Showing posts with label angan-angan. Show all posts
Showing posts with label angan-angan. Show all posts

Thursday, December 16, 2010

Entry Rajuk Tanpa Tajuk




Best kan. Syok kot kalau dapat join. Member plan nak buat xpdc new year nanti. Ajak join sekali. Suka sangat. Dah lama kot angan2 nak rasa. At least sekali pun takpe. Tapi dalam mimpi jela. Semua tak boleh.. Itu tak boleh. Ini tak boleh. Pe yang boleh?? Dok rumah diam2 debabkan badan. Geram + kecewa + remuk. semua ada. Dia jela yang boleh!!!

pics di atas diambil dari Malaysia Adventure Holidays

Monday, October 25, 2010

R.I.N.D.U



Lamanya tak dapat peluang nak update blog. Macam dulu. Macam selalu.Sekarang ni waktu lunch pun tak boleh nk curi2 update. Baru log in, telefon..telefon berbunyi.. Baru karang2 ayat.. 'jumpa saya kejap...' ayarrkkk.. Camne nak update. 'Kejap' tu bukan seminit dua. Sejam dua pun dah kire bagus. Banyak gile nak share. Sampai de yang dah lupa. Maklumla.. dah berabad + dah de sikit masalah pelupa. Malas berpikir sekarang ni. Letih..

Haiii laaaa.. Cepat la masa berlalu. Tak sabar nak jadi macam sebelum ni. Bukan sentiasa pandang ke belakang. Tapi ada masa untuk diri sendiri. Sekarang ni habis tengok siti kelembai je terus pejam mata. Kadang tu tak sempat siti kelembai habis pun, dah selamat melambai2 semua wish gud nite. Siti kelembai dah habis minggu lepas. Silap2 berita jam 9 tak habis lagi terus dah pejam mata nanti. Pe la nak jadi. Hidup makin tak terurus. Dulu keluar malam tengok wayang midnite pun rileks je. Sekarang tengok wayang pukul 8.30 pun tengok separuh jalan je. Selebihnya dah pejam mata gak. Hahaa..

Jangan kata nak keluar merayap tengah2 malam. Nak keluar makan malam pun dah malas sekarang ni. Asal keluar makan malam, kat kedai makan lagi mata dah layu2.. on de way balik dalam kereta lagi mata dah pejam sepanjang perjalanan. Padahal kedai makan 5minit je dengan rumah. Jalan terbaik, balik keje terus pegi makan. Makan petang salah satu cara elak gemuk kan. Kan tak elok makan malam2. Padahal asal malam je tak larat bukak mata. Ramai tegur badan makin melidi. Tapi pipi tetap menten bambam. Hoiii.. Macam alien je rase. Kepala besar badan kecik. Hahaa.. Rindu je dulu2. Sanggup keluar pegi cari kedai makan best2. Kadang dari serdang sanggup ke shah alam malam2 sebab nak cari kedai best2 yang kawan2 citer. Sekarang?? Dalam mimpi je la...

Dalam list sikit punye banyak bende yang nak di buat. Konon2 nak ke pkns shah alam cari baju, konon2 nak ke jakel shah alam beli kain, konon2 nak ke ikea beli barang2, konon2 nak ke umbai makan2, konon2 nak bercuti riang ria..owwwhhh.. Banyaknye konon2. Semua pun entah bile la nak buat. Hujung minggu jangan mimpi nak buat semua tu. Maklum je la. Sekarang ni dah musim kenduri kahwin sana sini kan. Sebab banyak jemputan kenduri ni la yang buat gelabah nak beli baju. Serabut kepala pikir nak pakai baju apa. Saya nak baju pink yang bling..bling.. yang comel2.. Saya nak baju kaftan yang sangat woww!!! Rindu nak sopeng2 baju tak hengat dunia macam dulu. Sekarang semua pun no..no..no...

Harap2 esok..tak pun lusa.. tulat..semua dah berubah.. tingggg..!!! as u wish ezza!!! Hahahaaa.. very de mengarut kan. Tak mungkin akan terjadi. So kena la pasrah lalui kehidupan hari ni dengan riang ria. Baru la semua pun ceria. Walaupun serabut dan serabai sikit sekarang ni. Tapi tetap rindukan keadaan yang dulu. Boleh pinjamkan masa silam yang damai tu sekejap tak?? R.I.N.D.U. sangat2..

Wednesday, August 4, 2010

Kelas Renang Sesi VII

Hari khamis minggu lepas adalah kelas renang yang ke 7. Masuk kelas ke 7 ni, barula dapat belajar kicking untuk teknik breaststroke. First time gak pegi kat tempat kedalaman 2m. Selama 6 kelas sebelum ni main kat 1.2m je. Tapi tak dibenarkan untuk lepaskan tangan dari dinding tepi. Kaki je belajar kicking. Tangan tetap paut kat dinding. Yela..masing2 pun tak berapa nak tinggi kan. Memang sah2 kaki tak jejak dasar. Tinggi saya pun baru 1.6m. Kalau saya nampak kamu macam nak lemas je..saya kick sorang2 kuar dari kolam.. Bunyi macam kejam je kan. Tapi yela.. kang jadi pe2 kang camne pulak ben nak selamatkan sorang2.

Susah rupenye nak belajar teknik ni. Sebelum ni masa belajar freestyle saya tengok orang buat breaststroke ni macam senang je. Tu yang selalu fikir nak belajar yang ni je. Tak sabar2. Rase macam freestyle tu susah sangat. Rupanya same je susah. Tertonggeng2 okee.. Pesal entah masing2 pun de masalah yang sama. Vontott terapung lebih. De pelampung ke pe. Mantoop sangat. Tu orang lain la kutt.. Saya takkk.. Hihiii..

Disebabkan kelembapan yang melampau, ben ajar saya dengan cara dia pegang kaki saya pastu bile saya dengar dia jerit..KICK..haaa.. kick la ko.. 1,2,3..kick..1,2,3..kick.. Pastu training la sendiri sampai terer. Mase ni kan terus rasa macam dah terer sangat buat freestyle. Sebab breaststroke ni susah sangat nak dapat. Buat kicking je pun dah macam pe. Tertonggeng2 masing2. Pe2 pun, swimming ni sama je macam sports lain. Kene datang training selalu. Kalau takat datang time kelas 1jam sekali sesi, memang lambat la nak dapat. Elok orang lain dah belajar part lain, ko kedek2 lagi nak belajar tang tu jee..

