Friday, May 14, 2010

Tutorial Pasang Iklan Nuffnang



Hari ni nak feeling2 jadi cikgu dengan korang sume.. Dah sume pun asyik tanye camne nak buat bende ni *tak larat den nak menjawab selalu tau* So, hari ni saya buatkan sikit tutorial untuk korang2. Maafla ekk lambat sangat nak buat tutorial ni. Rasenye dah ramai pun yang tau pasal nuffnang ni. So, tutorial ni untuk korang2 yang baru nak register nuffnang, baru nak letak2 iklan dalam blog masing2 dan yang baru nak berjinak-jinak dalam dunia blogging ni macam saya ni. Sharing is caring kan..

Langkah 1 : Register Nuffnang as a Blogger
a. Masuk ke website Nuffnang
b. Klik kat sign up as blogger *macam yang dibulatkan dalam gambar*



c. Pastu akan jadi macam kat gambar bawah ni



d. Isi semua maklumat yang diperlukan dalam kotak-kotak kosong tu. Make sure PAYEE NAME tu kene same dengan nama dalam ic. Pastikan gak no ic dan alamat surat menyurat semua betul.

e. Pastu tick kat semua yang kat bawah tu, type image then klik kat sign me up!



Langkah 2 : Register Blog Manager
a. Lepas tu login gune email dan password yang dah didaftarkan tadi.



b. Selepas login, klik kat icon blog manager *gambar buku dengan pensil tu*
c. Isi blog manager dulu.
d. Masukkan blog name, blog url dan language. Pastu klik daftar blog.



Langkah 3 : Jawab Soalan Survey
a. Korang jawab je la sume soalan2 yang diorang bagi. Tak susah pun.

Langkah 4 : Amik Coding
a. Dah selesai jawab semua soalan survey, dah submit, klik kat add ads untuk amik segala coding yang de.




b. Camni la yang korang akan nampak nanti



De 3 jenis code kat situ.
1. untuk letak kat HEADER
2. untuk SIDEBAR
3. untuk BETWEEN contents

Langkah 5 : Pasang unit iklan ke dalam blog


1. SIDEBAR
a. Login akaun blogger. Kat halaman dashboard, klik pada layout, klik page elements dan klik add gadget.





b. Kuar paparan camni, klik kat HTML/JavaScript



c. Copy code untuk sidebar dari nuffnang tadi. Paste kan code kat ruang content macam dalam gambar ni



d. Title tu letak pe2 je pun tak pe. Kemudian klik butang save. Dah jadi untuk sidebar


2. HEADER
a. kat halaman dashboard, klik layout, klik edit HTML. Tandakan kat kotak ‘Expand Widget Templates’.

b. Copy code untuk header dari nuffnang letakkan dalam kawasan macam dalam gambar ni (selepas tag ) *cari coding macam dalam gambar. code di dalam petak merah adalah code dari nuffnang tu*




3. BETWEEN
a. selepas letak code untuk header, copy code untuk between pulak. Letakkan coding dalam kawasan macam dalam gambar ni. *code di dalam petak merah adalah code dari nuffnang tu*



b. Dah siap masukkan code, klik kat butang ‘Save Template’.


Dah siap!!!



Kalau nak tau camne nak buat nuffnang cepat naik, tu saya pun tak pasti sangat. Sebab saya pun masih baru lagi. Masih banyak lagi nak kene belajar. Yang pasti, kene la rajin bertanya kat blogger2 yang lebih otai memang dah tahap sifu tongga tu.. Sama2 la kite belajar ekk..


No comments: