Tuesday, September 1, 2015

Kisah Hannah Semalam


Terasa macam baru semalam Hannah merengek kat kaki tarik-tarik telekung bila ami solat maghrib jemaah dengan ayah. Rasa macam baru semalam Hannah duduk kat riba bila ami duduk antara dua sujud. Rasa macam baru semalam Hannah baring kat riba selak-selak telekung mintak susu bila ami duduk aminkan doa yang ayah baca.

Harini Hannah dah 3tahun 4bulan. Dah mula pandai ikut ami dan ayah solat jemaah. Tapi bila adik Daneen bunyi eekkk..eekkk..bubling sembur-sembur air liur, cepat-cepat kakak Hannah lari dapatkan adik. "jap ye adik 'naning'.. Kakak Hannah mayang ni.. dah..dah..dah.. jangan nangis.."

Cepatnya masa berlalu. Yesss.. Hannah dah jadi kakak sekarang ni. Ya Allah, alirkan kasih sayangMu kepada anak-anakku Iffa Hannah dan Ezz Daneen. Tautkan hati-hati mereka dengan taliMu agar mereka sentiasa berkasih sayang dan saling hormat menghormati. Amin.


Ezz Daneen binti Fathullah Hakim
13 Mei 2015 


Wednesday, April 16, 2014

Hannah is Turning 2

Salam.  Today is hannah's 2nd birthday. MasyaAllah.. Time flies really fast. My baby girl is already two years old. Tahun lepas mumy dengan ayah gigih baking rainbow cake on your 1st birthday. Tapi hannah tengok je mumy dengan ayah makan kek tu. Kamu belum boleh makan kek. Sory sayang. Tahun lepas jugak mumy dengan ayah amik cuti, bawak hannah jalan-jalan kat taman. Tahun lepas jugak mumy dan ayah buat hannah 1st birthday party panggil kawan-kawan mumy dan ayah datang rumah. Ayah masak main menu, mumy buat rainbow cake sekali lagi. 

kita potong kek bertiga je malam birthday hannah


birthday girl termenung kat taman

Untuk tahun ni, no baking cake, no birthday party. Mumy dengan ayah bawak awak mandi laut puas-puas. Harap awak suka. Awak kan suka mandi kolam, mandi laut, berendam, main air dan segala mala yang berkaitan air. Ni penangan mumy snorkeling masa awak 3bulan++ dalam perut mumy dulu ke apa mumy pun tak tahu lah. 

Iffa Hannah, kamu semakin pandai mengeksperasikan perasaan kamu. Kamu anak yang tersangat pemalu. Kamu anak yang mudah tersentuh. Kamu anak yang tersangat manja. Mumy tak pelik kalau kamu lambat mesra dengan stranger. Mumy tak pelik kalau kamu tak nak bercakap dengan orang lain walhal kamu seorang anak yang tersangat banyak berkata-kata. Mumy tak pelik. Sebab itulah diri mumy sebenarnya. Kamu sangat klon mumy sekarang ni. Tak mengapa hannah. Kamu masih punya banyak waktu. Take your time sayang. Moga kamu dapat membina keyakinan diri satu masa nanti. 

Anakku iffa hannah yang cantik, membesarlah kamu menjadi anak yang disenangi, anak yang solehah, anak yang berjaya di dunia dan di akhirat. Mumy dan ayah sayang hannah! 

Hannah 1st birthday party

No matter how many birthdays come and go, you'll always be my little girl.

Tuesday, April 15, 2014

Lima.Belas.April.Dua.Ribu.Empat.Belas.

throwback - majlis nikah 15 april 2011

throwback - majlis sanding 17 april 2011

throwback - majlis bertandang 24 april 2011

Years will go past 
May your love forever last 
Thank you for loving me. Never ending love. 

Happy 3rd Anniversary FH.

Tuesday, March 18, 2014

Kisah hannah dan gigitan

Terasa ingin menulis kat sini hari ni. Setelah sekian lama. Alhamdulillah hannah dah pun 23bulan. How fast time flies. Semakin hannah membesar, semakin manja hannah. Sekarang dah pandai request panggil dia ’baby’. Semakin banyak bercakap. Alhamdulillah tumbesaran seiring dengan usia hannah. Cuma badan je semakin menyusut. Semakin kurus.

hannahFHM masa 21bulan

Alhamdulillah hannah dah boleh sesuaikan diri kat taska. Dah tak menangis bila ayah hantar setiap pagi. Tapi sekarang ni masalah baru pulak muncul. Hannah macam trauma nak pegi sekolah sebab dah kerap kene gigit. Alahai.. sian hannah. Tiap-tiap hari balik mesti mengadu tangan dia sakit kene gigit. Sampai biru lebam. Yang terbaru ni, sampai luka berdarah. Hannah pulak, selagi tak hilang kesan lebam tu, selagi tu la dok ngadu cakap sakit. Ke memang betul-betul masih terasa sakit.

Hannah bukan budak yang suka menggigit. Tapi bila dah selalu kene gigit ni, mumy pun gigih la cari cara atasi budak suka mengigit. Nanti boleh share dengan cikgu hannah. Bagi cikgu sama alert dengan masalah ni. Tapi cikgu pun dah tampal artikel pasal gigit-gigit ni kat dinding taska. Harap-harap parent tu prihatin la sikit. Nak harap cikgu yang ajar anak dia sepenuhnya, takut cikgu-cikgu tu pun hilang sabar nanti. Anak orang pulak kan. Nak ajar lebih-lebih pun, nanti parent tak terima pulak. 


Mengapa anak suka menggigit 

Jika melihat kanak-kanak kecil menggigit, ia adalah perkara biasa. Tidak kira sama ada dia menggigit kawan sebaya ataupun sesuatu objek, menggigit seolah-olah satu tabiat wajib bagi kanak-kanak berusia setahun hingga dua tahun. 

Kadag kala jika anak kita yang menjadi mangsa gigitan kanak-kanak lain, rasa hendak marah sahaja tetapi apalah yang difahami oleh si anak kecil itu. Namun, mengapa ibu bapanya membiarkan anak mengigit sesuka hati. 

Bagi anak kecil, menggigit adalah salah satu ekspresi emosi untuk melepaskan kemarahan, kegeraman atau rasa kecewa. Apatah lagi jika anak kecil memerlukan perhatian, penat, cemburu kepada adik dan sebagainya. Kanak-kanak yang belum boleh bertutur mencara cara tersendiri untuk mengekspresikan emosinya termasuk mengigit. 

Jadi, menggigit adalah cara dia untuk menyalurkan emosi negatif. Menggigit lebih kerap terjadi dalam kalangan kanak-kanak lelaki. Semakin kemahiran bahasanya berkembang, kecenderungan menggigit akan turut berkurangan. 


Cara atasi anak suka menggigit

1. Tenangkan mangsa terlebih dahulu. Beri perhatian kepada anak yang menjadi mangsa gigitan apatah lagi jika dia anak orang lain. 

2. Tetap tenang namun tegas. Katakan kepada anak “jangan gigit orang”. Tegaskan kata-kata supaya dia faham. Elakkan bebelan yang panjang kecuali anak lebih besar dan memahami. 

3. Tenangkan si penggigit jika perlu. Mungkin anak tidak tahu gigitannya amat menyakitkan. 

4. Apabila situasi sudah tenang, sarankan alternatif lain kepada anak yang suka menggigit. Misalnya, ajar dia menggunakan kata-kata “jangan” atau “tidak” kepada orang yang membuatnya rasa hendak menggigit. 

5. Alih perhatian anak yang suka menggigit kepada aktiviti lain. Kadang kala disebabkan kebosanan atau ingin perhatian, mereka mencari pasal dengan menggigit orang lain. 

Sumber : pa&ma

Tuesday, January 7, 2014

Bila Hannah Mula ke Nursery

How fast time flies. Pejam celik pejam celik Hannah dah hampir 21bulan. Cepatnya kamu membesar. Dan dalam tak sedar, dah hampir 21bulan mumy berjaya BF hannah. Ada 3bulan lagi perjalanan BF hannah. Mumy tak pasti bila harus wean off. Tapi yang pasti, lepas ni mumy and hannah akan rindukan semua tu. Lama tak menulis di sini. Terasa ingin menulis disini tapi tulisan hari ni lebih kepada meluahkan emosi yang terpendam sejak beberapa hari. Mungkin juga untuk kenangan hannah satu hari nanti. Selama ni hannah duduk bermanja di rumah pengasuh sepanjang mumy dan ayah bekerja. Mumy perhatikan, memang hannah manja dengan keluarga ibu. Dari hannah 3bulan dah bersama mereka. Dan semalam hari pertama hannah ke nursery. Menghantar hannah ke nursery, mengingatkan mumy kenangan 6tahun yang lepas. Berada dalam nursery hannah beberapa jam, mengingatkan rutin kerja mumy 6tahun dulu.

