Friday, October 14, 2011

Cerita September Itu

Salam dan hai.. Lamanya biarkan blog tak berupdate kali ni. Kemalasan menjadi-jadi. Lagi2 sejak pc dah dok jauh nun dalam bilik. Lagila malas. Dulu port baik punye sebelah tv. Sambil FH buat keje ngadap pc boleh ngendeng2 jap update blog.

Tu baru salah satu sebab kenapa tak update sampai sebulan. Sebab-sebab lain adalah...
*
*
*
*
*
*
*
*
V
V
V
V
RAYA..RAYA.. RAYAAA.. Hahahaha.. Raya la sangat. Padahal tak sihat memanjang. Minggu first september, macam orang lainla. Masih sibuk dengan cuti raya.

dua budak demam - 1st day raya


Minggu kedua september dah naik keje. Tapi 6 september kene serangan gastrik. Dah mc pulak. 

Bila tak sihat, malasla nak update blog. Sempat update 1 entry je. Hahahaa.. Plus de banyak keje nak buat tapi masa tu la cpu kat rumah nak buat hal meletop macam mercun bola. Hahahaha...

10 September - Kakak FH nikah. So dari hari jumaat malam dah sibuk-sibuk mana yang patut sampai la ke hari majlis. Majlis nikah hari sabtu lepas zohor. Lepas majlis terus balik kampung saya dan malam tu jugak lepas maghrib terus gerak ke rumah makcik di jengka 3. 

11 September - Pagi lagi dah gerak ke Kuantan hantar zura balik UIA. Sampai kampung dah malam. Dan esok adalah kerja... Huwaaa... mengantukkk.. Kepenatan melampau + tak cukup rehat.

comel dan gedik. semua ceria!!


Sepanjang weekdays adalah busy dengan preparation jamuan raya ofis. Konon busy la sebab amik part decoration untuk jamuan.


So 12&13 september - jarang de kat ofis. Sepanjang hari dok kat lokasi jamuan raya. Rewang pe2 yang patut.

Yang paling best, jamuan raya buat pada 14 september dan pagi tu gak la bos suruh pegi meeting kat luar. Bestnye la kan. Dengan takde sape nak hantar pegi meeting, takde sape nak amik lepas balik meeting. Semua pun sibuk dengan jamuan raya. Merempat la tumpang sape2 yang sudi nak hantar. Sampai2 kat ofis jamuan dah start. Datang makan jela pun.. :p

gediks girls :p


ajk jamuan raya 2011 - kredit to napi *mamat baju pink dalam cubaan buat aksi ganas*


15 sepetember - flet. terus mc. amekauuu..

16 september - cuti hari malaysia sengaja ajak FH bergolek-golek malas kat rumah. Pagi tu jela. Petang dah balik kampung.

17 september - Pagi-pagi hari dah gerak ke Bota, Perak. Hantar rombongan bertandang akak FH. Owhhh.. penat.. penat.. penat.. Padahal tinggal duduk diam-diam dalam kereta je pun penat melampau.

18 september - Pagi-pagi lagi dah balik kampung saya. De orang nak datang. So masing-masing sibuk memasak. Dorang jela memasak. Saya berehat-rehat malas di depan tv kemas pe2 yang patut. Kemas la sangat. Tido de la kot.

Pastu weekdays macam biase la. Sibuk dengan keje, sibuk dengan jemputan jamuan raya kat ofis plus kesihatan tak ok lagi. Kurang rehat agaknya.

22 september - mc lagi. Entah berapa kali pegi klinik bulan ni pun tak tau.


24 september - Pagi-pagi hari dah balik kampung lagi. Kali ni sepupu FH pulak nak nikah. So tolong la rewang pe yang patut. Petang dah flet. Flet manjang budak ni. Petang tu jugak balik putrajaya.

Hari-hari terakhir bulan september, sibuk memenuhi jemputan jamuan raya kat ofis ni je la. Mana-mana yang kawan-kawan jemput ke rumah tu memang tak dapat nak pegi. Sebab masing-masing kepenatan tak cukup rehat. Sorry!!

So habis dah la cerita september kenapa yang tak berupdate lama sangat tu. Kepenatan melampau dan kesihatan yang tak berapa nak mengizinkan. Sepanjang musim raya tu masing-masing dok cite naik berat badan. Yang bestnya berat badan saya adalah TURUN!!! Sebelum kahwin berat 50kg. Lepas kahwin, jadi 53kg. Lepas raya, turun ke 51kg balik. Seronok kooo!!

Monday, September 5, 2011

Suka Duka Merdeka Raya 2011


Salam Aidilfitri, selamat kembali ke kota wahai anak rantau dan selamat kembali bertugas menjalankan rutin harian seperti sediakala. Belum terlambat rasanya untuk saya memohon ampun dan maaf andai sepanjang saya berblogging ni ada mengguris hati mana2 pihak. Kita hanya manusia biasa. Tak terlepas dari melakukan kesilapan.

from our mini studio beberapa hari sebelum hari raya

Memang kenangan terhebat la pertama kali raya sebagai wife FH. Macam-macam kenangan de. Suka de lawak pun de. Pagi sabtu, sesudah sahur tu terus cepat-cepat zass balik ke kampung. 2hari kat kampung saya, sehari sebelum raya baru gerak balik ke kampung FH pulak. Tapi masa tu masing-masing dah lembik tahap tak boleh blah. FH demam batuk + selsema terlebih main mercun. Sama jela dengan wife dia ni. Tiba-tiba demam lembek-lembek tak larat bangun.

Sampai-sampai kampung FH, tolong kacau-kacau rendang, tolong anyam ketupat 5, 6 ketul terus kebabomm lembek tak larat buat pe2. Malam raya tu lagila best. Belum pukul 10 malam saya dah selamat belayar ke lalaland. Kakak-kakak FH dok sibuk memasak pe entah kat dapur dari malam sampai ke pagi. Saya memang tak mampu la nak tolong dah.

Pagi raya pun masih lembek lagi. Orang lain sibuk lintang pukang kat dapur la, pegi sembahyang raya la.. saya boleh pulak bantai sambung tido depan tv dengan ayu berbaju raya. Lepas zohor baru keluar pegi beraya. Tu pun berapa rumah je. Sebelum asar dah balik rumah sambung kebabomm lagi. Malam tu baru balik beraya kat kampung saya pulak. Tu pun hari kedua raya, melepek lagi kat rumah sepanjang hari. Raya ketiga baru la keluar ikut family pegi beraya. Tu pun masing-masing dah main-main mata ajak balik.

