Wednesday, March 3, 2010

bile kebizian melanda

Lama pulak rase tinggalkan blog ni tanpa sebarang cerita. Bukan tak de cite menarik nak cite. Tapi keadaan diri yang agak bz kebelakangan ni. Sekarang pun masih lagi bz. Tapi boleh je nk curik2 masa buat entry.. hehehee..

Dalam pada saya tak nak pegi conference hari tu, akhirnya saya pegi gak la. Gagahkan diri untuk pegi. Tapi serius saya malu sangat2. tak de seorang pun yang saya kenal melainkan pengerusi majlis pada hari tersebut. Salah sorang bekas pengacara rancangan Majalah 3. Tu pun saya je la yang kenal dia. Dia tak kenal pun dengan saya. Hahahaaa.. Comel sangat bile tengok depan2 walaupun dia sedang mengandungkan anak yang ke 3 (kalau tak silap).

Cite pasal conference tu tak de yang menarik sangat pun. Sebab tiba2 menjadi sangat2 sopan bile berada dalam grand ballroom tu. Serius malu… sopan santun.. lemah lembut… beretika.. beradab… alahaaaiiii.. anak dara sape la ni.. kalu mak mertua tengok confirm sayang sangat2 la lepas tu.. hahahhaaa… makan pun habis sopan gile la… nak2 pulak duduk makan 1meja dengan vvip dan speaker2 dari Singapore, jepun, hong kong dan UK. Rase macam nak cepat2 je kuar. Tapi macam tak sopan la pulak nanti. Teringat-ingat pulak pesan bos hari tu. ‘ni la masenye awak nak kenal2 orang’.

Mase majlis berlangsung, susah gile nak fokus. Ramainye la press mase tu. Kejap2 kang amik gambar.. kejap2 kang rakam video pulak.. segan wwooo.. yang datang conference ni pun sah2 la sume orang2 besar.. menteri2 dan timbalan menteri, wakil2 dari jabatan2 gomen.. wakil2 dari badan2 yang berkaitan. Mase ni memang terasa diri ini sangat la kerdil lagi comel berada di tempat tu. Nasib baik mereka2 sume ok je.. dan membuatkan saya rase sedikit bangge kerana berada bersama-sama mereka.

fffFfuuuHHhh…setel dah pasal conference ni.. dan semalam pun dh setelkan satu perkara lain. Serabut selama 1bulan lebih akhirnya telah berkahir. Harap2 tiada gangguan dari mereka lagi dah selepas ini. Cite pasal tu nanti saya cite kat lain entry. Cite yang sangat panjang dan menarik. Boleh di jadikan panduan kepada orang lain gak nanti supaya tak tertipu sama. Dan pada yang dah tertipu, mungkin boleh gunakan cara yang sama macam yang saya dah buat. Nanti de mase panjang sikit saya akan citekan kat sini.

jap lagi kalu bos tanye 'apa awak dapat pegi conference tu'... saya akan jawab 'macam yang bos suruh la..dapat kenal2 orang'... hahahah... agak2 de berani ke nak jawab camtu.. baru perasan, dalam bizi2 ni, panjang gak aku membebel kat sini.. heeee..

No comments: