Showing posts with label lovely family. Show all posts
Showing posts with label lovely family. Show all posts

Friday, October 14, 2011

Cerita September Itu

Salam dan hai.. Lamanya biarkan blog tak berupdate kali ni. Kemalasan menjadi-jadi. Lagi2 sejak pc dah dok jauh nun dalam bilik. Lagila malas. Dulu port baik punye sebelah tv. Sambil FH buat keje ngadap pc boleh ngendeng2 jap update blog.

Tu baru salah satu sebab kenapa tak update sampai sebulan. Sebab-sebab lain adalah...
*
*
*
*
*
*
*
*
V
V
V
V
RAYA..RAYA.. RAYAAA.. Hahahaha.. Raya la sangat. Padahal tak sihat memanjang. Minggu first september, macam orang lainla. Masih sibuk dengan cuti raya.

dua budak demam - 1st day raya


Minggu kedua september dah naik keje. Tapi 6 september kene serangan gastrik. Dah mc pulak. 

Bila tak sihat, malasla nak update blog. Sempat update 1 entry je. Hahahaa.. Plus de banyak keje nak buat tapi masa tu la cpu kat rumah nak buat hal meletop macam mercun bola. Hahahaha...

10 September - Kakak FH nikah. So dari hari jumaat malam dah sibuk-sibuk mana yang patut sampai la ke hari majlis. Majlis nikah hari sabtu lepas zohor. Lepas majlis terus balik kampung saya dan malam tu jugak lepas maghrib terus gerak ke rumah makcik di jengka 3. 

11 September - Pagi lagi dah gerak ke Kuantan hantar zura balik UIA. Sampai kampung dah malam. Dan esok adalah kerja... Huwaaa... mengantukkk.. Kepenatan melampau + tak cukup rehat.

comel dan gedik. semua ceria!!


Sepanjang weekdays adalah busy dengan preparation jamuan raya ofis. Konon busy la sebab amik part decoration untuk jamuan.


So 12&13 september - jarang de kat ofis. Sepanjang hari dok kat lokasi jamuan raya. Rewang pe2 yang patut.

Yang paling best, jamuan raya buat pada 14 september dan pagi tu gak la bos suruh pegi meeting kat luar. Bestnye la kan. Dengan takde sape nak hantar pegi meeting, takde sape nak amik lepas balik meeting. Semua pun sibuk dengan jamuan raya. Merempat la tumpang sape2 yang sudi nak hantar. Sampai2 kat ofis jamuan dah start. Datang makan jela pun.. :p

gediks girls :p


ajk jamuan raya 2011 - kredit to napi *mamat baju pink dalam cubaan buat aksi ganas*


15 sepetember - flet. terus mc. amekauuu..

16 september - cuti hari malaysia sengaja ajak FH bergolek-golek malas kat rumah. Pagi tu jela. Petang dah balik kampung.

17 september - Pagi-pagi hari dah gerak ke Bota, Perak. Hantar rombongan bertandang akak FH. Owhhh.. penat.. penat.. penat.. Padahal tinggal duduk diam-diam dalam kereta je pun penat melampau.

18 september - Pagi-pagi lagi dah balik kampung saya. De orang nak datang. So masing-masing sibuk memasak. Dorang jela memasak. Saya berehat-rehat malas di depan tv kemas pe2 yang patut. Kemas la sangat. Tido de la kot.

Pastu weekdays macam biase la. Sibuk dengan keje, sibuk dengan jemputan jamuan raya kat ofis plus kesihatan tak ok lagi. Kurang rehat agaknya.

22 september - mc lagi. Entah berapa kali pegi klinik bulan ni pun tak tau.


24 september - Pagi-pagi hari dah balik kampung lagi. Kali ni sepupu FH pulak nak nikah. So tolong la rewang pe yang patut. Petang dah flet. Flet manjang budak ni. Petang tu jugak balik putrajaya.

Hari-hari terakhir bulan september, sibuk memenuhi jemputan jamuan raya kat ofis ni je la. Mana-mana yang kawan-kawan jemput ke rumah tu memang tak dapat nak pegi. Sebab masing-masing kepenatan tak cukup rehat. Sorry!!

So habis dah la cerita september kenapa yang tak berupdate lama sangat tu. Kepenatan melampau dan kesihatan yang tak berapa nak mengizinkan. Sepanjang musim raya tu masing-masing dok cite naik berat badan. Yang bestnya berat badan saya adalah TURUN!!! Sebelum kahwin berat 50kg. Lepas kahwin, jadi 53kg. Lepas raya, turun ke 51kg balik. Seronok kooo!!