Tinggal 1sesi je. Tapi tak terer2 gak lagi teknik breaststroke. Huhuuu.. Terus rase stress. Nasib baik dah terer freestyle. Yolah tu.. Terer la sangat..!!

Kelas Renang Sesi VI

Selasa minggu lepas kelas renang yang ke 6. Aktiviti adalah sama saje. Training teknik breathing..breathing dan breathing.. Training la korang sampai jemu. Selagi tak pro part ni, memang takde la nak belajar bende lain pulak. Sampai habis 8 sesi pun belajar freestyle je la kalau tak lepas2 teknik breathing. Lupakan je nak belajar teknik breaststroke.

So hari tu gigihla masing2 berlatih. Dari hujung kolam ke hujung kolam. Awal2 dah kene dera dengan ben. Masing2 kene buat freestyle 3lap dalam masa 10minit. Semua pun macam…haaaa… serius ke ni?? Seram2 kecut2 jari masing2. Penat memang penat la. Sebab tu bila masuk2 je kolam ben mesti jerit suruh buat blow bubbles dulu. Turun 5kali..!! Haaa.. faham2 la masing2 nak kene buat pe. Bukan ketuk ketampi ehhh..

Kenapa kena blow bubbles
1. Ia sebagai cara untuk kita bernafas bila aktiviti berenang
2. Sebagai daya apungan badan. Badan yang beroksigen lebih mudah terapung
3. Memanjangkan stamina bila dalam air
4. Mengurangkan penat selepas aktiviti renangan yang panjang
5. Memperlahankan kadar denyutan nadi

Lagi satu pe yang saya perhatikan, kalau teknik breathing betul, takde la mengah sangat bila sampai hujung kolam. Suruh buat 3lap pun steady je rase. Boleh swimming rilek2. Takde la sibuk nak cepat2 sampai hujung sebab dah tak cukup nafas.

Dah hujung2 kelas, ben tengok sume macam dah ok breathing, dah terer freestyle dia nak ajar teknik breaststroke *kuak dada* pulak. Tapi baru je nak belajar kicking yang macam kaki katak tu, sekali abang2 baywatch dah piweeett..piweeettt cakap timesup pulak. Huhhh.. Kacau betul..

Friday, July 23, 2010

Kelas Renang Sesi V

kolam renang presint 6, putrajaya


Dalam tak sedar dah masuk kelas renang yang ke 5 semalam. Maksudnya saya de lagi 3kelas untuk belajar. Tapi masih tak pro2 pun lagi. Pesal la slow sangat ni. Banyak main je ni. Mentang2 cikgu tak pegang rotan.

Semalam petang belajar bande yang sama je dengan kelas yang lepas. Selagi masing2 tak mahir teknik breathing, selagi tu la ben akan ajar bende yang sama berulang-ulang. Hari sabtu hari tu dah oke je. Bile kene buat lagi semalam, terus ntah gaya pe2 yang kuar. Kan tak pasal2 je kene jerit dengan ben. Main lagi..mainnn.. saya nak tengok kamu buat 50meter lepas ni.. Kulat2 kene marah. Padan muke. Selalu kene puji je kan. Semalam kan stress. So bila tak bolah nak relax tu yang ntah jadi pe2 tu. Rilex ezza..rilexx..

Dah nak habis kelas baru la ok. Berjaya gak la berenang dari hujung kolam ke hujung tanpa henti. Tu pun sebab dah takut tengok ben marah2. Lagipun sebenarnya dah tak sabar nak belajar bende lain pulak. Tapi dalam ben marah2 pun semalam macam biase la dia sempat puji cakap saya dah ok, cume kene banyak training je. Alahaiiii perempuan. Suke betul kene puji.

Tips penjagaan baju renang dan gogel dari cikgu ben *alolololoo.. macam comel panggil cekgu*

1. Cuci baju renang dan gogel menggunakan shower bath sahaja
2. Untuk gogel, boleh gosokkan sedikit dengan surat khabar selepas letakkan shower bath. Hasilnya gogel anda akan kelihatan bersinar. Ting..tinggg..


Ni pulak tips penjagaan baru renang dari House of Muslimah Swimsuit

Bagi mereka yang ingin menjaga baju renang agar sentiasa dalam keadaan baik dan cantik. Di sini terdapat beberapa tip yang anda boleh amalkan.


1. Anda dinasihatkan supaya membilas baju renang tersebut dan terus sidai selepas menggunakannya
2. Jangan mencuci baju renang anda dengan sabun pencuci atau peluntur atau pelembut kain
3. Jangan cuci baju renang dengan mesin basuh
4. Jangan merendam baju renang anda
5. Jangan perah baju renang atau spin
6. Jangan sesekali menyerika baju renang
7. Sila patuhi arahan seperti mana tertera di label pakaian anda

Tuesday, July 20, 2010

Kelas Renang Sesi IV




Sepatutnya hari khamis minggu lepas saya de kelas renang untuk sesi yang ke 4. Tapi atas sebab2 yang tak dapat di elakkan, saya tak dapat nak hadir. So, terpakse la datang kelas hari sabtu. Untuk kelas renang sesi ke 4 ni ben ajar teknik breathing. Susahnye la nak buat. Banyak kali tertelan air. Air masuk ikut hidung, masuk ikut mulut..kuar ikut hidung, kuar ikut mulut.. Sampai naik kenyang jadinye.. Berapa kali brupp dalam air. Hahaaa.. tak senonoh sungguh la.. Tapi semua pun jadi camtu.

Kelas macam biase, satu jam je. Dari jam 9 pagi sampai jam 10. Tapi biase la..bile dah main air mane nak ingat dunia kan. Lepas habis kelas, saya masih lagi rendam2 dalam pool. Sampai pukul 11 gak la nak praktis teknik breathing tu sampai berjaya. Kali ni saya berjaya berenang dari hujung kolam sampai ke hujung kolam tanpe berhenti. Ben cakap..'bagus..bagusss.. u dah ok..' Gila seronok. *bangga..banggaa..* Tapi sampai hujung pool terus tercungap-cungap.. oksigen.. oksigenn.. mintak napasss..




Untuk hari sabtu, kolam adalah bercampur untuk laki dan perempuan. Hari selasa dan khamis je kolam di khaskan untuk wanita dari jam 5 petang sampai jam 7. Tak pernah2 pegi kelas pagi. Selalu pegi kelas waktu petang je. Keadaan pun dah redup. Takde la panas terik. Bile kene pegi kelas pagi, terus muka bertukar jadi ala2 bendera pahang. Belang2 yang jelas kelihatan. Bukan kata hitam manis lagi dah. Ni namanya kelabu asap. Anak Kap Lam Ya Nga mane la ni.. Nak putihkan sikit punye payah. Nak bagi gelap..2jam je pun dah cukup.. Maklum jela.. Saya tak boleh nak pakai sunblock. Doc kan dah pesan..'u jangan nak bereksperimen dengan muke u lagi lepas ni..' Hambekk kooo.. Baik punye doc sound.


p/s : pics kredit to wak gugel

Wednesday, July 14, 2010

Kelas Renang Sesi III

Semalam adalah kelas renang sesi ketiga. Not to much story wanna share here. Semuanya baik2 saje dan makin menyeronokkan. Serius best!! Lagi2 semalam petang saya tengah stress gila2. Balik keje cepat2 konon2 nak sampai pool awal so boleh posing2 ala2 duyung dulu. Tapi tetapla sampai lambat. Pesal wehh semalam banyak kete sangat?? Selalu balik pukul 4.30 boleh drive dengan tenang. Boleh sampai serdang sebelum pukul 5. Dahla tengah stress. Menahan je denyut2 pening kepala sangkut dalam jammed. Nasib baik mase swiming ok je kepala ni. Walaupun sebenarnya tengah serabut gila!!!

Semalam belajar right arm pull dan left arm pull pulak. Yang ni memangla susah sikit. Right arm pull ok lagi kut.. Bila tang left arm pull je mule la saya rase macam kaki pun terbelit2. Hahahaa.. Pesal entah mesti jadi camtu.. rilex..rilexx.. Try banyak kali pun jadi camtu gak. Puas la ben buat demo banyak kali. Tapi paling syok bile lagi sekali ben puji saya sebab berjaya buat rigth arm pull dengan sangat bergaya. Perggghh!! Suke ehh kene puji2 ni. Terus rase semangat lebih2. Terus lupe stress2 yang menyerabutkan kepala otak kejap tadi.

Banyak kali kitorang try buat arm pull ni. So sepanjang sesi kelas semalam betul2 belajar right dan left arm pull je. Akhirnya berjaya gak la buat ikut teknik yang betul. Tu pun naik semput wehhh. Letih tuu.. Berapa kali pusing pool nak dapatkan hasil yang terbaik. Tapi belum cukup ok lagi rasenye. Kadang2 tu ok. Kadang2 tu kang entah jadi pe2 gaya. Hahaha.. Kene praktis banyak kali lagi ni.

Ben nak cepat2 habiskan 8sesi sebelum masuk bulan puase nanti.So, khamis dan sabtu nanti de kelas renang lagi. Tapi khamis ni saya takde la pulak. Betulla kata hati ni mase mule2 dulu bile kene pakse pegi. Saya memang tak rase nak pegi pun. Tapi sebab takde pe2 hal tarikh tu, saya terima je la dalam terpakse. Semalam baru terfikir.. owwhhh..patutla dari mule lagi dah rase macam something wrong je..dah rase memang tak nak pegi sangat2.. owhhh hati.. sila la tabah!!!! Nampaknya saya akan tertinggal 1 kelas dan mungkin akan termasuk ke group yang lain sabtu nanti.. Tak sukeee..!!!


ini bukan saya. tapi camni la gayenye


p/s : pics kredit to wak gugel

p/s/s : takkan berada di ofis khamis dan jumaat. sesi menghitamkan kulit.. owhh kulit.. harap2 jangan alah berlebih2 pliss. tak sanggup nak melayang lagi 3k.. standby segala ubat siap2.. kalau jadi pe2 nak tuding jari kat sape ekkk??

Thursday, July 8, 2010

Kelas Renang Sesi II

Kelas renang sesi kedua selasa hari tu belajar untuk kicking pulak. Nampak sangat mudah yeee kawan2.. Lagi2 bile tengok Ben buat demo.. 'OOOoo.. aaa.. wooowww..' Camtu la kitorang kalau tengok dia buat demo. Pastu bile our turn pulak kene tunjuk aksi, mule la masing2 lari2 nak amik port paling tepi sekali. Konon2 malu la.. Pastu cuak2.. Lagi suke la Ben nak menyakat. Siap suruh weols terjun dari tepi kolam dan swim.. Kelakar je tengok sume dah cuak2 kene buli dengan Ben.

Mule2 tu kene la praktis dulu kat tepi kolam. Dah macam duyung terdampar. Meniarap tepi kolam ala2 tengah berenang. Tapi bahagian peha sampai hujung kaki dalam air dan mula la untuk splashh...splasshh.. 'kicking..kicking..laju lagi..' Hohhh.. dah macam kipas bot kaki masing2 mase tu.. Berkuak2 air kolam. Tapi kene ikut teknik yang betul. Bukan main sebarang kicking je. Lutut tak boleh bengkok mase kicking. Dan mesti lembutkan kaki ala2 lemah gemalai. Tapi kene splashh laju2. Haa?? Camne tu?? Bayangkan je la ehh.. Sebab takde gambar nak share. Tunggu la aii beli sony cybershot tx5 kaler pink *motif siap bagitau kaler* Kalau de kamera tu, mesti syok gile dapat snap2 pix sambil selam2 dalam kolam.Weee~~~ Bestnyeee..