Fuhhhh...!!! Memang terhebat kan kenangan raya kami tahun pertama sebagai husben and wife. Raya ke 4, ke 5 ke 6 pun camtu la jugak. Mood raya tu dah de. Tapi baru pegi 1 2 rumah saudara mara, dah lembek sampai nak duduk pun tak mampu. Patut la dari bulan ramadhan lagi dah rasa macam tak semangat je nak raya.

Dan sampai hari ni pun sebenarnya masing-masing masih tak sihat lagi. Ikutkan hati, macam nak bergolek-golek je kat rumah. Tapi kang mesti makin lembek je masing-masing. Buat-buat gagah gak la masuk keje hari ni. What ever pun, raya tetap raya kan. Bagi duit raya tetap bagi duit raya. Dan yang pasti, tetap dapat duit raya walaupun dah kahwin. Yihaaaaa.. yihaaaa..!!! Ni la kenangan suka duka merdeka raya kami pada tahun pertama raya sebagai husben and wife.. Memang mencabar!!!

Wednesday, August 17, 2011

Ubat Stress Saya

Lately ni saya rasa sangat stress. Stress dengan keadaan sekeliling sampai buatkan saya moody yang teramat. Rimas!! Dah lama kot saya pendam-pendam-pendam. Sampai satu tahap, sampai rasa tak boleh nak simpan sorang-sorang lagi dah. Kesian FH. Terkejut bila saya tiba-tiba nangis-nangis-nangis tanpa dia tau sebab. Bukan saya tamoo share cite dengan dia selama ni. Tapi saya rasa saya boleh handle benda tu sorang-sorang. Saya sangka, bila saya berdiam benda tu akan jadi senyap. Tapi rupanya makin melampau-lampau.

Selain dari FH, ni la antara ubat stress saya


Semalam dapat lepak lama-lama buka puasa kat 425. FH de program buka puasa kat ofis dia. Saya adalah malas nak join. Makanya, saya menumpang kasih la dengan masya berbuka kat 425. Walaupun lauk simple, tapi heaven. Sambil makan, sembang-sembang gelak-gelak melayan otak gila-gila masing-masing. Seronok!!! Lupa dah pasal stress tu. Sebab budak masya ni tempat saya luahkan masalah saya selama ni. 'sory la yuu.. Dah la penat baru balik outstesen. Kene melayan i pulak..'

So hari ni dah happy-happy-happy. Tapi pagi-pagi tadi de je yang sengaja carik pasal nak bagi saya moody balik. Cukup-cukup la tu menyebarkan cerita palsu pasal saya. Saya bukan artis. So tak payah la nak gosip panas lebih-lebih. Malas layan..malas layan..malas layan.. Suka hati la nak cakap apa. Yang penting saya bahagia dengan mereka-mereka yang sayangkan saya!!!! Cukup!!

Tuesday, August 16, 2011

Mana lah MOOD RAYA ni

Orang lain dah sibuk buat preparation raya. Shopping sana shopping sini. Sampai de yang amik cuti. Mentang-mentang bonus dah masuk semalam. Kat Banting sabtu minggu lepas pun boleh jammed orang dok sibuk shopping. Saya ni tak tau la kenapa. Mood raya tu tak mari-mari lagi pulak. Sebab kene beraya rumah mertua ke?? Hahahaaa.. Keji betul perasaan camtu.

Ofis dekat je dengan sogo, jalan tar, tapi bulan ramadhan kali ni belum sekali pun jejak kaki kat sana. PKNS shah alam pun tak pegi lagi. Selalunya awal-awal ramadhan dah pegi terjah. Senang nak dapat saiz. Lagipun masa awal-awal tu banyak lagi pilihan. Tahun-tahun lepas awal-awal dah tukar duit raya. Kuih raya dan baju untuk family pun awal-awal lagi dah settle. Tahun ni entah kenapa la malas sangat. Satu hapee pun takde lagi. Macam penat melampau-lampau je sekarang ni.

bila la mood shopping raya ni mau mari

De yang pegi shopping malam-malam raya ni kang. Alaaa.. kampung bukan jauh nauuu kan. Shopping malam raya pun syok gak. Dapat murah-murah. Memang lelong habis. Mentang-mentang balik rumah mertua, dan-dan tu pikir nak shopping menyantak sampai malam raya. Dasar malas nak tolong kat dapur la tu.. :p

*macam malas nak raya je tahun ni. tapiiiii... first time kot raya dengan hubby.. alahaiiii..

Monday, August 15, 2011

Kenangan Iftar Miss Teddy


Morning dan haiii.. Selamat menjalankan ibadah puasa untuk hari yang ke 15. Sekejap je masa berlalu. Jumaat hari tu balik dari keje terus zass pulang ke kampung. Nak berbuka puasa dan bersahur di kampung dengan keluarga. Weekend jela pun de peluang camtu. Nasib baik kampung dekat je.


Bila berbuka kat kampung mesti teringat mereka bertiga ni, Dayna, Ada dan Paan. Bulan puasa tahun 2008 mereka bertiga ni la yang buat plan mengejut tiba-tiba telefon cakap dah sesat kat kampung kundang. Dengan tak tau jalan, pakai redah je dari shah alam. Nasib baik betul sampai ke kampung kundang. Cuma tersesat dalam kampung sebab tak tau nama jalan. Masing-masing pun first time datang rumah.

Rupenye mereka bertiga ni dah plan awal-awal dengan mak ayah. Dah telefon mak ayah cakap nak datang join berbuka puasa. Sempat la petang tu bawak mereka ni ronda-ronda kampung cari juadah berbuka dan cari kuih raya. Petang-petang sikit tu effa dengan kawan dia pulak sampai. Memang meriah betul masa tu.

Sekarang ni dah tak berkesempatan la nak kumpul ramai-ramai lagi camtu. Sebabnya masing-masing dah berkeluarga. Dah tinggal jauh. Sorang kat Jerantut, sorang kat Kuala Kubu Baru, dua orang lagi tercampak kat bumi putrajaya. Yang dua orang kat putrajaya ni pun dah berbulan tak jumpa. Rindu mereka~~~

Wednesday, August 10, 2011

Jatuh Cinta Lagi!!!

Jatuh cinta pandang pertama!!! Sejak dah jatuh cinta ni, hari-hari dok usha-usha dia. Macam orang lain bercinta, tak dapat tengok orang, dapat tengok bumbung rumah dia pun jadi la.. Sah la sasau dan angau tu. Parah betul.


FH dah bagi green lite. Ni yang buat makin angau kat Lumix GF3 ni. Lagi-lagi yang kaler merah hitam tu. Fuhhh... Mengancam habis. Eiiii.. Geram je. Macam nak gi angkat satu hari ni jugak je.

yang pink ni pun menggoda

Tapiiii kann... Hukhukkk.. i'm looking for waterproof compact camera. Baru la boleh bawak camera sambil main-main air. Sebab dslr and compact camera yang kami ada sekarang ni bukan type waterproof. Nampaknya Lumix GF3 ni bukan keperluan. Dah jatuh pada kategori kehendak nafsu semata je. Kene pikir sampai masak ranum la nampaknya sebelum muktamad nak pegi beli. Patah la hati~~~ **meratapi..

Friday, August 5, 2011

Muffin Nutella

Petang tadi tengok rancangan Dapur Selebriti Knorr. Tugasan pertama hari ni kene buat cookies dan muffin. Tengok Rusdi Ramli dengan anak bujang dia, Efiezal Ridza (boy) buat muffin memang terliur habis. Muffin dia, cookies dia, cara deco dia..memang wallahhhh!!! Rusdi and boy bersaing dengan team Sheila Mambo dan anak daranya. Pastu team Rozita Che Wan dengan anak bujang dia. Dan seperti dijangka, team rusdi yang menang masa tugasan pertama. Memang paling menarik la saya tengok. Sampaikan rusdi dengan boy pun tak percaya. Sebab first time buat katanya. Lagipun lawan dengan team mak orang pulak kan.


Memang menarik untuk try buat dan try rasa. Tapi tak tau resepi la pulak. Resepi masakan dalam rancangan tu semua kene cari kat giant. Nanti de masa nak kene try cari.Dan di sebabkan terliur tengok muffin yang rusdi ramli dan boy buat, so kene la buat muffin. Tak dapat resepi dorang lagi, kita buat la dulu muffin version sendiri. Muffin nutella. Melazatkan.. Yumm..yummm..yummeeeehhhh..!!! V^_^ Jemput makan... :)

Brownies Pop Cakes

brownies pop cakes

Ini bukan projek cookies raya. Projek cookies raya masih belum bermula. Tunggu la dah penghujung ramadhan nanti. Ni projek beberapa hari sebelum kedatangan ramadhan. Sambil buat, feeling-feeling dah nak hari raya. ^_*

First time buat pop cakes. Resepi pakai belasah je pulak tu. Takde ikut mana-mana resepi, takde sukatan. Buat--buat--buat--buat... Taraaa!! Dah siap. Tu la jadinya, resepi ciptaan saya dan FH. Sedap!!!

Ada pulak yang ingat saya nak bisnes brownies pop cakes ni sempena hari raya nanti. Huhuuu.. Tak terfikir pun. Buat untuk makan sendiri tu bolehla. Sedap untuk tekak sendiri. Tekak orang lain, memang tak dijamin.

Dah Dapat SAMPUL Duit Raya

Semalam de banyak urusan dengan bank. Renew roadtax dan insuran kereta. Pastu terus buat penukaran alamat. Masa akak kat kaunter tu sibuk-sibuk uruskan dokumen, terfikir pulak pasal tukar duit raya. Dah alang-alang kat bank kan. Bukan pe. Kalau dah tukar awal ni senang. Tak payah bersesak kat bank hujung bulan ramadhan nanti. Sekali akak tu hulur 4paket sampul duit raya. Ehhh.. macam tau-tau je kan. "kak.. kalau akak bagi sampul berisi kan lagi syokkk.." :p Memang tak la kan.


Settle je urusan kereta, settlekan urusan akaun ASB pulak. Ding dong ding dong ding dong... terus terlupa nak tanya pasal tukar duit raya. Hurrrmmm.. Lain kali je la. Yang penting, dah selesaikan urusan yang lagi penting. Senang hati sikit. Pastu dapat sampul duit raya pulak kan. Sekarang ni dah tak pernah beli sampul duit raya. Pegi shopping sana sini mesti dapat masa kat kaunter bayaran. Jimat duit.

Thursday, August 4, 2011

Mee Kari Udang

Atas permintaan FH, menu berbuka puasa semalam adalah mee kari udang. Mencabar dan menguji minda betul. Berpeluh-peluh wife dia ni masa dapat mesej tengahari semalam. Dahla tak pandai masak. Masak kari tu pe tah lagi. Tak pernah buat. Tapi demi tak menghampakan, gigihla gugel resepi kat tenet. Senang je sekarang ni kan. Semua di hujung jari.. :) Try la jugak masak. Nasib baik jadi. Sedap la jugak. Seronok tengok orang tu makan sampai bertambah-tambah.

Resepi asal mee kari udang ni dari cikepel. Tapi macam biasa la. Terpaksa di olah mengikut citarasa tekak saya dan FH. Kang dia tamoo makan lagi susah.

Resepi Mee Kari Udang



Bahan-bahan:

Mee kuning
1/2 kilo udang (basuh& direbus bersama kulitnya) -buang kulit dan ambil airnya
Rempah kari ikan (Babas)
1 peket fish ball
2 keping fish cake
1 mangkuk santan
1/2 kiub pati ayam knorr

Bahan menumis (dikisar)
3 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
sedikit halia
sedikit cili kering
minyak utk menumis

Bahan sampingan
1 ikat sayur sawi (dicelur)
Taugeh (dicelur)
cili merah potong

Cara:
  • Panaskan minyak, masukkan bahan tumis yg dikisar tadi.
  • Masukkan rempah kari yang dah dicampurkan dengan sedikit air rebusan udang. Kacau sampai naik minyak.
  • Masukkan air udang, sedikit air biasa dan kiub pati ayam. Biarkan mendidih.
  • Masukkan santan dan kacau. Bila kuah mendidih, masukkan fish ball dan fish cake yang dah dipotong. Last sekali masukkan udang.
  • Tambahkan garam secukup rasa.
  • Bila mendidih sekali lagi bolehlah diangkat
  • Sajikan mee dengan bahan sampingan dan kuah kari.
  • Siap!! Sedia untuk dimakan.

*Lagi senang kalau hubby yang request nak makan apa. Tak de la pening-pening kepala nak pikir menu pe nak masak. Tinggal saya je la, mampu ke tak nak penuhi permintaan. Tak cuba tak tau kan. Dah cuba, senang je rupenye.

Jejak Sejarah

Bersempena dengan bulan kemerdekaan bulan ni, saya berkesempatan berkunjung ke beberapa tempat bersejarah yang ada kat Perak.

salah satu tempat yang sempat pegi - kellies castle

SEJARAH. Memang sejarah la bagi saya. Saya minat subjek sejarah masa tingkatan 4. Walaupun student lain cakap cikgu sejarah tu garang sangat macam singa. Lagi pulak kebetulan cikgu yang ajar subjek sejarah masa tu cikgu perempuan. Anak dara lanjut usia. Orang cakap andalusia ni biasanya garang, emosi lebih. Tak tau la teori mana yang diguna pakai. Awal tingkatan 4, ok lagi. Boleh catchup pe cikgu ajar. Sebab masa cuti sekolah hujung tahun saya dah study habis-habisan subjek sejarah ni. Bukan susah pun. Benda fakta dan teori. Cari buku rujukan dan hafal je. Dan masa belajar dulu saya memang seorang penghafal buku. Not gud.. not gud.. Sepatutnya fahamkan nota. Kan??

Bila dah lama-lama tu, saya akui cikgu sejarah tu memang sangat garang. Susah nak senyum. Kalau senyum pun macam nak perli student. Tapi mana-mana cikgu sejarah pun memang garang kan. Lepas tu bila dah belajar banyak bab, dah hafal banyak perkara fakta, banyak ingat tarikh penting dan bersejarah.. terus otak macam jammed. Tak boleh nak terima. Sejak tu terus macam...'oowwhhh.. susahnye sejarah ni...' Terus buat hal. Keje sekolah selalu tak siap. Buku nota tak pernah buat.

Dan satu peristiwa yang buat saya terus benci subjek sejarah, bila cikgu garang tu lempar buku nota saya ke koridor dari dalam kelas. Baik punye terbang buku nota tu sampai sikit je lagi nak terjun dari tingkat 3. Saya dendam dalam hati. Sebab bagi saya, dalam buku nota tu ada ilmu. Cikgu tu tak patut lempar. Padahal masa tu memang salah saya. Saya dah miss salin nota banyak bab!! Cikgu mana tak marah kan. Padahal sebelum tu, markah exam saya antara yang ok. Banyak main ni!! Nasib baik keputusan subjek sejarah masa SPM ok. Lepas buku nota dah kene lempar bukan nak insaf ke pe. Pegi kutip buku kat luar kelas terus lepak kat tangga. Merajuk!! Cikgu tu pulak yang datang mintak maaf. Nakal betul!!!

Sekarang ni bila ingat balik, rasa macam teruknya la saya masa tu. Kenapa la nakal sangat. Dah besar camni baru la sibuk nak amik tahu balik pasal sejarah. Banyak pun yang saya dah lupa. Sebab dulu study hafal buku. Hafal-hafal-hafal pastu luahkan semua atas kertas exam.. Keluar dewan exam, hilang dah semua yang dihafal. Not gud.. not gud.. Teknik belajar dah salah tu kan.

Wednesday, August 3, 2011

Ia Cantik Ia Manis

Selamat pagi semua!!! Selamat menjalankan ibadah puasa untuk hari yang ketiga. Pagi-pagi ni moh la kita menjamu mata. Tengok yang cantik-cantik, yang manis-manis.


Bulan puasa ni, tengok semua makanan pun nampak macam sedap kan. Macam je la. Sedap ke tak tu belum tau lagi. Cara yang terbaik, kurangkan aktiviti mengukur lilit bazar ramadhan. Rambang mata kang. Masak je kat rumah. Tapi jenuh gak la memikirkan menu yang nak di masak. Rebus jagung pun ok jugak kan. Jagung manis jagung cantik, terbaik dari kampung. Pencuci mulut yang mudah dan ringkas nak sediakan.

huiii.. kuning betul kan

kasi close up lagi.. cantik je butir-butir jagung ni

style corn in cup.. cara makan orang malas menggigit tongkol jagung.. saya la tu.. :p

Tuesday, August 2, 2011

Dua.Ogos dan Ramadhan Pertama

Alhamdulillah.. Hari ni dah masuk hari yang kedua kita berpuasa. Ramadhan tahun ni merupakan Ramadhan yang pertama kami sebagai suami isteri. Tiga tahun yang lepas, bertarikh hari ini (02.08.2008) kami mengikat tali pertunangan. Terasa macam baru sekejap je bergelar tunang FH. Hari ni dah pun selamat bergelar isteri FH selama 3bulan 2minggu 4hari. Pantas betul masa berlalu sekarang ni. Syukur kepadaNya kerana bahagia masih bersama kami sehingga ke hari ini. Semoga ianya kekal hingga ke syurga. InsyaAllah..


17.04.2011

02.08.2008

Menternak Lemak di Restoran Seri Melayu

Eeehhh... eehhhh.. Bukan tak puasa ye.. Ni cite minggu lepas. Sesi menternak lemak bersama rakan ofis sebelum bulan puasa. Lokasi pilihan, Restoran Seri Melayu, Jalan Conlay. Wallaweehhhh.. Pilihan makanan memang banyak la. Sedap-sedap pulak tu. Tu yang pusing berapa round pegi amik makanan. Ingatkan takde sape perhati. Sekali tu de pulak orang sound.. ''udah-udah la tu ezza.. dahla tembam.. makin gemok je sekarang ni..'' Cissss kauuuu.. Nasib baik aii tak sentap. Sebab memang dah sejak azali lagi tembam. Pasrahhhhh.. T_T

bos cakap ni pose ala-ala hos nona

Owwhhh.. Sambil tulis ni pun teringat-ingat kesedapan spaghetti bolognese, laksa, abc extra kacang, aiskrim, kek coklat.. Yummyyy.. *hoiii.. hhoooiii.. puasa la.. insaf~~ Nasi putih de, nasi minyak de. Ada banyak lauk. Tapi saya tak amik nasi hari tu. Sebab aii ni kureng sikit makan nasi. Menu-menu yang lain pun banyak tak try sebab perut dah sendat. Huhuuuu..

bos kecik tersenyum kekenyangan :p

Sempena bulan puasa ni de bufet untuk berbuka puasa pulak. Bolehla ngade-ngade ajak FH pegi nanti kalau rasa-rasa malas nak masak. Ehhh.. Bukan malas. Tapi tak tau nak masak pe. Hahahaaa.. Alasannn~~

Monday, August 1, 2011

Salam Ramadhan 1432H


Syukur kerana masih dipanjangkan usia untuk bertemu ramadhan kali ni. Sememangnya bulan yang menjanjikan 1001 ganjaran lumayan buat umat Islam yang bijak mengambil peluang memanfaatkan sepenuhnya peluang yang tersedia. Semoga ramadhan kali ni lebih bererti dari yang sebelumnya. Di kesempatan ini saya nak ucapkan,

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan
Semoga mendapat rahmat dan keberkatan
Mohon maafkan segala salah dan silap

Selamat berpuasa semua..!!!

Hadis Anas r.a. meriwayatkan : Apabila Ramadhan bermula, maka Rasulullah s.a.w. pun bersabda; 'Sesungguhnya telah datang kepadamu suatu bulan yang terdapat di dalamnya satu malam yang terlebih baik daripada seribu bulan...'

Wednesday, July 27, 2011

Resepi Puding Roti Sensasi Kurma & Pisang

Semalam petang balik keje terus ke lowyat. Menunaikan kehendak FH. Lega akhirnya dapat belikan benda yang dia nak. Plan asal adalah balik keje --> lowyat --> time square. Tapi atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan, terpaksa la melupakan plan ke time square. Sob..sob.. T_T *Sory Danial. Lain kali i join. Jangan serik ajak ezza :)


Sampai-sampai kat rumah, FH mintak buatkan puding roti lagi. Padahal minggu lepas baru je buat. Tak puas makan la tu. So ber'baking' lagila malam tadi. Resepi puding bakar ni saya search kat google je. Dah lama sangat tak buat. 4tahun de kot. Sampai dah terlupa resepi. Nasib baik jumpa kat Teratak NurKasih. Banyak resepi menarik. Nanti nak cuba yang lain-lain pulak la. Tapi resepi puding roti bakar tu saya tak ikut bolat-boolat *budak degil memang camni* Saya ubah sikit ikut version kesukaan saya dan FH. Kalau tak kang dia tamoo makan :p



Puding Roti Sensasi Kurma & Pisang

Bahan-bahan
1 bungkus Roti Putih
4 cawan fresh milk
3sdb butter
1/2 cawan gula
3 biji telur
Sedikit Kurma - Potong dadu
Pisang

Cara-cara
Pukul fresh milk, gula & telur dengan kelajuan sederhana.
Siat-siat kasar roti dan masukkan ke dalam mangkuk bahan-bahan yang telah dipukul tadi.
Masukkan buter dan kurma.
Lenserkan loyang dengan butter dan tuangkan adunan tadi. Hiaskan dengan pisang.
Bakar pada suhu 180'c selama 40minit.
Biarkan sejuk dan bolehlah dipotong.


Saya hiaskan dengan pisang sebab saya dan FH sukakan aroma bau pisang bakar. Wangi~~ Kurma tu pun boleh gantikan dengan buah yang lain. Biasanya kismis. Tak pun epal hijau. Terpulang ikut citarasa masing-masing.

Monday, July 25, 2011

Puding Roti Sensasi Kurma & Pisang

sekali lagi FH gigih mendeko :)

Hari ni masih gigih mengganti puasa. Last day!! Yeaaayyyy!!! Petang ni nak buat puding roti lagi. Ehhh.. Nak buat muffin nutella pulak la.. Yumm..yummm.. yummyyy!! Kalau bab buat cookies, kek, muffin, jelly dan segala desert serah je la kat saya. Suruh duduk kat dapur seharian mengadap oven pun saya sanggup. :) Cuba suruh masak kari, kurma, nasi beriani.. huhuuuu.. confirm i bangun pengsan bangun pengsan banyak kali kat dapur. Hahahaaa..

Friday, July 22, 2011

Ayam Goreng Berempah


Bahan-Bahan :
Setengah ekor anak ayam saiz sederhana
3 batang serai
2 biji cili merah
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Halia
Sedikit gula
Sedikit garam

Blend semua bahan kecuali ayam la kan.. :) Perapkan ayam lebih kurang setengah jam. Sedia untuk digoreng. Simple je kan. Bahan pun simple je. Takde rempah ratus. Sebab tu la saya boleh try masak. Kalau de rempah-rempah tu, saya tak tau. Sebabnye kan.... errrr.. aaa.. saya kan tak berapa kenal rempah ratus tu. Huhuuuu.. Banyak lagi kena belajar benda-benda kat dapur nampaknya. Nasib baik ada personal master chef kat rumah tu.. :)

*FH gigih mendeco ayam tu. Semangat tengok wife masak la tu :)

Thursday, July 21, 2011

Dinar Dirham

Dinar ialah syiling emas seberat 4.25 gram. Harga satu dinar pada Ogos 2010 berharga RM581. Harga satu dinar pada Disember 2010 adalah RM667. Dirham pula ialah syiling perak seberat 2.975 gram. Satu dirham pada Ogos 2010 berharga RM13. Satu dirham pada Disember 2010 ialah RM20. Tu harga pada 2010. Kalau harga pada Julai 2011?? Kira-kirakan lah.. :)


Sesorang datang bertanya kepada saya mengenai dinar dan dirham pagi tadi. Andai dinar dan dirham dijadikan sebahagian dari wang hantaran. Saya sekadar memberi pandangan dari kefahaman saya, apa yang saya tahu dan dari sumber-sumber yang boleh di percayai dan yang pernah saya baca. Apa yang dapat saya kongsikan, wang hantaran atau mas kahwin adalah satu nilai yang kita akan simpan dan terlalu sayang untuk gunakan. Jadinya, jika seseorang ingin menyimpan dinar dan dirham yang dijadikan mas kahwin atau hantaran, adalah lebih baik dibeli emas dalam bentuk jongkong. Ini kerana dari pelbagai sumber yang telah saya baca, wang syariah itu sebenarnya perlu disebarluaskan.

Selain dari menjadikan dinar dan dirham sebagai trend pemberian mas kahwin dan wang hantaran pada masa kini, hakikat sebenarnya masyarakat hari ini lebih cenderung menjadikan dinar sebagai instrumen pelaburan. Kebanyakan kita hanya melihat dinar dari sudut pelaburan. Ini tidak salah kerana penggunaan emas dan perak pada hari ini adalah lebih bersifat pelaburan dan bukannya mata wang. Tetapi tahukah anda, hukum dinar sebagai mata wang tidak boleh diperdagangkan untuk keuntungan. Dengan membeli dinar semata-mata untuk digadaikan dan duit tersebut digunakan untuk membeli dinar lagi dan pajak lagi dan seterusnya, dengan harapan untuk mendapat hasil laba yang tinggi melalui kenaikan harga emas yang berkadaran dengan masa akan merosakkan sistem kewangan Islam.

Saya sekadar berkongsi sedikit pengetahuan dari aspek pandangan dan pemahaman saya. Maaf andainya terdapat info yang mungkin bercanggah dan tidak bertepatan. Mungkin ada yang lebih arif berkenaan hal ini.

Di Dapur Bersama Chef Ezza

Semalam petang adalah hari menjadi chef lantik sendiri. Balik keje, sinsing lengan baju, terus masuk dapur. Mari kita MEMASAK!!! Perkara macam tu memang jarang-jarang berlaku yee.. Sebab yang biasa berlaku adalah, bergolek-golek malas kat depan tv sambil cakap kat FH, 'u tak nak makan kan.. ok.. tak payah masak hari ni..' See.. bukan tanya nak makan ke tak, nak makan pe ke.. Terus bagi jawapan sendiri 'u TAK NAK MAKAN kan' Tapi takde la sampai tak bagi hubby makan apa-apa kan. De gak la buat kudapan yang segera lagi menjimatkan masa. :)

Menu semalam adalah ayam goreng berempah dan sayur kobis masak tumis. Sayur kobis masak tumis tu dah biasa buat. Menu ayam goreng berempah adalah pertama kali nak cuba buat. Terjumpa resipi kat majalah. Simple je pun sebenarnya. Tapi kalau dah memang tak suke masuk dapur, ni la jadinya. Dah kahwin baru terhegeh-hegeh nak belajar masak. :)

FH teruja bini nak masak. tu yang sibuk nak menembak :p

Macam biasa, kalau saya sibuk nak masak, FH akan sibuk sama kat dapur. Sebab dia tau saya akan perlukan pembantu. Saya tersangat kekok bila kat dapur. So semua keje akan jadi lambat. Saya sediakan bahan, dia tolong blendkan. Sekali FH tanya, 'ketumbar mana?' 'Errkkk.. Mana de.. tak payah la..' FH layankan jela. Dah tau bini dia ni nanti sentap kalau kene bangkang part-part memasak. Hahahaaa..

lain kali kalau hubby nak beli penyepit jangan dok sebok tanya nak buat apa :p

Dah siap tu sibukla tanya kat FH sama tak macam orang lain masak. Teruja kan kali pertama masak dah jadi macam orang lain buat. Pastu baru la bagitau rahsia kat FH, 'ni la kali pertama try masak ayam goreng berempah.. sebab tu bila cakap kene masukkan ketumbar tu i macam tak tau pun..' Pastu FH gelak-gelak.. 'Patutla pun.. mana dapat resepi??' 'Baca kat majalah..'

Dan hasilnya.. SEDAP!! Pandai gak saya masak. Hahaaaa.. Puji diri sendiri. Sedap kat mulut sendiri la. Kat mulut orang lain, tak tau la kan.

Wednesday, July 20, 2011

The Making of Daisy Duck


Ini lah yang di namakan muncung panjang sedepa. Cisss.. Sempat je snap muncung daisy duck tu. Entah pe la yang saya tengok pastu bebel sendiri sampai begitu sekali rupa. Ummmmppphhh.. *sambil pejam-pejam mata.. Hakhakkk.. Tak boleh blah..

Saturday, July 16, 2011

Makan Durian Bawah Pokok

Dulu masa kecik-kecik, saya dengan kakak mesti kene tidur rumah nenek kalau tiba musim durian. Buat teman nenek keluar malam-malam kalau de durian jatuh. Belakang rumah nenek de dusun durian. Banyak sangat pokok durian. Dan kalau musim durian, memang banyak sangatla setiap pokok tu berbuah. Setiap pagi mesti de apek cina datang naik motor nak beli durian nenek. Tapi sekarang semua pokok dah tak berbuah. Dah tua kot. Dan dah banyak yang kene tebang. Tak merasa lagila pengalaman cari buah durian. Dulu kalau cari malam-malam, nenek tak bawak torch light. Cuma gunakan pelepah kelapa yang dah kering tu, pastu gumpal-gumpalkan kot pastu bakar. Memang terang la. Tak tau takut pun masa tu. Seronok je.


Seawal pagi tadi saya dah gerak balik kampung. Minggu ni turn balik kampung saya. Tapi sebab kampung kami dekat-dekat, singgahla kejap kat kampung FH. Lagipun nak hantar akak dia sekali tadi. On de way nak ke kampung saya, lalu la kat kebun durian dan rambutan family dia. Singgahla kejap nak petik rambutan. Pusing punye pusing sekali FH tanye nak makan durian tak. Ingatkan kenapa. Rupanya dia jumpe durian. Kat situ gak dia bukak. Kat bawah pokok tu gak la makan. Fresh dari pokok katanya. Saya yang tak makan durian sangat pun join sekaki. Seulas je la. Tu pun dah rasa panas-panas kat hidung. Pastu makan rambutan kuning fresh dari pokok jugak. Teringat pulak masa makan rambutan atas pokok kat rumah member. Siap pilih sorang sepokok. Hahahaaa.. "nuk.. Ko ingat lagi tak??"

Tak sempat pulak nak snap-snap pic makan durian dan rambutan tadi. Sibuk berperang dengan nyamuk kot. Huhuuuuu.. Tapi seronok gak kan. Sambil makan sambil tepuk nyamuk. Teringat zaman kanak-kanak riang dulu. Dapat gak la merasa cari durian lagi.

Friday, July 15, 2011

3 Bulan Bersama Dan Selamanya


Hari ni jumaat 15 Julai 2011. 3 bulan yang lepas, hari jumaat bertarikh 15 April 2011. Hari ni genap 3bulan saya bergelar seorang isteri. Dah genap 3bulan wehhh.. cerita pasal limabelas.april.duaribu sebelas sampai hari ni tak cerita lagi. Hahahaa..

Teringat lagi macamana busy nye semua orang sepanjang hari tu. Dan masih jelas teringat macam mana sayunya malam tu. Ada suara sumbang bertanya kenapa saya menangis pada malam majlis nikah tu. Sedangkan patutnya saya gembira. Mereka memang takkan pernah faham. Saya gembira, saya sedih, saya sebak.. Semua perasaan bercampur malam tu. Mereka yang melihat macam mana jatuh bangun saya dan FH berusaha menuju hari bahagia kami, tahu apa perasaan saya malam tu. Mereka yang sentiasa bersama kami. Dan malam tu mereka turut sama menangis teresak-esak. How sweet they are.

Takde la nak celebrate ke pe. Baru 3bulan je pun. Nanti de pulak yang dok kata baru 3 bulan pun dah nak kepoh kan. Ingat nak luang masa keluar bersama je. Keluar pegi makan ke, tengok wayang ke. Tapi malam ni FH nak pegi kayuh basikal. Tak pe la. Esok lusa kan masih de masa. Sebenarnya plan nak belikan mamat tu hp baru. Dah dok belek plan idigi ni. Tapi macam biasa la. Dia jual mahal cakap tamoo. Selalu camtu tau. Suke jual mahal. Jual mahal banyak-banyak lagi yanggg.. I lagi sukaaaa.. Hahahaa.. Macam tak ikhlas je bini dia ni kan.

Saya sebenarnya kurang kesabaran tengokkan hp buah oren dia tu. Body dah kopak-kopak. Pastu dengan pekak pulak lagi. Tu kalau saya yang pakai hp tu, saya rasa dah lama dia terjun ke bawah dari tingkat 15. Tapi FH ni tahap kesabaran dia tinggi. Kagum betul. Saya kurang kesabaran. Dia terlebih sabar. Saling melengkapi kan. Elok je dia pakai hp tu sampai hari ni. Kalau saya la, line tenet ipad tibe-tibe slow pun saya dah touch dia dengan lima jari. Pastu suruh FH jauhkan ipad tu dari saya. Cepat je FH amik. Sebab dia dah tau pe akan jadi nanti. Amukaannn..!!!

Thursday, July 14, 2011

1..2..3.. Action..!!!

Salam dan haiii.. Hari ni hari yang agak memenatkan. Dalam keadaan yang tak berapa sihat, perlu berkejar-kejar ke sana ke mari dan berguling-guling di taman. Dan akhirnya flet. Dan terus tertido sepanjang perjalanan balik dari ofis tadi. Whatever pun, semuanya berjalan dengan baik- baik saja. Yeayyyy!!! Sangat seronok..!!


Lunch hour tadi saya ke Taman Tasik Perdana. Walaupun cuaca agak mendung, tapi tak menghalang semua crew-crew untuk bagi kerjasama yang terbaik untuk jayakan sesi photoshoot hari ni. Padahal masa tu semua dah kelaparan dan perut dah bernyanyi-nyanyi riang. Siap boleh buat pertandingan lawan-lawan bunyi perut la sementara tunggu tuan direktor sampai. Hahaaaa.. Apa daaa lambat. Nasib baik tuan direktor datang bawak air. Boleh la buat alas perut sikit. Pastu semua pun terus cepat-cepat minum, cepat-cepat touchup, cepat-cepat pose dan cepat-cepat mau pulang. Memang photogedix habis la masing-masing. Pantas je buat keje. Terbaik uolss..!!


sementara tunggu tuan direktor dan crew-crew lain sampai

Citer pasal photoshoot tu lain kali pulak la citer. Tak mampu nak bertahan dah ni. Flet sangat-sangat rasanya. Nak rehat secukupnya dan tido awal malam ni. Harap-harap bangun pagi esok dah kembali sihat dan bertenaga seperti biasa. Kalau makin teruk, kene MC gak la esok. Huhuuu.. Tak syoknye MC hari jumaat. Selamat malam semua..

Wednesday, July 13, 2011

Live Arsenal vs Malaysia XI

Saya tengah jadi pengulas bola sepak perlawanan antara Arsenal dan Malaysia. Pengulas sukan yang banyak gelak sebab tengok aksi-aksi FH tengok bola kali ni. Dengan penuh yakin kononya malam ni ada siaran langsung kat asteruk. Siap dah sound awal-awal tamoo keluar pegi mana-mana malam ni. Sekali tepat pukl 9 tadi tekan-tekan remote, haaaa.. Nan hadooo siaran langsung. Frust mamat tu hentak-hentak kaki. Hahahaaa.. Lawak betul. Habis semua channel dia terjah.

Tak putus asa lagi tu. Gigih cari kat tenet pulak. Sekali jumpe pulak daaa.. Melompat-lompat seronok bukan main lagi. Tak nak kalah tu. Tak mian la tengok kat monitor pc. Dia tale terus kat tv. Baru puas tengok. Dah syok-syok baring amik feel tengok bola, suara pengulas, suara tukang sorak jelas dengar, sekali pemain pause je pulak. Dah macam tengok kartun pulak rasanya. Mamat tu dah hentak-hentak kaki tenet slow plak.

Huiii.. Mamat tu bangun pulak lagi. Kali ni tukar berudben pulak. Tadi celcom. Ni try pakai maxis pulak. Bajet lagi laju la tu. Kalau boleh gabung 2 berudben tu, mau dia buat gak kang.. Hihiii.. Dah hentak-hentak tikus pulak tu.. Rilek bro~~

Kelakar jugak kan tengok ragam orang tengok bola ni. Tapi lagi lawak kot tengok perlawanan bola live kat tenet ni. Bukan pe. Saya tengok dah macam de banyak casper je kat tengah padang tu. Tenet slow kan. So dia macam ter'pause' je la. So nampak pemain-pemain tu macam bayang-bayang je. Tu yang macam casper tu. FH pelik je tengok saya tengok bola sambil gelak-gelak. Saya selambe je cakap, 'tengokla tu.. Masing-masing bawak casper..patutla selama ni hebat je main bola..' hahahaaa..

Ehhhh.. Dah habis separuh masa pertama. FH sibukla tu nak buat ulasan kat fb.. Hihiii..

Nak Fit Punya Pasal

di manakah saya?? tettttt..

Petang ni skip pegi swimming. Dan semestinya FH pun tak keluar pegi kayuh basikal malam ni. Member tu awal-awal lagi dah sound..'rabu malam takmo keluar ehhh.. nak tengok bola..' Haisshhh.. Macam mana nak fit ni. Tak boleh jadi. Tak boleh jadi.. Kene pikirkan sesuatu nampaknya..

budak yang pandai memujuk rayu nak beli basikal

Kalau pegi swimming, boleh la pegi together2 dengan FH. Tapi kalau dia pegi kayuh basikal, takde la saya dapat join. Dah basikal pun 1 je. Kot nak berdukung bagai kang de pulak pakcik yang semput nak kayuh. Dahla jauh dorang2 ni pegi kayuh basikal. Kayuhan lenguh lutut katanya.. Haaaaa... Semputttt.. Kot semput. Kot basikal tu patah 2 kang. Buat naya je..

Tuesday, July 12, 2011

"Kakak..!! Cepatlah ikut nenek..!!"

Di mata saya, nenek nampak sangat cantik. Berbaju serba putih. Raut wajah yang langsung tak ditelan usia. Wajah nenek gebu, mulus, bercahaya dan jelas tergambar nenek sedang gembira. "kakak.. Jomla cepat..ikut nenek.." Baru saya tersedar. Saya dah jauh mengelamun merenung wajah nenek. "kejap.. Kakak nak pakai baju jap.." Pantas berlari meninggalkan nenek meminta izin untuk mencari baju yang sesuai. Sedari tadi tubuh ini hanya dibaluti kain serba putih. Sama macam nenek. Semuanya putih.

Di dalam rumah, akak sedang seronok mengulit merah, si kucing manje. Mak pula sedang leka tengok tv. Saya tak menghiraukan mereka. Segera berlari ke bilik, bukak almari. Sesungguhnya saya sangat seronok. Dalam hati cume berfikir, saya perlu cepat, nenek dah lama menunggu di luar rumah. Tapi perasaan gembira tu bertukar hampa. Tiada sehelai baju mahupun seluar di dalam almari. Dalam hati merungut.. " ni de la yang gatal-gatal pakai baju orang ni.." Saya menjenguk ke ampaian. Sama saja. Tiada baju dan seluar. Takkan saya nak keluar dengan hanya berkain putih ni je. Saya segera menghampiri emak. " Mak.. Mana semua baju-baju orang.." Mak diam. Saya pandang akak untuk kepastian. Akak pun diam terus leka mengulit merah. Tiba-tiba mak bersuara, "nak pegi mana??"
"Saya nak ikut nenek.. Cepat la mak.. Bagitau mana baju-baju saya"
"Nenek tu nak pegi mana??"

Huhhhhh... Kenapa mak ni??? Saya segera berlari mendapatkan nenek.. "Nenek, kita nak pegi mana?? Mak tanya"
"kita nak pegi ikut atuk je"
"ikut atuk pegi mana nek??"
"pegi rumah atuk"
"pegi rumah atuk nak buat apa??"
"kakak ni... Nenek nak pegi potong rambut.. Nanti potong rambut kakak sekali ye.. Tak cantik la rambut camtu"
"ok.. Jap.. Kakak tanye mak"

Saya cepat-cepat berlari dapatkan mak. "mak, bolehlah orang ikut nenek"
"nak pegi mana?? Nak buat apa??"
Hummmm.. Kenapa mak ni. Nak ikut nenek pun mak tanya banyak-banyak soalan.
"nenek ajak orang pegi rumah atuk. Nenek cakap nak potong rambut orang. Boleh ye mak orang potong rambut. Rambut orang dah panjang ni"
Mak masih diam membisu..
"mak.. Cepatla bagitau. Baju orang semua mana"
Mak tetap diam.
"kakak..!!! Cepatlah ikut nenek..!!" nenek dah memanggil lagi. Saya pelik kenepa tiada seorang pun yang menghiraukan nenek di luar ketika itu. "kejap nekkk..!!"
"kakak...!!! Cepatlah jom ikut nenek..!!" masih jelas terdengar suara nenek mengulang ayat yang sama beberapa kali dari luar rumah.

Saya gelisah. Tiba-tiba terasa tubuh saya bergoncang, segalanya berputar. Dan saya terdengar satu suara lain yang biasa saya dengar.. Bukan lagi suara nenek. "sayang.. Bangun.. Dah pagi ni. Nanti lambat nak pegi keje" bila saya buka mata, tiada lagi nenek di depan saya. Ya Allah, saya bermimpi rupanya. Tapi masih jelas terngiang- ngiang di telinga suara arwah nenek memanggil saya sebentar tadi. Jelas!! Dan itu memang suara arwah nenek.

Bangun pagi tu, saya rasa sebak sangat-sangat. Saya rindukan arwah nenek. Malam sebelum tu, memang saya bercerita tentang arwah nenek. Sebelum tido pun saya masih berangankan dan teringat kenangan-kenagan dengan arwah nenek. Mungkin sebab tu saya termimpi-mimpikan arwah nenek. Lagipun dah lama rasanya saya tak bacakan Surah Yasin untuk arwah nenek. Dan pagi tu, seperti kebiasaan amalan di pagi jumaat sebelum ni yang telah lama saya abaikan, saya bacakan Surah Yasin untuk arwah nenek. "maafkan kakak nenek.. Maafkan kakak sebab dah lama tak bacakan Surah Yasin dan sedekahkan al-Fatihah untuk nenek.. Kakak tak lupakan nenek.. Kakak selalu rindukan nenek.."

"nenek, nenek cantik sangat dalam mimpi kakak.. Sama macam masa kali terakhir kakak tengok nenek dulu.. Muka nenek putih, bersih.. Nenek tersenyum je.. Kakak masih ingat muka nenek, suara nenek.. Bukan kakak tak redha nenek dah takde.. Tapi ada masanya kakak rindu sangat-sangat kat nenek.. Dulu nenek pernah cakap, entah sempat ke tak nenek nak rasa duduk kat rumah baru ayah. Nenek tahu tak, kitorang dan pun pindah kat rumah baru ayah. Dah 4tahun. Tapi nenek dah pergi tinggalkan kitorang 9tahun yang lepas. Semoga nenek tenang je kat sana. Mishh u nenek.."

Wednesday, June 29, 2011

Senyum.. Tak Perlu Kata Apa-apa




Semakin hari semakin sayang.. Muuuaaxxx.. *_^

Monday, June 27, 2011

Penangan 'Si Merah'


Semua orang risaukan merah. Tak semua la. Siape yang kenal merah macam kami ni la. Sebab tau merah ni manja. Kalau kene serang memang takde la nak tengok dia serang balik. Paling hebat dia boleh buat, angkat tangan rebahkan badan tanda tamoo buat serangan balas. Takat gurau2 ketuk kepala tu dia berani la. Kalau musuh dia lalu sebelah, dia terus tunduk sopan diam2 kat situ. Tak gerak. Bila de orang terdekat dengan dia, cepat2 dia nyorok belakang kaki sambil jalan sama2. Sian Merah selalu kene buli. Sebab yang lain semua jeles kat Merah. Merah selalu dapat extra layanan dan perhatian.

Gedik~gedik. Merah gedik

Merah pecahkan tabung

Merah si mata duitan. Semua pun dia nk buat main

Aksi dalam kereta setiap kali balik kampung. Belakon je tu. Poyo betul merah

Ni aksi mintak perhatian. Bila tak dapat layanan, merah dok sebelah laptop dengan harapan orang pandang dia jugak

Masa majlis kahwin saya hari tu, merah ni la satu2nye kucing yang sibuk keluar masuk bilik pengantin, keluar masuk almari baju pengantin. Nasib baik merah rajin mandi. Merah tak boleh dok sendiri. Mesti sibuk nak ikut kaki orang. Dah tuan dia busy sangat masa tu. Saya la yang jadi mangsa. Kat mana orang sibuk buat keje, kat situ la dia nak baring main, nak tido. Sape tak geram.

Semua gambar adalah dicilok dari fb sis ejan. Tuan punya merah si manje.

Berita terkini : merah dah balik.. De yang kene hantar balik kampung ni kang. 'dah..dahh.. merah tak payah ikut balik sawah lagi pasni. lagi jauh pulak dia merayau.. bikin orang risau je tau..'