Showing posts with label geng kuat mengarut. Show all posts
Showing posts with label geng kuat mengarut. Show all posts

Wednesday, August 17, 2011

Ubat Stress Saya

Lately ni saya rasa sangat stress. Stress dengan keadaan sekeliling sampai buatkan saya moody yang teramat. Rimas!! Dah lama kot saya pendam-pendam-pendam. Sampai satu tahap, sampai rasa tak boleh nak simpan sorang-sorang lagi dah. Kesian FH. Terkejut bila saya tiba-tiba nangis-nangis-nangis tanpa dia tau sebab. Bukan saya tamoo share cite dengan dia selama ni. Tapi saya rasa saya boleh handle benda tu sorang-sorang. Saya sangka, bila saya berdiam benda tu akan jadi senyap. Tapi rupanya makin melampau-lampau.

Selain dari FH, ni la antara ubat stress saya


Semalam dapat lepak lama-lama buka puasa kat 425. FH de program buka puasa kat ofis dia. Saya adalah malas nak join. Makanya, saya menumpang kasih la dengan masya berbuka kat 425. Walaupun lauk simple, tapi heaven. Sambil makan, sembang-sembang gelak-gelak melayan otak gila-gila masing-masing. Seronok!!! Lupa dah pasal stress tu. Sebab budak masya ni tempat saya luahkan masalah saya selama ni. 'sory la yuu.. Dah la penat baru balik outstesen. Kene melayan i pulak..'

So hari ni dah happy-happy-happy. Tapi pagi-pagi tadi de je yang sengaja carik pasal nak bagi saya moody balik. Cukup-cukup la tu menyebarkan cerita palsu pasal saya. Saya bukan artis. So tak payah la nak gosip panas lebih-lebih. Malas layan..malas layan..malas layan.. Suka hati la nak cakap apa. Yang penting saya bahagia dengan mereka-mereka yang sayangkan saya!!!! Cukup!!

Friday, March 18, 2011

Turun 5 Kaliii..!!!


Ohoooo.. rindunya kat cekgu ben. Lama gila tak jumpa. Cekgu ben, maafkan anak muridmu sebab lepas habis kelas bulan 8 tahun lepas, sampai la sekarang ni, kami telah ingkar arahan cekgu ben. Woiii.. dah lama tak turun pool. Habisla hilang semua skill cekgu ben ajar dulu. Ni kalau sekali turun, mesti kene rotan vontot sebab tenggelam timbul je. Entry kelas renang pun sampai sekarang ni pending tanpa de penutup.

Ni semua gara-gara bajet nak jaga kulit la ni sampai tak nak pegi renang-renang lagi. Maklum jela. Takut sunburn masa sanding. Tapi tahukah anda, sebab nak jaga kulit muka punya pasal, sekarang ni badan sudah rasa tak fit. Pewott macam mooncet gelebeh-gelebeh. Lengan lembik2. Padahal berat tetap maintain. Kurus, tapi tak fit. Tak sukeeee!!! Habisla tak gojes masa sanding nanti. Gulppp!!! Paling tak best, bukan je badan tak fit, tapi sekarang dah macam cepat mengah. Semput ke pe ni. Susah je nak nafas. Kalau dalam pool, cekgu ben jerit je.. TURUN 5 KALI!!! Blupp..bbllooopp.. bloopp.. bubbling la korang dalam tu bagi hilang mengah. Taraaa!! Terus ok pastu.. Ni agak-agak entah ingat lagi ke tak nak buat bubbling. Melampau punya pelupa kan. Tapi takat breaststroke dengan free style tu dah master kot. Wahhh!! Riak pulak. Not gud..not gud..

Teman-teman seperjuangan, jomla kita pergi renang-renang lagi. I dah usha pool kat pusat maritim tu. Tapi tengok dari luar je la pun.. :p Yang ni confirm tak sunburn. Uols renang-renang la sampai kembang kecut badan. Yomm laaa.. Yomm la.. Sebelum i kawen ni. Kasi badan fit sikit. Tapi bile la ehhh.. Beli swimsuit baru dulu jom!! Agagaggaa..

Monday, February 7, 2011

Angpow CNY Dari Kelantan

@ pantai cahaya bulan


Wott..wottt.. Selamat kembali bertugas semua!! Syokkan cuti panjang minggu lepas. Cuti CNY hari tu kami bercuti ke kelantan. 3hari 2malam. Bertolak pagi khamis pukul 4pagi. Perjalanan pegi makan masa lebih kurang 8jam. Perjalanan balik lebih 10jam. Huhuuu.. Memang takmo dah la pegi kelantan naik kete pasni. Tu la... Dah cakap awal2 naik flight je senang.

Gambar memang tak banyak kali ni. Sebabnya FH sangat la pandai. Lagi sekali tertinggalkan D200 kat tepi pintu rumah. Beg baju je dia angkut masuk dalam kete. Dah sampai Bentong baru sedar buah hati dia tu tertinggal. Hahaa.. Padan muka. Geram tapi syok gak sekali sekala. Baru la betul2 menghayati percutian bersama. Kalau tak, dia sibuk jela nak belek2 buah hati dia tu. Kali ni biar dia fokus kat saya je. Hahaaa.. Bunyi orang jeles.

Ole2 pun jangan ditanya la ehhh.. Kota Bharu adalah jammed sepanjang cuti CNY hari tu. Dengan macam2 sikap manusia yang tak reti bersabar. Memang menguji kesabaran betul. Sebelum pegi dah niat nak shopping macam2. Tapi hasil yang berjaya di bawak balik tak seberapa. Ole2 yang paling best dapat dari Kuala Krai la kot. Mahal tu. Terbaik punya. Nak tau pe?? Haaaa.. tu la dia. Angpow CNY. RM300. Banyakkan dapat angpow. Ada sape2 nak?? Kami tak nak. Terbaik la sarjan misai bagi SAMAN!!!

Friday, January 7, 2011

Photogedix Raikan Hari Tua FH


Jangan nak karang cite panjang2. Kasi layan gambar je. Nanti bebel2 tak ingat dunia lagi.. Mari biarkan gambar yang bercerita.. Haahaaa.. bahasa apakah??

starter la konon ni

weee... nampak agak gelojoh disitu.. tak sabar2 nak makan

semua sedang berenang2.. wuuu... lapar tibe2

black forest icecream cake.. yummyy..

' auuuww.. terkezut mak..'

make a wish katanya.. lentik semacam jari..

gedik girls

malu2 meow konon.. nampak tak macam de pelamin kat belakang tu

owhhh.. lense yang sangat kejam buat saya 'kembang'

nyum..nyum..nyum..

semua dah tersandar kekenyangan

bezday boy yang over gedik malam tu. takpe. kasi la can..


Hadiah bezday je tak bagi lagi. Belum beli pun. Bagus tak?? Nak blackberry torch kan?? Meh tukar belikan ipad dulu. Baru adil. Tak pun D90. Ehhh.. bezday sape ni?? Tibe2 orang lain pulak yang over mintak hadiah.

Raikan Hari Tua FH


8 of us.. will mish them till de end of my life..

Minggu lepas tiba2 kak ayu bagi idea nak keluar makan ramai2. Yela.. nanti dah dalam pantang mana la boleh makan sesuka hati kan. Nama pun pantang. Hot mama tu dah plan nak berpantang betul2 sebab nak bagi badan selim melim. Baru la betul2 vouge katanya.


Alang2 dah plan nak keluar makan ramai2, terus datang idea nak celebrate bezday budak tua gedik tu sekali. Bukan senang nak kumpul ramai2 semua de. So celebrate lambat sikit. Bajet nak buat suprise party. Tapi bezday boy tu budak kuat perasan. Mana la boleh nak suprise2 lagi dah. Lagipun dah 3tahun berturut2 kot pakai tektik yang sama, dalang2 yang sama. Dia dah boleh baca. Mula2 dulu jela dia macam blur2 nak nangis terharu. Hahaaa..

Atas persetujuan semua, kami ke Restaurant @ MAEPS. Dalam kawasan tapak MAHA tu je. Tapi memang terbaik la layan steamboat kat situ. Berbaloi2. Cuma RM20 per person. Boleh makan banyak mana korang nak. Sebelum ni kalau makan steamboat berdua dengan FH kat tempat lain pun dah sampai RM60. Tu amik steamboat je. Belum lagi amik desert2 lain. Kat sini boleh amik semua makanan yang de. Pilih je mana nak. Buffet steamboat tu pun banyak sangat pilihan. Sampai rasa tamak semua pun nak amik. Sape tak nak amik steamboat, boleh makan nasi goreng ke, mee goreng ke, aiskrim ke.. Buah2 pun de. ABC de, cendol de.. Macam2 la..

Ruang makan yang selesa dan santai. Sesuai la nak datang bawak family. Budak2 kecik boleh bebas bermain lari2, kejar2.. Sebab dia bukan restoran yang dok dalam bilik beku2 sejuk2. Restoran ni ala2 konsep dalam taman je. Kebetulan masa kami ke sana tu mungkin de wedding yang baru lepas berlangsung. So ada la deco2 menarik macam pelamin. Mungkin la. Ataupun memang deco restoran tu camtu?? Tapi memang cantik la. Tapi kene la datang awal sikit. Memang ramai orang kat sini. Mereka cakap sentiasa full.

Alamakkk.. Dah bebel panjang sangat pulak tibe2. Pics makan2 tu tunggu next entry je la. Lalaaaa~~

mari main2 masak2.. lense telah berjaya meng'gemokkan' saya. jahat budak jahat..

Wednesday, August 4, 2010

Kelas Renang Sesi VII

Hari khamis minggu lepas adalah kelas renang yang ke 7. Masuk kelas ke 7 ni, barula dapat belajar kicking untuk teknik breaststroke. First time gak pegi kat tempat kedalaman 2m. Selama 6 kelas sebelum ni main kat 1.2m je. Tapi tak dibenarkan untuk lepaskan tangan dari dinding tepi. Kaki je belajar kicking. Tangan tetap paut kat dinding. Yela..masing2 pun tak berapa nak tinggi kan. Memang sah2 kaki tak jejak dasar. Tinggi saya pun baru 1.6m. Kalau saya nampak kamu macam nak lemas je..saya kick sorang2 kuar dari kolam.. Bunyi macam kejam je kan. Tapi yela.. kang jadi pe2 kang camne pulak ben nak selamatkan sorang2.

Susah rupenye nak belajar teknik ni. Sebelum ni masa belajar freestyle saya tengok orang buat breaststroke ni macam senang je. Tu yang selalu fikir nak belajar yang ni je. Tak sabar2. Rase macam freestyle tu susah sangat. Rupanya same je susah. Tertonggeng2 okee.. Pesal entah masing2 pun de masalah yang sama. Vontott terapung lebih. De pelampung ke pe. Mantoop sangat. Tu orang lain la kutt.. Saya takkk.. Hihiii..

Disebabkan kelembapan yang melampau, ben ajar saya dengan cara dia pegang kaki saya pastu bile saya dengar dia jerit..KICK..haaa.. kick la ko.. 1,2,3..kick..1,2,3..kick.. Pastu training la sendiri sampai terer. Mase ni kan terus rasa macam dah terer sangat buat freestyle. Sebab breaststroke ni susah sangat nak dapat. Buat kicking je pun dah macam pe. Tertonggeng2 masing2. Pe2 pun, swimming ni sama je macam sports lain. Kene datang training selalu. Kalau takat datang time kelas 1jam sekali sesi, memang lambat la nak dapat. Elok orang lain dah belajar part lain, ko kedek2 lagi nak belajar tang tu jee..

Tinggal 1sesi je. Tapi tak terer2 gak lagi teknik breaststroke. Huhuuu.. Terus rase stress. Nasib baik dah terer freestyle. Yolah tu.. Terer la sangat..!!

Kelas Renang Sesi VI

Selasa minggu lepas kelas renang yang ke 6. Aktiviti adalah sama saje. Training teknik breathing..breathing dan breathing.. Training la korang sampai jemu. Selagi tak pro part ni, memang takde la nak belajar bende lain pulak. Sampai habis 8 sesi pun belajar freestyle je la kalau tak lepas2 teknik breathing. Lupakan je nak belajar teknik breaststroke.

So hari tu gigihla masing2 berlatih. Dari hujung kolam ke hujung kolam. Awal2 dah kene dera dengan ben. Masing2 kene buat freestyle 3lap dalam masa 10minit. Semua pun macam…haaaa… serius ke ni?? Seram2 kecut2 jari masing2. Penat memang penat la. Sebab tu bila masuk2 je kolam ben mesti jerit suruh buat blow bubbles dulu. Turun 5kali..!! Haaa.. faham2 la masing2 nak kene buat pe. Bukan ketuk ketampi ehhh..

Kenapa kena blow bubbles
1. Ia sebagai cara untuk kita bernafas bila aktiviti berenang
2. Sebagai daya apungan badan. Badan yang beroksigen lebih mudah terapung
3. Memanjangkan stamina bila dalam air
4. Mengurangkan penat selepas aktiviti renangan yang panjang
5. Memperlahankan kadar denyutan nadi

Lagi satu pe yang saya perhatikan, kalau teknik breathing betul, takde la mengah sangat bila sampai hujung kolam. Suruh buat 3lap pun steady je rase. Boleh swimming rilek2. Takde la sibuk nak cepat2 sampai hujung sebab dah tak cukup nafas.

Dah hujung2 kelas, ben tengok sume macam dah ok breathing, dah terer freestyle dia nak ajar teknik breaststroke *kuak dada* pulak. Tapi baru je nak belajar kicking yang macam kaki katak tu, sekali abang2 baywatch dah piweeett..piweeettt cakap timesup pulak. Huhhh.. Kacau betul..

Friday, July 30, 2010

Osmet Day @ Sungai Chongkak

Setelah lama dirancang, akhirnya terlaksana gak perancangan nak buat bbq dengan budak2 425. Berapa kali tukar tarikh, berapa kali berubah tempat.. dan hampir2 gak la planning tak menjadi. Entah berapa kali meeting, diskus2, gusip2.. Planning asal dari Pulau Redang ke Pulau Perhentian ke Port Dickson ke Bagan Lalang.. sudahnye sungai chongkak gak lagi la yang menjadi pilihan. Konon2 siap nak bercamping. Ayah siap dah bagi duit suruh beli khemah sendiri *tak malu betul amik duit ayah walaupun dah keje. rejeki jangan ditolak bebbb* Tapi atas faktor2 keselamatan, terpakse ubah plan. Mama ayu dan ayah hafiz tak sihat uwekk..uwekkk pulak..


mari main masak2.. rajinnya diorang ni semua. keje aii tinggal ngap..ngap je.. bruupp.. hihiiii.. nampak tu. tengah bukak tuperware nak makan bihun goreng..*cian dowhh buli abang yen hidupkan api sensorang. semput2 abang yen main tiup2


Menu hari tu?? Memang menarik tertarik la. Macam2 adoo.. Ayam, udang, sotong..semuanya sedap2. Tu yang berendam kejap2 je. Selebihnye sesi melantak dan mentekedarah. Tapi aii je la kot yang camtu. Makan tanpa henti. Nyummm..nyummm..yummyyy... bruupp.. ekusmi..


salah amik port la. pagi2 datang tak panas pun lagi. redup je. sekali hambikk.. masak kat tengah2 panas. tebiat betul budak2 ni. camne la tak rentung kulit. kulit ehh..bukan ayam yang rentung. ayam2 semua sedap2 je.. *ni sape yang tak reti tengok arah matahari ni?? dushhh*


Waktu splash2 la yang paling di nanti. Air sungai tu..grrrrr....cejuuuukkk.. Tak boleh nak rendam lama2 sangat. Tak menahan weiiii.. Selalunya saya la yang berendam paling lama. Tapi hari tu, jadi duyung je la. Terdampar atas batu posing ala2 model majalah mangga tepi kolam yang tak berapa nak seksi mengancam. Hihiiii...


mandi poyo2 je. memasing tak tahan cejuk sangattt.. grrr.. ketar lutut..


celup sikit2 je. semua ngaku jadi kambing bandod takut air.. kambing bandod?? resakse gorgon mesti terer bab kambing bandod ni. sila jawab..!!


ayah hafiz dan mama ayu pun join sama walaupun demam uwekk uwekk.. cian diaaa..


425 wonder girls. tu semua geng kuat mengarut. lotih achik melayan. hihiiii.. *ehh..kecuali resakse gorgon bertudung pink itu. dia bukan ahli 425. pendatang asing tu* pitam la jap lagi dia ngamuk.. hihiii


Sebelum balik kene posing depan khemah yang dah berjaya dibina oleh engineer pokok. Sape lagi kalau bukan masya dan zura si resakse gorgon. Hihiiii...


ehh..macam dah pakat. 425 wonder girls masing2 pakai kaler merah hitam. same dengan kaler khemah dah.. aii je spesel. sebab leader kan. lalalaaa..


p/s : balik dari osmet day, terus rasa fleeettt gila2. dengan muka rentung lagi.. mana taknye.. balik dari family day kat port dickson terus ke sungai chongkak pulak ber’osmet’ day.. tapi penat2 pun tetap enjoy.. berbaloi-baloiii..

p/s/s : tahun depan jadi ehh kite pegi redang pulak. boleh mencandat sotong. lagi best nanti kite bolehla swimming2 dengan penyu. ohhh kak nat..sila cari baju penyu anda jika nak join. kami nak snorkeling + scuba nihh.. weee.. tak sabarnyeee..

Friday, July 23, 2010

Kelas Renang Sesi V

kolam renang presint 6, putrajaya


Dalam tak sedar dah masuk kelas renang yang ke 5 semalam. Maksudnya saya de lagi 3kelas untuk belajar. Tapi masih tak pro2 pun lagi. Pesal la slow sangat ni. Banyak main je ni. Mentang2 cikgu tak pegang rotan.

Semalam petang belajar bande yang sama je dengan kelas yang lepas. Selagi masing2 tak mahir teknik breathing, selagi tu la ben akan ajar bende yang sama berulang-ulang. Hari sabtu hari tu dah oke je. Bile kene buat lagi semalam, terus ntah gaya pe2 yang kuar. Kan tak pasal2 je kene jerit dengan ben. Main lagi..mainnn.. saya nak tengok kamu buat 50meter lepas ni.. Kulat2 kene marah. Padan muke. Selalu kene puji je kan. Semalam kan stress. So bila tak bolah nak relax tu yang ntah jadi pe2 tu. Rilex ezza..rilexx..

Dah nak habis kelas baru la ok. Berjaya gak la berenang dari hujung kolam ke hujung tanpa henti. Tu pun sebab dah takut tengok ben marah2. Lagipun sebenarnya dah tak sabar nak belajar bende lain pulak. Tapi dalam ben marah2 pun semalam macam biase la dia sempat puji cakap saya dah ok, cume kene banyak training je. Alahaiiii perempuan. Suke betul kene puji.

Tips penjagaan baju renang dan gogel dari cikgu ben *alolololoo.. macam comel panggil cekgu*

1. Cuci baju renang dan gogel menggunakan shower bath sahaja
2. Untuk gogel, boleh gosokkan sedikit dengan surat khabar selepas letakkan shower bath. Hasilnya gogel anda akan kelihatan bersinar. Ting..tinggg..


Ni pulak tips penjagaan baru renang dari House of Muslimah Swimsuit

Bagi mereka yang ingin menjaga baju renang agar sentiasa dalam keadaan baik dan cantik. Di sini terdapat beberapa tip yang anda boleh amalkan.


1. Anda dinasihatkan supaya membilas baju renang tersebut dan terus sidai selepas menggunakannya
2. Jangan mencuci baju renang anda dengan sabun pencuci atau peluntur atau pelembut kain
3. Jangan cuci baju renang dengan mesin basuh
4. Jangan merendam baju renang anda
5. Jangan perah baju renang atau spin
6. Jangan sesekali menyerika baju renang
7. Sila patuhi arahan seperti mana tertera di label pakaian anda

Tuesday, July 20, 2010

Kelas Renang Sesi IV




Sepatutnya hari khamis minggu lepas saya de kelas renang untuk sesi yang ke 4. Tapi atas sebab2 yang tak dapat di elakkan, saya tak dapat nak hadir. So, terpakse la datang kelas hari sabtu. Untuk kelas renang sesi ke 4 ni ben ajar teknik breathing. Susahnye la nak buat. Banyak kali tertelan air. Air masuk ikut hidung, masuk ikut mulut..kuar ikut hidung, kuar ikut mulut.. Sampai naik kenyang jadinye.. Berapa kali brupp dalam air. Hahaaa.. tak senonoh sungguh la.. Tapi semua pun jadi camtu.

Kelas macam biase, satu jam je. Dari jam 9 pagi sampai jam 10. Tapi biase la..bile dah main air mane nak ingat dunia kan. Lepas habis kelas, saya masih lagi rendam2 dalam pool. Sampai pukul 11 gak la nak praktis teknik breathing tu sampai berjaya. Kali ni saya berjaya berenang dari hujung kolam sampai ke hujung kolam tanpe berhenti. Ben cakap..'bagus..bagusss.. u dah ok..' Gila seronok. *bangga..banggaa..* Tapi sampai hujung pool terus tercungap-cungap.. oksigen.. oksigenn.. mintak napasss..




Untuk hari sabtu, kolam adalah bercampur untuk laki dan perempuan. Hari selasa dan khamis je kolam di khaskan untuk wanita dari jam 5 petang sampai jam 7. Tak pernah2 pegi kelas pagi. Selalu pegi kelas waktu petang je. Keadaan pun dah redup. Takde la panas terik. Bile kene pegi kelas pagi, terus muka bertukar jadi ala2 bendera pahang. Belang2 yang jelas kelihatan. Bukan kata hitam manis lagi dah. Ni namanya kelabu asap. Anak Kap Lam Ya Nga mane la ni.. Nak putihkan sikit punye payah. Nak bagi gelap..2jam je pun dah cukup.. Maklum jela.. Saya tak boleh nak pakai sunblock. Doc kan dah pesan..'u jangan nak bereksperimen dengan muke u lagi lepas ni..' Hambekk kooo.. Baik punye doc sound.


p/s : pics kredit to wak gugel

Wednesday, July 14, 2010

Kelas Renang Sesi III

Semalam adalah kelas renang sesi ketiga. Not to much story wanna share here. Semuanya baik2 saje dan makin menyeronokkan. Serius best!! Lagi2 semalam petang saya tengah stress gila2. Balik keje cepat2 konon2 nak sampai pool awal so boleh posing2 ala2 duyung dulu. Tapi tetapla sampai lambat. Pesal wehh semalam banyak kete sangat?? Selalu balik pukul 4.30 boleh drive dengan tenang. Boleh sampai serdang sebelum pukul 5. Dahla tengah stress. Menahan je denyut2 pening kepala sangkut dalam jammed. Nasib baik mase swiming ok je kepala ni. Walaupun sebenarnya tengah serabut gila!!!

Semalam belajar right arm pull dan left arm pull pulak. Yang ni memangla susah sikit. Right arm pull ok lagi kut.. Bila tang left arm pull je mule la saya rase macam kaki pun terbelit2. Hahahaa.. Pesal entah mesti jadi camtu.. rilex..rilexx.. Try banyak kali pun jadi camtu gak. Puas la ben buat demo banyak kali. Tapi paling syok bile lagi sekali ben puji saya sebab berjaya buat rigth arm pull dengan sangat bergaya. Perggghh!! Suke ehh kene puji2 ni. Terus rase semangat lebih2. Terus lupe stress2 yang menyerabutkan kepala otak kejap tadi.

Banyak kali kitorang try buat arm pull ni. So sepanjang sesi kelas semalam betul2 belajar right dan left arm pull je. Akhirnya berjaya gak la buat ikut teknik yang betul. Tu pun naik semput wehhh. Letih tuu.. Berapa kali pusing pool nak dapatkan hasil yang terbaik. Tapi belum cukup ok lagi rasenye. Kadang2 tu ok. Kadang2 tu kang entah jadi pe2 gaya. Hahaha.. Kene praktis banyak kali lagi ni.

Ben nak cepat2 habiskan 8sesi sebelum masuk bulan puase nanti.So, khamis dan sabtu nanti de kelas renang lagi. Tapi khamis ni saya takde la pulak. Betulla kata hati ni mase mule2 dulu bile kene pakse pegi. Saya memang tak rase nak pegi pun. Tapi sebab takde pe2 hal tarikh tu, saya terima je la dalam terpakse. Semalam baru terfikir.. owwhhh..patutla dari mule lagi dah rase macam something wrong je..dah rase memang tak nak pegi sangat2.. owhhh hati.. sila la tabah!!!! Nampaknya saya akan tertinggal 1 kelas dan mungkin akan termasuk ke group yang lain sabtu nanti.. Tak sukeee..!!!


ini bukan saya. tapi camni la gayenye


p/s : pics kredit to wak gugel

p/s/s : takkan berada di ofis khamis dan jumaat. sesi menghitamkan kulit.. owhh kulit.. harap2 jangan alah berlebih2 pliss. tak sanggup nak melayang lagi 3k.. standby segala ubat siap2.. kalau jadi pe2 nak tuding jari kat sape ekkk??

Tuesday, July 13, 2010

Darkroom Photogedix Session

Rata2 semua pun dah tau i-city adalah bandar bercahaya, kawasan yang dilimpahi dengan lampu yang berwarna-warni. Sape yang tak pandai bermain dengan teknik pencahyaan kat sini, memang susah nak dapatkan pic yang terbaekk.. Kang kejap2 de yang golap2 muka. Tak pun muka dah terang bercahaya sesuci bidadari, pic kawasan sekeliling pulak golap2. Dah tak nampak macam berada kat i-city. Terus tensi2.. Grrrr..

Ecehhh.. macam nak bagi kelas teknik2 pencahayaan je kan. Saya sendiri pun tak terer tang teknik2 tu. Yang saya tau, bagi pose terbaekkkk je. Hikhikkk.. Boleh bayangkan camne kawasan yang penuh bercahaya warna-warni boleh jadi ala2 photo studio darkroom?? Sape nak tau teknik2 tu, sila la tanye kat uncle law sendiri. Juz wanna share some of pic photogedix kat i-city.. Lets enjoyy~~


owhhh.. luv dis pic.. really smart.. gud job!!


alololooo.. aksi manje dari masya


macam feeling2 jadi dj radio je. siap letak2 tangan kat telinge. sebenarnye saje nak fokus kat cekak atas kepala tu jee.. owwhhh drumstick ku..mencikkk~~~


syomeell.. bayang2 spect kat muke masya nampak macam dia de kening ala2 samurai dah.. istana takeshii!!! hikhikkk..


'teknik pose bengkok2 sakit pinggang'.. kak nat cakap macam kanak2 tak cukup umur main cekak telinge minie mouse. tak kisah.. nak posing2 dengan cekak telinga minie mouse gak..

and for de last one.. pic yang paling saya sukeee.. terbaekk laaa..

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

luv dis pic sooo much.. really2 smart.. well done dear.. i'm loving it..!! uii.. menggalahnye aii


p/s : lepas ni jom try buat whiteroom photogedix session pulak.. ehhh.. dah macam nak buat pre wedding photoshoot je kan

Monday, July 12, 2010

Photogedix @ i-City, Shah Alam

i-city, shah alam


Ni adalah sambungan dari entry party terkejut-kejut. Maklum je la. Kalau dah sampai tahap kemalasan, bagi la bahan banyak mane pun nak story mory tetapla tak terupdate blog ni. Makanya akan terhasilla banyak entry2 basi. Tak kisah pun cite dah lame ke pe kan. Saje nak share dan abadikan moment2 indah kat sini. Pasni nak tepek pulak photogedix mase family day jabatan pertanian kat port dickson dan osmet day kat sungai congkak *dah de yang sound mane photox aii sambut belon air dalam senyuman* Pastu nak tepek pulak pics aksi poyo gedik mase wedding marlia hari tu *dah kene sound gak la ni baru hegeh2 nak buat*.. See.. banyak je kan story mory yang saya dah miss..

Sape tak tau i-city?? Kesiannn.. Macam saya.. Eiipp..eiipp.. saya bukan tak tau ekk.. Saya tau okeee.. Tapi selalu lalu lalang je depan tu. Takde la nak menyinggah. Nyanyila lagu riang camne pun kat telinge uncle law tu. Dia buat deeekkk je. Dah kebal kuttt.. Mencikkkk.. Makanya lepas semua dalang2 terhebat habis santap, semua pun decide nak pegi i-city ni. Nak layankan kehendak bezday girl la kononnye. Sape yang tak tau, i-city ni terletak kat seksyen 7, shah alam. Tau jakel shah alam?? Haaa.. tak jauh dah la tu *gila bagi landmark jakel terus* Tak tau gak jakel, senang cakap kat pintu belakang uitm shah alam. Tak tau gak lagi... wehhhh..pegi beli GPS la.. ko cari la sendiri gaduh2 dengan awek turn left..turn left tu. Geram tau.. Kadang tu suke2 je nak suruh orang turn left turn right. Tak ikut kang dia bebel2 la wrong way. Aii selalu je jerit2 sadaaaappp youuuu dengan awek GPS ni..Heheee.. *sengal*

Actually bukan la first time pun saya sampai kat i-city. Sebelum ni pernah gak pegi. Tapi juz pusing je. Tak berhenti pun sebab mase tu tengok macam ramai sangat la orang. So lalu je la. Kali ni baru la berpeluang nak jejak kaki main kejar2 guling2 bawah lampu macam filem hindustan. Mase sebelum ni pegi, takde la pulak de bayaran masuk. Bile pegi baru2 ni, dah de kene bayar pulak. Bayaran masuk RM2 per kereta. Kire okla. Takde mahal sangat. Tempat parking pun luas. Ramai gak la orang mase tu. Kat dalam tu de gak kedai2 makan. Tapi tak banyak lagi yang dah bukak. Tapi terperasan de van bergerak pizza hut dan kfc yang jual makanan.


Kehh.. lets enjoy de photogedix taken by our personal photographer..

kat kepala kak mud de cekak rambut lampu kelap kelip hello kitty


4 dara pingitan..opppss..yang sorang tu mak dara


mulut muncong itek.. saya pun de cekak rambut lampu kelap kelip tinge minie mouse hasil mengepow kak mud


mata bertentang mata.. ecehhh.. kami memang camni. rilex je posing2 aksi gedik walaupun banyak mata yang memerhati


masya memang suke dok bawak ketiak aii.. hehehe..


tak tau la kenapa de aksi ni. kalau dah namenye gedik..memang suke posing poyo2 gitu..


ni pun aksi gedik poyo gak.. jari tangan nampak keding2 dan panjang2 sekali. tsk..tsk.. dah macam kaki cicak.. gila kutuk diri sendiri. uols jangan sibuk2 nak tumpang sekaki kutuk ehh.. aii je boleh


lihat pewottku.. kempiskan..terima kasih tutttt..tuttt.. ecehhh.. tibe2 puji diri sendiri..


So, sape2 yang tak pernah sampai lagi i-city ni cepat2 la pegi terjah. Tak rugi pun. Best tengok lampu kelap kelip banyak2 ni. Teruja wehh.. Dah feeling2 macam hari raya je.. ~Balik kampung..ooo..oo..ooo.. balik kampung~ Tibe2 nyanyi lagu raya pulak.. eiippp...eiippp.. Tak habis ganti pose tak boleh feeling2 raya lagi.

Thursday, July 8, 2010

Kelas Renang Sesi II

Kelas renang sesi kedua selasa hari tu belajar untuk kicking pulak. Nampak sangat mudah yeee kawan2.. Lagi2 bile tengok Ben buat demo.. 'OOOoo.. aaa.. wooowww..' Camtu la kitorang kalau tengok dia buat demo. Pastu bile our turn pulak kene tunjuk aksi, mule la masing2 lari2 nak amik port paling tepi sekali. Konon2 malu la.. Pastu cuak2.. Lagi suke la Ben nak menyakat. Siap suruh weols terjun dari tepi kolam dan swim.. Kelakar je tengok sume dah cuak2 kene buli dengan Ben.

Mule2 tu kene la praktis dulu kat tepi kolam. Dah macam duyung terdampar. Meniarap tepi kolam ala2 tengah berenang. Tapi bahagian peha sampai hujung kaki dalam air dan mula la untuk splashh...splasshh.. 'kicking..kicking..laju lagi..' Hohhh.. dah macam kipas bot kaki masing2 mase tu.. Berkuak2 air kolam. Tapi kene ikut teknik yang betul. Bukan main sebarang kicking je. Lutut tak boleh bengkok mase kicking. Dan mesti lembutkan kaki ala2 lemah gemalai. Tapi kene splashh laju2. Haa?? Camne tu?? Bayangkan je la ehh.. Sebab takde gambar nak share. Tunggu la aii beli sony cybershot tx5 kaler pink *motif siap bagitau kaler* Kalau de kamera tu, mesti syok gile dapat snap2 pix sambil selam2 dalam kolam.Weee~~~ Bestnyeee..

Mase tengah training kicking tepi kolam tu la saya injured. Dah gatal sangat sibuk nak tengok kaki splashh..splashh.. Orang lain elok je meniarap takde sibuk2 nak tengok kaki. Yang saya gatal2 pegi angkat kepala dan toleh kebelakang. Tibe2 dengar bunyi tulang yang macam ala2 rangup reput2 kat pinggang. Rase dia..jangan cakapla.. Tak boleh nak cakap pe2 terus. Saya diam je dan try nak meniarap semula. Tapi tak cakap pun kat Ben. Bukan takut dia marah ke pe. Tapi sebab saya malu. So bagitau kat masya je mase tu. Orang lain dah rendam2 dalam kolam semula, saya masih lagi meniarap tepi kolam tahan sakit. Sakit wehhh.. Sampai ari ni terasa lagi. Ni gara2 jatuh motor dulu la ni.. Adehhhh... Macam orang tua dah rase..

Bile semua dah terer kicking splash..splashh, pe lagi.. Mase untuk beraksi. Baru minggu kedua dah kene swim dari hujung kolam ke hujung kolam. Kembang kempis hidung bile Ben puji2 cakap saya buat kicking dengan sangat smooth dan cantik. Tapiii.. slow sangat kutt.. Tu yang orang lain dah selamat sampai hujung, saya masih lagi kat tengah2 kolam. Hahaha.. Slow betul. Siap kene perli lagi dah berapa stesen saya behenti. Tak kisahla kan. Esok2 dah terer mesti boleh lagi laju kuttt.. Yang penting.. kite enjoy..!!!

p/s : tibe2 rase macam nak sambar sony cybershot tx5 kaler pink. D200 uncle law pun kalah nanti tau. dia punye mane boleh celup2 dalam air.. bluuwweekkk.. :P

Wednesday, July 7, 2010

Party Terkejut-kejut, Terjerit-jerit dan Termalu-malu..

Ni adalah cite yang dah agak lama sebenarnye. Tak nyempat2 la nak cite kat sini.

Memang tak pernah terfikir akan de suprise party setiap kali bezday saya tiap2 tahun. Lagi pulak sekarang ni dah besar panjang kan. Lagila rase macam... ’sape je la yang nak wat suprise party kan.. De orang wish pun dah cukup beruntung tanda mereka2 masih ingat kat saya’... Sebab tu saya tak rase pe2 yang special pun setiap kali masuk bulan jun. Cume terfikir..’ohh.. my bezday juz around de corner.. akan bertambah satu angka lagi nampaknye..’

Tapi saya rasa berbeza tahun ni. Rase macam nak jadi bezday girl setiap hari. Saya dilayan bagaikan puteri. Hari yang indah untuk di kenang.. Tak pernah rase camni. Sampai boleh senyum2 sepanjang mase setiap kali ingat saat tu dan setiap kali tengok gambar semasa kejadian.. *sayangnye takde videocam mase tu.. kenape takde yang terfikir nak rakam saat aii jerit-jerit tutup telinge macam kene histeria lepas kene tipu kow2 dengan uols*

Jujur cakap, saya memang blur dan tak terfikir pe mase tu. Padahal banyak gile hint2 yang boleh buat saya syak kat dalang2 terhebat tu. Dan dah banyak kali rupenye diorang2 ni terkantoikan diri sendiri dari beberapa hari sebelum kejadian. Tapi saya masih blur gak. Sangat tulus mulus pemikiran aii yang sentiasa positif kat dalang2 terhebat tu.

Mungkin sebab saya penat makanya saya malas nak pikirkan hal2 yang remeh tameh. Balik2 keje terus cepat2 bertukar sebab mau pegi soping mopeng.. Kene sopeng sepantas kilat sebab dah malam dan banyak kedai nak tutup pulak tu. Hasil tangkapan tak dapat2 lagi ni. Terus jadi stress..grrr.. *nasib baik akhirnya dapat gak hasil tangkapan yang berbaloi2*

Dan mungkin jugak perasaan bersalah lebih mengatasi segalanya masa tu. Bersalah buat semua orang tertunggu sebab melayan kerenah saya. Bersalah terpakse tolak pelawaan orang nak belanje dinner *de 3 orang offer nak belanje bezday girl mase ni.. sangat susah oke nak buat keputusan sebab nak jage hati semua orang* Tapi kan.. mase ni sebenarnya dah sedih sebab tibe2 kene marah dengan kak nat. Saya yang tak tau pe2 tibe2 kene marah sebab buat dia tunggu lama dan makanan semua dah sejuk *mantap lakonan ehhh..nanti aii bagitau bang usop selam de pelakon baru nak up*

Hasil lakonan dalang2 terhebat, berjaya gak la diorang2 ni heret saya ke lokasi kejadian. Sepanjang jalan kak nat asyik call je suruh cepat. Sampai sesat2 dah. Lagila rase cuak. Tapi patutnya dah boleh syak de something kan mase tu. Tapi saya blur oke.. Dari tepi jalan dah nampak kak nat cekak2 pinggang. Matiklaaa.. kak nat dah bad mood. Sampai2 terus dapat parking. Cantik depan pintu masuk pizza hut. Dan sebenarnya elok2 cantik parking sebelah kereta saya sendiri. Tapi boleh tak perasan wehhh.. Gile bute ko ni ezza.. Kete sendiri dah tak kenal.

Sampai2 je terus saya cepat2 nak masuk. Tak nak bagi kak nat bebel2 lame2 kat luar. Pizza hut nak tutup dah pun mase ni. Bile saya nak masuk, terus staff dia halang cakap dah tutup. Tapi sebab makanan dah sejuk beku kat dalam tu, dapatla kami masuk. Saya yang belagak nak coolkan balik keadaan tegang mase tu, terus je duduk. Tengok makanan sikit punye banyak. Sedangkan kami berlima je mase tu. Meja panjang gile. Bersusun pinggan2, cawan2 semua. Pizza sampai berpan2..spageti lagi. Air berjug2. Tapi serius blur tak syak pe2. Even mase saya nak duduk pun kak nat dah tentukan kerusi mana yang saya kene duduk. Kan banyak gile hint tu. Mase tu tak tau kak nat call sape. So saya pikir maybe de kawan dia akan join same kutt...

Saya tak rase lapar pun mase ni. Walaupun dari siang tak makan pe2. Mungkin rase bersalah tengok pizza tu dah sejuk beku. Tapi nak bagi semua cool, saya cepat2 capai pisau nak amik pizza dan suruh semua pun cepat2 makan. Nak bagi semua happy2 balik lepas dah kene bebel2 kan.. Tapi dalam kepala sempat lagi fikir mase ni..’kalau la uncle law de sekali..’ Dan secara tibe2 je...saya dengar orang bisik kat telinga ’epy bezday sayang’.. Macam kenal je suara.. Cepat2 saya paling muke.

Yeeesss..!!! as i wish.. Uncle law de kat sebelah bersama kek dan 7 batang lilin yang masih nyala kat tangan *entah mase bile dari celah mane dia muncul* Tersenyum riang nyanyi lagu bezday dengan member2 rumah dia. Dan satu pizza hut tu ikut sama menyanyi. Saya tak tau nak gambarkan camne perasaan saya mase tu. Terharu sangat2. Hampir2 menitiskan air mata. Saya tak pernah di raikan sebegitu sekali. Thanks sangat2 kat semua yang rancangkan semua ni, dalang2 terhebat. Thanks kat semua yang terlibat sama, yang tibe2 join sama nyanyikan lagu bezday untuk saya... Saat indah yang takkan saya lupekan sampai bila2.. Sayang semua.. Muuaaahhh..

Enjoy de pics bersama dalang2 terhebat..


hepi bukan main lagi ehh budak bertiga ni nak buli orang..


pesal entah time ni saya boleh jerit2 sambil tutup2 telinge.. bukan tak nak dengar diorang nyanyi.. malu sangat kuttt..


adik2 yang sporting enjoy same nyanyikan lagu besday


my feberet cake.. tiramisu.. "epy bezday cikezza"


muke budak keliru.. nak nangis ke.. nek gelak ke.. blurrr


ketar tangan wehh nak potong kek.. sampai nak hancur kek tu jadinye


sedap sehingga menjilat jari ye yunkkk.. pinggan aii gak kosong lagi..


semua dalang2 terhebat dan habis santap. bersih licin sume makanan. sian uols dah kebulur tunggu aii ehhh..


p/s : tapikan...lupe pulak nak collect hadiah bezday dari uols hari tu.. nanti jangan lupe hantar kat rumah ehhh.. hahahaa..