Mase tengah training kicking tepi kolam tu la saya injured. Dah gatal sangat sibuk nak tengok kaki splashh..splashh.. Orang lain elok je meniarap takde sibuk2 nak tengok kaki. Yang saya gatal2 pegi angkat kepala dan toleh kebelakang. Tibe2 dengar bunyi tulang yang macam ala2 rangup reput2 kat pinggang. Rase dia..jangan cakapla.. Tak boleh nak cakap pe2 terus. Saya diam je dan try nak meniarap semula. Tapi tak cakap pun kat Ben. Bukan takut dia marah ke pe. Tapi sebab saya malu. So bagitau kat masya je mase tu. Orang lain dah rendam2 dalam kolam semula, saya masih lagi meniarap tepi kolam tahan sakit. Sakit wehhh.. Sampai ari ni terasa lagi. Ni gara2 jatuh motor dulu la ni.. Adehhhh... Macam orang tua dah rase..

Bile semua dah terer kicking splash..splashh, pe lagi.. Mase untuk beraksi. Baru minggu kedua dah kene swim dari hujung kolam ke hujung kolam. Kembang kempis hidung bile Ben puji2 cakap saya buat kicking dengan sangat smooth dan cantik. Tapiii.. slow sangat kutt.. Tu yang orang lain dah selamat sampai hujung, saya masih lagi kat tengah2 kolam. Hahaha.. Slow betul. Siap kene perli lagi dah berapa stesen saya behenti. Tak kisahla kan. Esok2 dah terer mesti boleh lagi laju kuttt.. Yang penting.. kite enjoy..!!!

p/s : tibe2 rase macam nak sambar sony cybershot tx5 kaler pink. D200 uncle law pun kalah nanti tau. dia punye mane boleh celup2 dalam air.. bluuwweekkk.. :P

Thursday, July 1, 2010

Apa??? Saya Berketurunan Bugis??




Ni gara-gara bebel2 potpetpotpet dengan kak Guna semalam pagi kat ofis la ni. Macam biase la. Sembang2 pujuk rayu nak tarik saya masuk pantry. Akhirnya tak berjaya okee.. Hahaaa.. Saya tetap lagi suke tido dari kene pakse2 makan. Tido tu kan sangat indah.. Tapi bukan la saya tido waktu keje. Mestila gunekan sebaiknye waktu lunch untuk tido. Heheee.. Shopping moping kat Sogo?? Kat jalan TAR?? Pun sangat malas. Sebab nanti dah penat2 lenguh2 kaki melekit2 ketiak, mesti saya tibe2 je rase lupe jalan nak balik ofis. Saya nampak jalan nak balik serdang je mase tu. So, lebih baik duduk diam2 kat ofis je.


Sembang2 semalam tibe2 terbukak cite pulak pasal sesi kelas renang saya. Seram la..pe la..takut air la..tak lemas ke.. Macam2 soalan la yang diorang tanye.. Sebab diorang2 yang tanye ni takutkan air, takut lemas. Dan sebab tu tak suke sangat dengan sukan2 air. Bak kata kak Guna, ‘even mandi dengan shower pun i boleh rasa macam nak lemas tau’ Hahaaa.. Lawak la kak Guna ni. Jawapan yang saya rase sesuai mase tu ‘saya suke dengan sukan air..yela..SAYA KAN ORANG LAUT’.. Tibe2 kak Guna cakap saya LANUN, SAYA ORANG BUGIS.. Blur gak la kejap. Pastu baru ingat kejap tadi saya sendiri yang cakap saya orang laut. Orang bugis kan orang laut. Diorang tu kan lanun. Tak pasal2 la saya jadi lanun. Tak..takkk.. Saya keturunan jawa la. Mak ayah atok nenek sume jawa rasanya.. RASANYA?? Tak pasal2 kak Guna cakap..’better u check salasilah keluarga u..betul ke u jawa?? I rase u Bugis la..’ Adehhhlaaa.. Tak pasal2 je kan..

Pe yang saya maskudkan SAYA ORANG LAUT tu sebab rumah saya dekat je dengan laut. Kampung saya dekat je dengan perkampungan nelayan. Memang dari kecik dah terdedah dengan laut2 ni. Kampung saya pun berada di tengah2 antara Pantai Morib dan Pantai Bagan Lalang. Sekolah pun sebelah laut je. Asal nama EZZAZILA tu pun setelah diolah dari nama seorang pelayar yang mengelilingi dunia yang terkenal satu masa dulu. Nama pelayar tu Izana *camni kot spelling dia* Mak ayah olah2 sikit bagi comel sikit jadila ezzana pastu namakan kat akak dengan harapan boleh berjaya mengelilingi dunia *bukanla dengan cara berlayar gak* Tapi adik beradik EZZA yang lain nampak tak minat sangat pun dengan sukan2 air ni.

Mase sekolah dulu pun saya dah terlibat dengan sukan perahu layar. Best gile wehhh.. Turun laut dari pukul 8 pagi.. Naik darat balik pukul 6 petang kang. Muke jangan cakap la. Rentung macam anak Kap Lam Ya Nga dah mase tu. Dengan pedih lagi. Tapi sebab dah suke kan.. Syok je main. Paling best sekali bile sampai ke pemilihan untuk main dalam acara berkumpulan wanita kat Sukses (Sukan Selangor). Tapi tak terpilih pun. Nak buat camne. Tibe2 hilang arah angin mase tu. Orang lain dah buat 18pusingan, saya masih tak habis2 satu pusingan. Sudahnye, cikgu tarik ke darat dengan bot laju. Huhuuu..


sape tak pandai cari arah angin mase ni, memang nasib la cicir jauh kat belakang

Pengalaman bot terbalik, sengaja terbalikkan, memang kene lalui semua tu mase training. Bayangla.. Mase bot terbalik tu, kaki saya tak jejak kat dasar pun. Terapung pun sebab de jaket keselamatan je *kadang2 de gak terbayang nanti de jerung geget kaki..heheee* Pastu kene berusaha terbalikkan bot balik sorang2. Dahla berat bot tu wehhh.. Tapi main perahu layar ni tak boleh lebih dari umur 15tahun. Lepas 15tahun kene main pakai bot yang lagi besar. Tapi saya tak teruskan pun. Sebab kos dia adalah sangat mahal. Tempat training dah makin jauh pulak tu. Lagipun mase tu main saje untuk suke2 je.


syok gile kalau dapat buat camni. tapi kalau tak terer, silap2 boleh terlentang kebelakang jatuh dalam air. ni untuk buat pusingan dan tukar arah kalau tak silap. dah lupe la..