Tahun 2007, mumy berpeluang menjadi pengasuh di sebuah pusat asuhan di KL selepas habis belajar. Seminggu ditugaskan menjaga baby dari umur 2bulan ke 12 bulan. Dan 4bulan ditugaskan menjaga anak-anak berumur 12bulan hingga 24 bulan. Agak kekok mulanya. Tapi penerimaan anak-anak di sana agak baik. Seawal 6.30pagi ada parent yang dah mula datang menghantar anak-anak. Tugas mumy pagi-pagi sebelum anak-anak sampai, siapkan sarapan untuk semua pengasuh dan cikgu. Ataupun bersihkan ruang-ruang bilik yang ada.

Bila satu persatu anak-anak sampai, tugas mumy sambut mereka di pintu. Anak-anak di bawah jagaan mumy jarang ada yang meragam pagi-pagi. Mungkin mereka dah terlatih dari kecil untuk hidup berdikari sepanjang mak dan ayah mereka bekerja. Jadi makin mudahla kerja mumy. Sambut mereka, sediakan baju untuk mereka mandi, periksa beg sebab kadangkala ada parent yang bawakan bekalan makanan. Selesai mandikan, bekejar untuk pakai pampers, baju, sikat dan bedak, siap-siap untuk sarapan. Siap sarapan, aktiviti indoor game. Kalau mumy rajin, kita main playground kat luar. Tapi biasanya tak lama. Semput mumy dengan sorang lagi pengasuh nak jaga anak-anak 7orang tu berebut nak main. Dengan ada 2orang anak-anak yang perlu extra care. Umur dah hampir 24bulan. Tapi masih takut2 untuk berjalan. Masih nak berdukung je. Kalau berani melangkah pun nak berpimpin. Tido pun nak berteman kat sebelah je. Kalau mumy bangun, alamatnya tak sampai 5minit dah dengar suara dia meraung. Kene cepat2 bawak lari sebelum dia buat anak-anak yang lain terjaga sama.

Selepas makan tengahari, bersihkan diri, tukar pampers, masa untuk anak-anak minum susu dan tido. Dari pukul 12 sampai la ke pukul 2 petang. Masa ni la masa untuk kami makan, solat dan berehat. Jam 2, kejutkan anak-anak untuk bangun mandi. Selesai mandi, waktu santai2 di depan tv. Bukakan je nursery rhymes, barney, tekun dorang menonton sambil2 minum petang. Jam 5, sorang demi sorang balik. Ada 2-3 anak-anak yang selalu pulang lewat. Kadang hingga ke jam 2 pagi. Tapi parent akan maklumkan awal-awal kalau terpaksa ambil anak hingga lewat malam. Camtu la rutin kami setiap hari. Letih. Tapi seronok dengan gelagat mereka.


---------------------------------------NNNNNNN----------------------------------------

Sekarang giliran mumy pulak hantar hannah ke nursery. Ofis ayah baru bukak nursery. Dan kami tak lepaskan peluang untuk cuba hantar hannah ke sana. Pagi masa mumy dan ayah hantar, hannah ok je. Mumy tengok hannah seronok tengok ramai kawan, banyak mainan. Walaupun hannah nampak malu-malu depan ramai2 orang tu. Elok hannah bermain, membaca, berkawan. Hannah gelak-gelak. Sikit pun tak gaya nak nangis. Kawan-kawan hannah ada yang mula menangis dari mula-mula sampai. Mumy tengok Hannah rilek je meninjau kawasan. Nampak tak kekok. Bagusla camtu. Ayah terpaksa bawak kawan hannah keluar untung tenangkan dia dari terus menangis. Bila keadaan dah nampak terkawal, mumy lari keluar senyap-senyap. Ayah dah dari tadi tinjau dari luar tingkap je.

Hannah nampak ok mulanya. Duduk bermain kat meja. Tiba-tiba kawan-kawan yang lain menangis meraung menjerit2. Hannah ketakutan. Suasana tu mungkin sangat asing bagi dia. Dari luar mumy dengar hannah jerit panggil mumy. Suara hannah makin lama makin bergetar. Hannah berlari ke setiap ruang yang ada. Mumy.. mumyyyy.. hannah mula cari mumy. Mumy nampak hannah berlari ke pantry, ke bilik2 lain cari mumy. Tapi bila hannah mula lari ke toilet cari mumy tanpa cikgu sedar, cepat2 mumy suruh ayah masuk untuk ambil hannah. Mumy takut hannah jatuh. Semua kawan hannah mula meraung. Cikgu nampak kalut dengan keadaan tu. Sampai tak ada sorang pun nak pujuk hannah menangis. Mumy geram dari luar. Sebab mumy tahu kalau cikgu cepat tackle hannah masa hannah mula mencari mumy tadi, hannah takkan sama-sama meraung berguling kat lantai tadi. Takpe la. Nama pun first day.

Bila ayah dah masuk semula, keadaan makin kronik. Mumy pun terjah masuk untuk tenangkan hannah. Rupanya kawan-kawan hannah makin teruk meraung bergayut kat kaki mumy. Cepat2 ayah lari keluar. Sebab semua dah mula gayut kat kaki ayah jugak. Mumy susukan hannah. Tapi hannah tetap menangis nak kan ayah. Memang anak ayah.

Dalam terpaksa, mumy terpaksa biarkan cikgu tarik hannah dari mumy. Maafkan mumy sayang. Harap-harap cara tu takkan buatkan hannah terus trauma. Mumy dengan ayah terus tinggalkan hannah tanpa menoleh lagi. Mumy tau kalau mumy tengok, mumy akan menangis sama. Padahal masa tu, dok tahan je air mata menitik. Mumy keraskan hati. Ayah bawak mumy keluar jalan2 pegi alamanda. Tapi tetap tak boleh behenti memikirkan hannah.

Tengahari tu, ayah dapat whatsapp dari kawan ofis. Gambar hannah tengah makan. Tenang hati mumy tengok hannah ok je sebenarnya. Bersemangat makan. Yang penting hannah dah behenti nangis. Petangnya nampak plak gambar hannah tengah tido. Dah tukar baju. Dah mandi la tu. Sian anak mumy. Camne la awak tido tadi. Pukul 4 petang tu kami de mesyuarat dengan pengusaha taska. Parent di minta tulis biodata anak-anak. Masa mumy submit nama hannah, cikgu cakap hannah makan banyak sangat lunch tadi. Bersemangat je hannah makan. Bagus. Nampaknya cikgu dan mula ingat dan kenal hannah. Dan cikgu terkejut sebab hannah minum susu dalam cawan je. Tak dalam botol macam kawan-kawan lain. Cikgu ingat awal sangat mumy train hannah untuk stop minum pakai botol. Tapi sebenarnya sejak hannah setahun lebih hari tu hannah dah mula menolak botol. Cara lain nak bagi jugak hannah minum susu, panaskan dan tuang dalam cawan je. Itu je cara yang buatkan hannah nak minum susu. Itu pun 4oz je sekali minum.

Habis mesyuarat, mumy dengan ayah turun amik hannah. Pengasuh kat situ teruja nak cerita hal hannah pada mumy. Rupanya hannah tetido dalam terowong mainan sambil peluk balang biskut pagi tu. Pastu pengasuh cakap hannah makan banyak dan bersemangat dari budak-budak lain. Senang hati mumy dengar pengasuh cerita. Bagusla kalau hannah memudahkan keje semua orang. Semoga hannah akan terus jadi orang yang disenangi. Jadi orang yang memudahkan dan menyenangkan hati semua orang. Kuatla sayang. Mumy pun masih belajar untuk jadi kuat untuk hannah. Mumy tau kalau mumy terus kuat, terus positif, hannah pun akan sama-sama kuat dan sama-sama positif. Maafkan mumy sebab sampai hari ni mumy masih takde kekuatan untuk hantar hannah sendiri ke nursery. Even ke rumah ibu dulu pun mumy tak cukup kuat. Mungkin satu hari nanti masanya akan tiba kan sayang.

