi kawan-kawan yang jauh. kalau awal sangat edar kad, takut sampai mase nanti de tetamu yang dah terlupa majlis kamu. kad pun tak ingat dah letak kat mane. masalah jugak kalau edar lambat sangat. nak pulak majlis kamu tu mase cuti sekolah. dah tentunye banyak majlis lain lagi yang tetamu-tetamu kamu perlu hadiri. so, kalau edar pada waktu yang tepat, mereka boleh la merancang dari awal. dan sudah tentunye majlis kamu akan di utamakan oleh mereka.

2 comments:

fathullahHAKIM said...

buln depn kite g tmpt mk andam ye..lg awal lg bgus

cikezza said...

ok kalu xde pe2 hal..