Pastu saya try main kayak pulak. Yang ni pun best. Kali ni tak main kat laut. Kat kolam2 kat tasik2 je. Asal main je mesti de acara terbalikkan perahu. Yang ni macam lagi susah. Bayangla..kaki tengah lurus dalam ruang kecik sempit tu..tibe2 terbalik. Huru hara nak tarik kaki keluar nak selamatkan diri. Pastu kene berusaha terbalikkan balik..panjat nak duduk balik dalam perahu tu. Saya betul2 bergantung kat jaket keselamatan gak mase ni. Kaki tak jejak tanah wehhh.. Kali ni tak bayang jerung dah. Yela..mane de jerung kat kolam. Saya bayang biawak je mase ni. Kot de biawak sesat geget2 kaki saya.. Huhuuu.. Tapi dah lame pun tinggal semua tu. Sejak2 habis belajar takde dah nak main2 lagi.


saya suke dok kat depan sebab boleh buli orang belakang suruh dayung sorang2


Sekarang ni saya rase nak try water rafting pulak. Dah lama rase nak try bende tu. Water rafting ni mencabar gile. Tapi takde sape la pulak berani nak teman. Masing2 pun takut terhempas atas batu. Tak pun hanyut kene bawak arus deras. Macam syok je nak try. Selain dari tu, saya teringin gile nak try scuba diving.. nak try snorkeling kat pulau2 yang cantik2. Sipadan ke.. Perhentian ke.. Krabi Island ke.. Weee~~~ Best gileee.. Bile la boleh dapat. Kalau ongkosnya ada, mesti on je kannn??


wehooo.. macam best je kan


meoww pun pandai scuba.. cian meoww ni.. kejam dowhh..


snorkeling kat sipadan


snorkeling kat krabi


Balik kampung minggu ni kene tanye mak soalan cepucemas.. 'Makkk..kite orang pe?? Bugis ke jawa??' Confirm mak cakap saya buang tebiat.. Tak pun hilang ingatan.. Mau kene pang sedass..

p/s : pics kredit to wak gugel



Kelas Renang Sesi I



Semuanye berjalan dengan lancar. Walaupun mulenye saya macam agak malu2 dan segan gilee.. Balik je keje petang tu saya terus bertukar..!!! sepantas kilat.. Sampai rumah dah agak lewat.. Belum pack baju bajan segala mak nenek bende yang nak kene bawak.. Memang agak huru hara la.


Sesi pendaftaran student baru petang tu pukul 5.45 patutnya. Tapi sampai2 je semua orang pun dah rendam2 renang berirama dalam kolam. Tanye kat kaunter mana satu trainer, tau pe diorang jawab?? 'Alaa.. korang cari je kat kolam tu. Yang rambut pendek2 tu trainer korang la tu..' Alamak derrr.. tak membantu langsung okee.. Dah semua pun pakai swim cap mase tu. Mane la nak nampak rambut diorang kan. Kami ni pulak dah la jenis rabun2 ayam. Semua pun kabur jeee..

Untuk permulaan kelas, Ben ajar kami teknik pernafasan yang betul.. *owhhh.. Ben tu la trainer kami ehh* Kalau dia kate turun 5kali tanpa henti, makanya korang kene la selam dalam kolam dan buat bubbling dalam air. De 3 cara.. ikut mulut, ikut hidung atau ikut mulut dan hidung.. Hari pertama je de 4 teknik Ben dah ajar. Camne nak apung badan, camne nak landing dengan betul.. pe lagi ehh?? Tapi semuanye oke2 je.. Sebab saya dah tau sikit2 mane2 perkara yang asas. Sikit je la pun..

Apa yang penting sebenarnye, dalam air mesti rilex.. Tak boleh stress.. Bak kate Ben.. 'Janganla kemut2 muke dalam air tu..rilex..rilex..' Hahaa.. Lawak oke.. Ben ni baik je.. Takde la garang. Sambil belajar boleh gelak2.. Takde tension2.. Bukan training nak masuk sukan olimpik pun kan. Cara Ben ajar pun macam senang je nak faham. Dia sorang je boleh ajar kami seramai 10 orang.

Untuk sesi pertama ni, rase2nye saya boleh cathcup dengan semua yang Ben ajar. Tak tau la kalau kelas2 lepas ni lagi susah pulak. Huhuuu.. Masya dah naik gian nak renang2 lagi. Dah tak sabar2 nak tunggu kelas renang sesi kedua pulak. Pasni mesti de yang lupe karok dah tu. Silap2 asal de mase je, mesti ajak renang2 kat presint 6 selalu. Bayaran masuk RM2 je *lagi murah dari karok* Boleh rendam lame2 sampai kembangkembangkecutkecut badan. Tak dapat kat presint 6, terjun tiruk kuak gajah kat kolam renang UPM pun boleh gak rasenye. Dahla dekat je. Dengar2 kata masuk free je tu..



Tuesday, June 29, 2010

Mari Belajar Berenang Part II

Ingat lagi tak entry INI?? Kecoh2 nak belajar berenang dari bulan mei hari tu lagi. Tapi sebenarnye kelas renang adalah bermula petang ni. Lambat sangat register hari tu. Dengan busy macam2 bende lagi. So, bermula petang ni, setiap hari selasa dari jam 6 hingga 7 petang saya akan bermandi manda riang ria kuak gajah kat kolam renang presint 6 putrajaya. Kelas renang ni de 8 sesi je. Setiap minggu satu sesi.

Sangat tak sabar nak pegi kelas petang ni. Tapi sebenarnye lebih kepada rase gelabah dan takut. Saya memang camni. Asal nak jumpe dengan kawan2 baru, mule la rase gelabah. Biase la. Aii ni kan pemalu terlebih2. Auww..auww~~~


dah siap sedia nak pegi kelas renang petang ni..



semestinya kene de aksi poyo dari kami.. dah macam ikan duyung terdampar je rasenye ni.. kat kolam nanti de berani buat aksi camni?? harus kene rotan vontot dengan cikgu kang.. hehee..


Ni la bende kaler hitam putih kat entry pasal parcel tu. Baju renang ni la.. Hehehee.. Dah tau kan?? Baju renang muslimah ni saya beli kat House of Muslimah Swimsuit. Cantik2 tau baju2 renang kat sana. De banyak pilihan. Servis pun terbaeekkk.. Cepat je kak matus tu balas email. Pagi tu bayar, pagi tu gak kak matus poskan.

Baju renang dah baru, siap dah beli gogel sekali.. Jangan petang ni de yang tenggelamtimbultenggelamtimbul lebih2 dalam kolam udah lee.. Tak pun langsung taktimbul2. Haru je kang.. Kalau tak pun, kene pakai two-pieces punye kot baru boleh berenang dengan penuh bergaya.. OOoopppsss!! Pengsan~~



Friday, June 25, 2010

Salam Sayang dan Terima Kasih Semua



Hari ni baru sempat nak buat entry khas untuk hari istimewa ni. 23 jun hari tu genapla umur saya 25 tahun. Dah masuk alam dewasa dalam tak sedar. Tapi tak rase pun macam dah dewasa. Selalu rase perangai ni masih lagi macam kanak2 riang. Pe2 pun, thanks kat sume yang wish bezday hari tu. Yang wish kt fb, wish kat email, mesej tanpa henti dari tepat jam 12malam, yang call dan nyanyikan lagu bezday secara rela dan secara paksa, yang wish kat ofis dan banyak cara lagila. Saya hargai dan sangat2 berterima kasih dengan ingatan uols sume kat saya. Terharu aii tau. De gak yang buat entry khas untuk bezday saya hari tu. Sape lagi kalau bukan masya dan uncle law. Nak tengok entry khas tu?? Sila klik SINI dan SINI..

Kejap je kan dah 25 tahun. Pasni 26, 27, 28.. Tau2 kang dah 30.. Wuwuuu.. Tua dah ke?? Kawan2 seangkatan sume dah de family sendiri, dah de anak. Saya?? Masih camni lagi. Cool dan rilex jee.. Wat pe gopoh gapah sangat nak kahwin kan.. Sampai mase kang saya kahwin la. Kejap2 kang fikir.. 'cepat2 la kahwin.. dah serabut fikir macam2 urusan yang menyesakkan kepala'.. *bukan sebab gatal ehh* Sampai tahap malas fikir macam sekarang ni.. 'esok2 je la sambung fikir.. rase macam mude lagi pulak nak kahwin'.. Camno tu?? Esok2 je la fikir dan renung2kan.. Malas~~

Harap2 pasni saya akan terus sihat selalu. Tahun ni je dah macam2 penyakit datang.. *de sorang member yang dah lame saya tak jumpe tibe2 mesej suruh saya pegi jumpe orang pandai agama.. nampak lain je kat saya sekarang ni. macam kene santau.. ciri2 sume de kat saya sekarang.. Seram~~~ Mintak dijauhkan* Saya tak mintak banyak. Cume berharap akan di panjangkan umur, dimurahkan rezeki dan boleh terus buat mereka2 tersayang yang sentiasa disekekliling saya bahagia dan terus tersenyum bersama saya. *Umur dah meningkat. Target nak naik pangkat dan sambung belajar masih lagi samar2 nampaknya*


ecard dari uncle law. bertuah punye uncle law. tau la dunia dah canggih, dah moden. bagi kad bezday pun pakai emel je sekarang ni ehh..

Friday, June 11, 2010

6 Bulan Pertama 2010

Semalam petang balik dari keje sempat dengar sembang petang dengan wak kiran kat hot FM. Tajuk yang dibincangkan agak menarik. Dan dah lame pun terfikir nak buat entry pasal bende ni. Tertunai ke azam2 uols untuk 6bulan pertama 2010 ni??

Azam saya tahun ni adalah azam dari tahun2 lepas yang masih tak tertunai lagi. Kalau de yang dah tertunai pun macam masih belum berada di tahap yang boleh saya katakan untuk berpuas hati. Azam saya biase2 je. Takde la gempak mane sangat pun..

  1. Nak kurus *tapi tamoo diet*- dah berjaya turunkan berat badan. tapi ter'underweight' pulak. kene naikan sikit bagi stabil.
  2. Nak cantik - hahaa.. tiap2 tahun pun azam yang same.. nak cantik dan nak kurus. muke dah semakin ok sekarang ni lepas makan antibiotik yang banyak2 tu.
  3. Nak naik pangkat - dah apply keje sane sini tapi masih belum de rezeki. kene sambung belajar lagi kuttt.. terus jadi boss..
  4. Nak sambung belajar - asyik nanti..nanti...dan nanti.. sampai bile daaa..

Biase2 je kan azam saya. Tiap tahun pun ulang2 bende yang sama. Heheee.. Tapi de satu bende yang saya nak beli dari tahun2 yang sudah tapi sampai hari ni tak dapat2.. Tahun ni tak tau la boleh dapat ke tak. Macam dah berbelah bagi pulak sekarang ni. Nak tau pe...??

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

ni la dia bendenye.. Playstation Portable (PSP)..

Rase macam best je kalau de dapat bende ni. Sambil boring2 tunggu atau teman orang buat keje, main bowling, main futsal, karok, boleh layan game. Dalam perjalanan jalan jauh2, boleh layan game, layan tenet.. Lame gile dah aim PSP ni.. sampai sekarang pun tak beli lagi. Asal nak beli je mesti pikir 'kehendak ke keperluan.. kehendak ke keperluan??' huhuuuu.. Tapi sekarang ni rase2 macam nak sambar bende lain dulu la.. Nak tau pe pulak??

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

laptop acer ferrari one 200.. Merah menyala wehhh.. Cun gile rase..


