Wednesday, March 31, 2010

Mari Memasak Tauhu Sumbat

Hari isnin hari tu merajin-rajinkan diri untuk memasak. Dapat mc kan. Tu yang rajin je nak masak. Menu pilihan petang tu tauhu sumbat. Bukan yang tauhu sumbat yang biase jual kat pasar malam tu. Tapi yang ni spesel sikit. De pulak yang cakap tauhu sumbat johor.. Yeke..?? Tak tau la pulak selama ni johor punye tauhu sumbat lain dari tempat lain. Tak kisah la kan. Asal tauhu gak.

Ni la dia hasilnye

Bahan-bahan:
10keping tauhu – dipotong dua
Telur – 2biji

Untuk inti:
Bawang merah – agak2 la berapa ulas
Bawang putih – agak2 la berapa ulas
Black paper – agak2 jugak
Lobak merah – potong dadu
Ayam kisar – agak2 jugak
Isi tauhu yang telah dikorek

Tauhu tu goreng dulu sebelum potong dua. Pastu korek isi dalam tauhu. Jangan buang ehhh.. Nak masak untuk inti dia nanti. Untuk inti dia pulak, tumiskan bawang merah dan bawang putih yang dah dipotong kecik2 *nak kisar ke.. nak tumbuk ke.. ikut masing2 la* Pastu masukkan la bahan2 lain pulak.. lobak merah, ayam kisar, isi tauhu, black paper, garam *jangan terlebih masin ye kawan-kawan* Alaa.. tumis macam biase je. Uols mesti lagi terer masakkan.. Ooohh yeee.. Untuk sayur2 tu, kalau nak letak daun bawang pun boleh. Ikut selera masing2 la. Ayam kisar tu pun kalau nak gantikan dengan ikan ke, udang ke.. pun boleh gak. Kalau nak pedas, bolehla letak cili padi ke.. Senang kata, tepuk dada, tanye selera. Dah siap inti dia, bolehla sumbat2kan dalam semua tauhu yang kite dah korek2 tadi. Boleh la celup2kan dalam telur dan kemudian goreng… Dah siap. Kalau lepas dah sumbat2 tu tak nak goreng lagi sekali pun tak pe. Boleh je pun. Tak payah la celup2 dalam telur tu. Dah siap boleh la hidang. Kitorang makan tauhu ni cicah dengan sambal kicap je. Sedappp.. *cehhh.. puji diri sendiri ke pe ni*

1 comment:

Fathullah Hakim | FH said...

xmention pn brape lme kne masak.hehehe