Wednesday, March 31, 2010

Cubaan Lari Dari Rumah 425

Malam tadi kami membuat cubaan untuk lari dari rumah. Ni gara-gara tak bayar sewa rumah selama 3bulan la ni. Tu yang membuat cubaan lari dari makcik julia tu. Pukul 11 lebih keluar dari rumah. Angkut sikit2 barang yang de. Masukkan dalam 3biji kereta. Huru hara macam penyamun pun de. Barang-barang yang selebihnye tu esok2 je la angkut. Bergerak la kami dengan 3biji kereta menuju ke destinasi yang rase2 agak selamat. Ke mana?? Putrajaya je pun. Sampai 3biji kereta pegi. Dah macam rombongan cik kiah ke sukan komanwel pun de. Bak kate si masya yang kuat mangarut tu, 'ni rombongan nak minang sape la ni. barang hantaran penuh 3kereta..'

Eehhh... Memang sah la kuat mengarut. Sebenarnye kami bukan lari dari makcik julia la. Kami tolong kak nat dengan abang yen pindah rumah *kami dipaksa menjadi buruh kasar..huhuhuu* Kak nat ni osmet 425 gak sebelum kahwin hari tu. Dah kahwin ni kene la pindah rumah. Barang dia.. Yarabbiiiiii.. Punye la banyak. Dah macam pe je. Segala bende yang kecik comel kat 425 pun dia nak kutip amik *ni kalau kak nat bace ni nahas la kene naik turun court pasni*

Ni buruh-buruh yang nakal dan comel. Mahal upah ni tau. Orang suruh angkut barang, dia bantai posing pulak



Gambar ni memang saje amik blur. Sebab kanak2 bawah umur tak boleh tengok tanpa pengawasan ibu bapa. 'Pak dukun' tengah nak mulekan operasi jampi2 masuk rumah baru



'Pak dukun' macam marah je tengok tuan rumah yang feeling2 macam kat court tu. Orang suruh duduk, dia sibuk nak bebel lagi



Jom balik.. *pesal masya pulak yang interframe ni* Sila abaikan gambar patrick yang sedang buat aksi jumping jet kat belakang tu ekk.. Tu la kanak2 riang yang tak boleh duduk diam. Hahaaa..


Pastu macam biase la.. Lepak maulana menge'pow' kak nat. Terima kasih la kak nat ehh sebab rela di 'pow' oleh adik2 yang nakal lagi comel ni. Pasni boleh 'pow' karok 3jam pulak ehh.. Abang yen ok je kan??

2 comments:

MASYA said...

ewah2...sensuke suki letak muke i ek...tp x pe...i suke!!!

cikezza said...

kang i tepek bnyk2 lg muke u ekkk.. kasi promo skett..