Entah bile la kan boleh dapat. Entah sempat ke tak. De lagi tak sampai 6bulan je lagi. Agak2 tak dapat kang, fowardkan je la azam ni ke tahun depan pulak.. Hahaa.. Kalau sape2 de rase2 nak belikan saya hadiah bezday, dah tau kan nak bagi pe untuk tahun ni.. Bezday saya tak lame dah pun.. Menghitung hari dah je ni.. Lalalalaaaa~~~


p/s : pics kredit to wak gugel

Friday, May 14, 2010

Model Handbeg Merah



Uols layankan jela ekk pics aii feeling2 macam model ni.. Sebenarnye henbeg merah ni dah berjaya make me jatuh chenta pandang pertama wehh.. Siyes!! Masuk2 je kedai henbeg ni, mate ni terus suke gile kat beg ni. Tengokla banyak mane pun beg2 yang de, hati ni tetapla suke kat beg yang satu ni. Mule2 tengok takde la terus nak beli. Sebab mase tu macam tergesa-gesa nak balik dan tersangat malas nak pegi mesin ATM. Tapi dalam hati dah target nak sambar gak. Yela weehhh.. Dahla harge mampu milik. De sale pulak lagi mase tu. Lagipun dah lame saya cari design henbeg camni. Lagi2 kaler merah kan.. *sejak bile entah naik hantu bile tengok barang2 merah*

Kali kedua datang kedai tu, dok belek2 gak lagi henbeg tu. Tengah SA tu sibuk layan customer lain, saya pun sibuk2 la gayekan henbeg tu depan cermin ala2 model tangah nak buat catwalk *konon2 try lame2 macam nak beli la* Mase ni pun tak beli gak lagi. Pe hal entah susah sangat nak buat keputusan. So, balik dengan tangan kosong gak lagi hari tu.


gambar tak berape nak clear. terpakse tutup flash sebab amik gambar curik2.. sape yang cakap aai domokk selame ni, sila lihat betul2 ehh.. pewooott aii slim wokehh.. tak main la spare tyre ni *gile belagak* pipi je tembam.. wuwuuu~~ *eehh..matching pulak henbeg dengan selipar merah tu*



Kali ketiga datang kedai ni, intai dari jauh je dulu. Sebab nak pegi karok dulu. Ingat balik tu nak datang beli la. Intai dari atas escalator, sekali tengok henbeg tu dah takde weiii kat tempat dia.. Balik karok pun tak dapat nak singgah sebab kedai dah tutup *dah karok tak ingat dunia sampai ke tengah malam* Adeeehhh.. Agak tekanan gak aii mase tu. Huwwwwaaa… Nyesalnye tak beli dari hari tu lagi. Padan mukeee… Slow sangat nak buat keputusan. Dah melepassss.. Sampai hari ni dok teringat je ni. Nasib baik tak sampai tahap mengigau lagi. Hari tu nak beli kasut pun jadi camni gak la.. Lame sangat pikir, last2 melepasss...


sape la yang dah rembat beg ni dulu sebelum aii.. tekanan betul rase..


Wednesday, May 12, 2010

Mari Belajar Berenang


model pakaian renang tak terlampau *ni gambar tahun 2008..tu yang nampak tembam sikit tu*


Yeaaayyy.. Lepas ni aktiviti harian makin padat. De kelas renang petang-petang hari *tak confirm lagi hari pe pun* Kelas seminggu dua kali. Maybe amik hari selasa dan khamis kutt.. Lepas keje terus cepat2 balik nak terjun tiruk kuak gajah dalam kolam renang.. Hahahaaa.. Tak sabar dah niii.. Jom join same.. Best tau. Tak tipu punyee..



Model majalah mangga posing tepi kolam..hahaha.. macam kat tepi pantai je tengok kat belakang tu *posing maut sampai bergulung-gulung carpet. ni pun gambar tahun 2008*


p/s : kak nat, kenal tak baju renang ni?? baju ni la kitorang gelak guling2 sebab dah macam kure-kure..Hahahaaa..

Thursday, May 6, 2010

Ahad Minggu Ni Dah 9 Mei 2010 Laa..

dah dapat hadiah untuk besday girl.. sukenye diaaa..


9 Mei dah semakin hampir. Agak-agak sempat tak nak sambar bonia tu.. Adeehhh.. Nyesal pulak tak beli je hari tu. Dah alang-alang tengah sale 40%. Bukan senang nak dapat. Dah de orang sudi nak tolong gesekkan pun boleh jual mahal lagi. Sibuk nak pikir-pikir dulu. Kan dah dok teringat-ingat je..



suke gile kat sunglasses bonia ni.. kalau aii pakai dah macam ala2 datin wanabe.. hahahaaa.. masya dan kak mud tak sesuai pakai yang ni.. Biar aii sorang je ala2 datin.. lalalaaa..

Wednesday, April 14, 2010

Jadi Mewah Tulis Blog

Siapa kata tulis blog tu merapu, mengarut.. Siapa kata tulis blog tu hanya cakap-cakap kosong, hanya angan-angan.. Siapa kata tulis blog tu perkara yang tak berfaedah.. Siapa kata blog tu tak de isi, tak de info, tak de ilmu.. Pada korang-korang yang selalu cakap berblog ni tak de faedah, merapu dan buang masa, cube korang tengok Harian Metro semalam, 13 april 2010. Ada artikel bertajuk Jadi Mewah Tulis Blog. Artikel tentang Mira Abu Bakar a.k.a Red Mummy owner blog Pencinta Merah @ Redmummy.com. Sila bukak mata anda luas-luas.


gambar red mummy dari harian metro


Memang tak dinafikan blog umpama e-diari untuk setiap blogger. Tapi tak semestinya dalam blog tu sume cakap-cakap kosong yang tak de ilmu, tak de info.. Baru-baru ni saya sendiri dah terkena dengan kata-kata sinis dan pedas dari beberapa orang yang saya gelar kawan. Bila kawan ni mintak nak tengok2 beberapa gambar, nak tengok hasil2 kerja saya, saya cakap ‘Tengok dalam blog. Saya dah tepek’ Tau pe jawapan yang saya dapat dari seorang yang saya gelar kawan ni.. ‘Blog ko ni aku tengok merapu je lebih. Entah pe bende entah yang ko cerita. Semua pasal ko, pasal kucing ko je’ Mase tu saya gelak je. Tapi dalam hati saya tekad nak buktikan yang dia akan menyesal dengan pe yang dia cakap pada saya hari ni. Mungkin dia bergurau. Tapi hati ni tetap pedih dengan kata-kata tu.