Panjang mumy bercerita hari ni. Semoga coretan mumy hari ni boleh jadi satu kenangan untuk hannah bila hannah boleh membaca nanti. Kita sama-sama belajar jadi kuat ye sayang. Semoga Allah temukan kita semula dalam keadaan sihat dan sempurna sepertimana Allah pisahkan kita dalam keadaan sihat dan sempurna setiap pagi. Mumy dengan ayah, sayang hannah hingga hujung nyawa kami.

Monday, October 1, 2012

Bila Ayah Siapkan Hannah

Iffa hannah 4bulan 3minggu @ wedding waklong ejan

Alolololooo... Bukan main lagi dia ye bile ayah yang siapkan. Siap pakai kasut, pakai crochet hat bunge pink lagi tu.

Tangan tu suke sangat la nak masukkan dalam mulut

I'm lucky punya husben yang sangat banyak membantu dari segi house chores dan jaga hannah. Thanks sayang.. Thanks Allah..


- Posted using BlogPress from my iPad

Friday, September 21, 2012

Eehhh.. Dah 5 bulan

Iffa Hannah - 5 bulan



Fuhh.. Fuhhhh.. *tiup habuk.. Assalammualaikum...
Lama sangat dah tak update blog ni. Tapi masih lagi rajin blogwalking. Hari-hari blogwalking je. Seronok tengok blogger lain rajin update. Tapi blog sendiri terabai je. Tu yang sekali update tau-tau hannah dah 5bulan.




Ni budak yang tak nak tido malm tadi. Dahla sekarang siang-siang pun tak tido. Malam pun tido lambat. Terpakse la mumy dia ajar tido buai. Pun tak nak tido jugak. Malam tadi hannah buat drama air mata. Masukkan dalam buai paksa tido, dia boleh pulak kelip-kelipkan mata nak bagi air mata tu menitik. Pastu buat-buat cebik.. Tergelak mumy dengan ayah tengok. Ohhhh anak... Banyak akal dia yee.. Ikut perangai siape la ni..
- Posted using BlogPress from my iPad

Monday, June 4, 2012

1st Anniversary Yang Comel =)


Tarikh : 15 April 2012 (Ahad)
Tema : Petani Moden
Menu Istimewa : Air Kelapa Muda dan Buah Mangga
Lokasi Terpilih : Kebun Pisang, Kebun Kelapa dan Kebun Mangga
Tentatif Program :

  1. Bangun pagi
  2. Sarapan meggi goreng pedas (cik milah hantar) dan air milo kotak sejuk beku
  3. Bersiap-siap dengan pakaian tema. Bawa segala kelengkapan *majlis.. :p
  4. Lokasi pertama, kebun pisang. Orang kampung bagitau de pisang yang dah masak ranum atas pokok. Pusing punya pusing, tandan pisang je yang tinggal.. Hurmmm.. Takde rezeki. Pisang-pisang yang lain pun belum cukup tua.
  5. Lokasi kedua, kebun kelapa. Intai-intai dari jauh, tak nampak pulak kelapa muda.
  6. Lokasi seterusnya, kebun mangga. Meneruskan misi mencari kelapa muda. Dapatla 3biji kelapa pandan muda dan 2biji mangga. Berehat di kebun sambil menikmati air dan isi kelapa muda.
  7. Pulang ke rumah, sedia untuk masak tengahari yang simple. Sotong, ayam dan fish ball goreng dan sup sayur. FH yang masak pun~~
  8. *Majlis bersurai :p


Indahnye hari tu.. Tenang je rasa.. Rasa macam makcik pakcik yang dah pencen, balik tinggal di kampung. Pagi-pagi dah keluar berkebun, berbudi pada tanah. Cukup masa, boleh nikmati hasilnya.

Ini lah sambutan anniversary kami yang pertama. Kalau pasangan lain mungkin pergi bercuti ke tempat peranginan, kami pula bercuti melawat kebun. Kalau pasangan lain mungkin potong kek, kami pula cuma belah kelapa muda di kebun.

Tak kisah la walau macam mana sekalipun sambutannya. Asalkan pada hari yang indah tu kami dapat habiskan masa bersama dah cukup membahagiakan saya. Dan yang pastinya, tepat jam 12malam, FH yang terlebih dulu wish. Nampaknya dia betul-betul mengingati hari terindah kami.

Dan inilah hadiah yang paling istimewa untuk anniversary kami yang pertama....

Iffa Hannah binti Fathullah Hakim.. Lahir keesokan harinya.. 16 April 2012


Ni la antara sebab kenapa kami hanya sambut anniversary di kampung.. Sedang sarat menunggu hari.. :)


Buat suami tersayang, Fathullah Hakim bin Md Marham.. Terima kasih sebab jadi suami yang terbaik. Semoga kita kekal bahagia hingga ke hembusan nafas yang terakhir.. Love u sayang..

- Posted using BlogPress from my iPad

Friday, October 14, 2011

Cerita September Itu

Salam dan hai.. Lamanya biarkan blog tak berupdate kali ni. Kemalasan menjadi-jadi. Lagi2 sejak pc dah dok jauh nun dalam bilik. Lagila malas. Dulu port baik punye sebelah tv. Sambil FH buat keje ngadap pc boleh ngendeng2 jap update blog.

Tu baru salah satu sebab kenapa tak update sampai sebulan. Sebab-sebab lain adalah...
*
*
*
*
*
*
*
*
V
V
V
V
RAYA..RAYA.. RAYAAA.. Hahahaha.. Raya la sangat. Padahal tak sihat memanjang. Minggu first september, macam orang lainla. Masih sibuk dengan cuti raya.

dua budak demam - 1st day raya


Minggu kedua september dah naik keje. Tapi 6 september kene serangan gastrik. Dah mc pulak. 

Bila tak sihat, malasla nak update blog. Sempat update 1 entry je. Hahahaa.. Plus de banyak keje nak buat tapi masa tu la cpu kat rumah nak buat hal meletop macam mercun bola. Hahahaha...

10 September - Kakak FH nikah. So dari hari jumaat malam dah sibuk-sibuk mana yang patut sampai la ke hari majlis. Majlis nikah hari sabtu lepas zohor. Lepas majlis terus balik kampung saya dan malam tu jugak lepas maghrib terus gerak ke rumah makcik di jengka 3. 

11 September - Pagi lagi dah gerak ke Kuantan hantar zura balik UIA. Sampai kampung dah malam. Dan esok adalah kerja... Huwaaa... mengantukkk.. Kepenatan melampau + tak cukup rehat.

comel dan gedik. semua ceria!!


Sepanjang weekdays adalah busy dengan preparation jamuan raya ofis. Konon busy la sebab amik part decoration untuk jamuan.


So 12&13 september - jarang de kat ofis. Sepanjang hari dok kat lokasi jamuan raya. Rewang pe2 yang patut.

Yang paling best, jamuan raya buat pada 14 september dan pagi tu gak la bos suruh pegi meeting kat luar. Bestnye la kan. Dengan takde sape nak hantar pegi meeting, takde sape nak amik lepas balik meeting. Semua pun sibuk dengan jamuan raya. Merempat la tumpang sape2 yang sudi nak hantar. Sampai2 kat ofis jamuan dah start. Datang makan jela pun.. :p

gediks girls :p


ajk jamuan raya 2011 - kredit to napi *mamat baju pink dalam cubaan buat aksi ganas*


15 sepetember - flet. terus mc. amekauuu..

16 september - cuti hari malaysia sengaja ajak FH bergolek-golek malas kat rumah. Pagi tu jela. Petang dah balik kampung.

17 september - Pagi-pagi hari dah gerak ke Bota, Perak. Hantar rombongan bertandang akak FH. Owhhh.. penat.. penat.. penat.. Padahal tinggal duduk diam-diam dalam kereta je pun penat melampau.

18 september - Pagi-pagi lagi dah balik kampung saya. De orang nak datang. So masing-masing sibuk memasak. Dorang jela memasak. Saya berehat-rehat malas di depan tv kemas pe2 yang patut. Kemas la sangat. Tido de la kot.

Pastu weekdays macam biase la. Sibuk dengan keje, sibuk dengan jemputan jamuan raya kat ofis plus kesihatan tak ok lagi. Kurang rehat agaknya.

22 september - mc lagi. Entah berapa kali pegi klinik bulan ni pun tak tau.


24 september - Pagi-pagi hari dah balik kampung lagi. Kali ni sepupu FH pulak nak nikah. So tolong la rewang pe yang patut. Petang dah flet. Flet manjang budak ni. Petang tu jugak balik putrajaya.

Hari-hari terakhir bulan september, sibuk memenuhi jemputan jamuan raya kat ofis ni je la. Mana-mana yang kawan-kawan jemput ke rumah tu memang tak dapat nak pegi. Sebab masing-masing kepenatan tak cukup rehat. Sorry!!

So habis dah la cerita september kenapa yang tak berupdate lama sangat tu. Kepenatan melampau dan kesihatan yang tak berapa nak mengizinkan. Sepanjang musim raya tu masing-masing dok cite naik berat badan. Yang bestnya berat badan saya adalah TURUN!!! Sebelum kahwin berat 50kg. Lepas kahwin, jadi 53kg. Lepas raya, turun ke 51kg balik. Seronok kooo!!

Monday, September 5, 2011

Suka Duka Merdeka Raya 2011


Salam Aidilfitri, selamat kembali ke kota wahai anak rantau dan selamat kembali bertugas menjalankan rutin harian seperti sediakala. Belum terlambat rasanya untuk saya memohon ampun dan maaf andai sepanjang saya berblogging ni ada mengguris hati mana2 pihak. Kita hanya manusia biasa. Tak terlepas dari melakukan kesilapan.

from our mini studio beberapa hari sebelum hari raya

Memang kenangan terhebat la pertama kali raya sebagai wife FH. Macam-macam kenangan de. Suka de lawak pun de. Pagi sabtu, sesudah sahur tu terus cepat-cepat zass balik ke kampung. 2hari kat kampung saya, sehari sebelum raya baru gerak balik ke kampung FH pulak. Tapi masa tu masing-masing dah lembik tahap tak boleh blah. FH demam batuk + selsema terlebih main mercun. Sama jela dengan wife dia ni. Tiba-tiba demam lembek-lembek tak larat bangun.

Sampai-sampai kampung FH, tolong kacau-kacau rendang, tolong anyam ketupat 5, 6 ketul terus kebabomm lembek tak larat buat pe2. Malam raya tu lagila best. Belum pukul 10 malam saya dah selamat belayar ke lalaland. Kakak-kakak FH dok sibuk memasak pe entah kat dapur dari malam sampai ke pagi. Saya memang tak mampu la nak tolong dah.

Pagi raya pun masih lembek lagi. Orang lain sibuk lintang pukang kat dapur la, pegi sembahyang raya la.. saya boleh pulak bantai sambung tido depan tv dengan ayu berbaju raya. Lepas zohor baru keluar pegi beraya. Tu pun berapa rumah je. Sebelum asar dah balik rumah sambung kebabomm lagi. Malam tu baru balik beraya kat kampung saya pulak. Tu pun hari kedua raya, melepek lagi kat rumah sepanjang hari. Raya ketiga baru la keluar ikut family pegi beraya. Tu pun masing-masing dah main-main mata ajak balik.

Fuhhhh...!!! Memang terhebat kan kenangan raya kami tahun pertama sebagai husben and wife. Raya ke 4, ke 5 ke 6 pun camtu la jugak. Mood raya tu dah de. Tapi baru pegi 1 2 rumah saudara mara, dah lembek sampai nak duduk pun tak mampu. Patut la dari bulan ramadhan lagi dah rasa macam tak semangat je nak raya.

Dan sampai hari ni pun sebenarnya masing-masing masih tak sihat lagi. Ikutkan hati, macam nak bergolek-golek je kat rumah. Tapi kang mesti makin lembek je masing-masing. Buat-buat gagah gak la masuk keje hari ni. What ever pun, raya tetap raya kan. Bagi duit raya tetap bagi duit raya. Dan yang pasti, tetap dapat duit raya walaupun dah kahwin. Yihaaaaa.. yihaaaa..!!! Ni la kenangan suka duka merdeka raya kami pada tahun pertama raya sebagai husben and wife.. Memang mencabar!!!