Seorang lagi kawan pernah cakap perkara yang sama pada saya. ‘Kat reality pun saya tengok awak banyak merapu. Dalam blog awak tu mesti lagi banyak awak merapu’ Saya kecewa sangat dengan kawan-kawan yang tak pernah nak bagi semangat dengan pe yang saya lakukan. Lagi nak jatuhkan semangat saya de la. Tak pe la… Mungkin mereka tak faham dunia bloggers, kehidupan bloggers. Hanya bloggers yang faham camne giannye bile tak buat entry sehari, bile tak dapat jenguk blog2 teman2 di alam maya yang lain. Saya Cuma harap mereka yang saya gelar kawan tu sedar. Kami berblog bukan cakap-cakap kosong yang sepanjang masa merapu. Kami pun de mesej tersendiri yang cuba nak di sampaikan kepada semua. Cume cara kami begini.. melalui blog bersama teman2 di alam maya.

‘Kawanku.. walaupun coretan hati saya dalam blog ni kamu kata merapu, kamu kata buang masa, tetapi coretan saya ni bermakne pada mereka2 yang lain. Yang penting, baru lebih kurang 2bulan saya bergelar blogger, saya dah boleh dapat income yang agak memuaskan hati dari nuffnang. Walaupun income tu masih dalam jumlah yang kecil dan mungkin takde pe makne bagi kamu, tapi itu lebih baik dari tiada apa-apa bagi saya yang masih baru. Biarla saya merangkak dulu. Kemudian berdiri dan bertatih. Semoga satu hari nanti saya akan mampu berlari pecut seperti bloggers yang lain. Kata-kata kamu saya jadikan sebagai satu cabaran..!!!'

Monday, March 22, 2010

one song please!!

Agak letih pagi ni.. pagi2 dah kene exercise naik turun tangge.. akhirnyeeee.. setelah sekian lama tak naik komuter pegi keje, hari ni bermula la balik episod cerite lama. betul la hidup ni umpama roda. kadang kite berada di atas, kadang kita berada di bawah.. dan hari ni saya ulang balik kehidupan saya 2tahun yang lepas. bermula dari hari ni, saya akan pagi keje naik komuter sajorrkk.. setalah sekian lama bermanje2 pegi keje drive sendiri dan kadangkala uncle law hantar. biarla saya bersusah-susah dan bersesak-sesak semula macam dulu.

tapi pagi ni de 1kejadian macam pelik..macam perasan ataupun perasaan.. tak tau mane satu yang betul. perasaan je kottt... citenye camni...

biase la kalu naik komuter dari serdang memang susah nak dapat peluang nak duduk. berdiri je la sambil peluk tiang buat gaya ala-ala model tiang gituuu.. tu pun kalu bernasib baik dapat pegang tiang. kalu tak, pacak je la kaki kat lantai kuat-kuat sambil harap tak jatuh tersembam mase komuter huyung hayang kang. kire kalu mase masuk komuter tu cepat-cepat la main rebut-rebut tiang. alaa.. dulu mase kecik biase je kan main.. jangan tak ngaku..

lepas dah lalu beberapa stesen saya masih tak dapat nak duduk. tak kisah la.. mampu lagi nak jadi model tiang rasenye. sampai kat stesen kl sentral memang ramai la umat yang turun. so de la peluang nak duduk sekejap walaupun tinggal 2stesen je lagi nak turun dah. mase kat kl sentral ni de 2orang mamat ni masuk sambil bawak gitar. sempat la angkat muke tengok. sebab dia pun jadi model tiang kat tiang yang same. kire macam pass tiang kat dia la.. hahaaa.. bile mule2 tengok, bertentang mate pulak.. aisseehhh.. kantoi pulak. tapi mase ni dia sempat senyum+kenyit mate.. ewaahhh.. pehal ni.. perasaan je kot.. abaikan jee..

sampai kat stesen kl, turn akak yang duduk bertentang pulak turun. elok pulak dua seat tu kosong. so, sekarang ni mamat2 ni betul2 de depan mate. dalam hati mase tu dok pikir2 kalau tibe2 dia main gitar nyanyi lagu cinta dan tujukan kat saya.. berangannnnn... angan-angan dari dulu yang masih tak kesampaian kan.. bile dah pening tunduk je *malu-malu kucing*, angkat la muke jap tengok depan.. tau pe jadi..?? dua2 mamat tu tengah pandang kt muke ni.. yang sorang cepat2 alih muke tengok tempat lain sambil sengih-sengih. yang sorang lagi ni pulak berani gileee.. senyum+jelir lidah pulak.. eeeiii.. takut...takutt.. nasib baik dah nak sampai destinasi yang di tuju. so, cepat-cepat bangun nak pegi kat pintu. dengar la mamat2 tu cakap bye.. tapi takut nak pandang lagi sekali..

sambil berjalan ke ofis, saya terfikir.. kenapa mamat2 tu pandang saya semacam ehh?? bedak saya tompok2 ke?? muke saya comot ke..?? tudung saya senget ke..?? ke saya yang perasan.. sampai2 ofis tengok cermin ok je muke saya.. comel sangat kuuuttt.. *perasan*


dah lame tak naik komuter. bile nak mulekan balik mule la rase gayat bile kene kacau camtu. padahal sebelum ni dah biase je kene kacau dalam komuter camtu. masing2 pun boring. tu yang suke nak menyakat orang. kalu rase2 malas nak layan, tido je la.. tak pun pejamkan mate je.. tapi tak nak sampai kene rabe lagi.. kang de la yang jerit kuat2 dalam komuter.. pastu tobat tak naik komuter 8tahun. maluuu...

p/s : kalau de yang perasan dia adalah mamat dalam cite ni, boleh tak nyanyi 1 lagu sambil main gitar untuk saya.. wahahaaa... suke2 je..