Tuesday, July 12, 2011

"Kakak..!! Cepatlah ikut nenek..!!"

Di mata saya, nenek nampak sangat cantik. Berbaju serba putih. Raut wajah yang langsung tak ditelan usia. Wajah nenek gebu, mulus, bercahaya dan jelas tergambar nenek sedang gembira. "kakak.. Jomla cepat..ikut nenek.." Baru saya tersedar. Saya dah jauh mengelamun merenung wajah nenek. "kejap.. Kakak nak pakai baju jap.." Pantas berlari meninggalkan nenek meminta izin untuk mencari baju yang sesuai. Sedari tadi tubuh ini hanya dibaluti kain serba putih. Sama macam nenek. Semuanya putih.

Di dalam rumah, akak sedang seronok mengulit merah, si kucing manje. Mak pula sedang leka tengok tv. Saya tak menghiraukan mereka. Segera berlari ke bilik, bukak almari. Sesungguhnya saya sangat seronok. Dalam hati cume berfikir, saya perlu cepat, nenek dah lama menunggu di luar rumah. Tapi perasaan gembira tu bertukar hampa. Tiada sehelai baju mahupun seluar di dalam almari. Dalam hati merungut.. " ni de la yang gatal-gatal pakai baju orang ni.." Saya menjenguk ke ampaian. Sama saja. Tiada baju dan seluar. Takkan saya nak keluar dengan hanya berkain putih ni je. Saya segera menghampiri emak. " Mak.. Mana semua baju-baju orang.." Mak diam. Saya pandang akak untuk kepastian. Akak pun diam terus leka mengulit merah. Tiba-tiba mak bersuara, "nak pegi mana??"
"Saya nak ikut nenek.. Cepat la mak.. Bagitau mana baju-baju saya"
"Nenek tu nak pegi mana??"

Huhhhhh... Kenapa mak ni??? Saya segera berlari mendapatkan nenek.. "Nenek, kita nak pegi mana?? Mak tanya"
"kita nak pegi ikut atuk je"
"ikut atuk pegi mana nek??"
"pegi rumah atuk"
"pegi rumah atuk nak buat apa??"
"kakak ni... Nenek nak pegi potong rambut.. Nanti potong rambut kakak sekali ye.. Tak cantik la rambut camtu"
"ok.. Jap.. Kakak tanye mak"

Saya cepat-cepat berlari dapatkan mak. "mak, bolehlah orang ikut nenek"
"nak pegi mana?? Nak buat apa??"
Hummmm.. Kenapa mak ni. Nak ikut nenek pun mak tanya banyak-banyak soalan.
"nenek ajak orang pegi rumah atuk. Nenek cakap nak potong rambut orang. Boleh ye mak orang potong rambut. Rambut orang dah panjang ni"
Mak masih diam membisu..
"mak.. Cepatla bagitau. Baju orang semua mana"
Mak tetap diam.
"kakak..!!! Cepatlah ikut nenek..!!" nenek dah memanggil lagi. Saya pelik kenepa tiada seorang pun yang menghiraukan nenek di luar ketika itu. "kejap nekkk..!!"
"kakak...!!! Cepatlah jom ikut nenek..!!" masih jelas terdengar suara nenek mengulang ayat yang sama beberapa kali dari luar rumah.

Saya gelisah. Tiba-tiba terasa tubuh saya bergoncang, segalanya berputar. Dan saya terdengar satu suara lain yang biasa saya dengar.. Bukan lagi suara nenek. "sayang.. Bangun.. Dah pagi ni. Nanti lambat nak pegi keje" bila saya buka mata, tiada lagi nenek di depan saya. Ya Allah, saya bermimpi rupanya. Tapi masih jelas terngiang- ngiang di telinga suara arwah nenek memanggil saya sebentar tadi. Jelas!! Dan itu memang suara arwah nenek.

Bangun pagi tu, saya rasa sebak sangat-sangat. Saya rindukan arwah nenek. Malam sebelum tu, memang saya bercerita tentang arwah nenek. Sebelum tido pun saya masih berangankan dan teringat kenangan-kenagan dengan arwah nenek. Mungkin sebab tu saya termimpi-mimpikan arwah nenek. Lagipun dah lama rasanya saya tak bacakan Surah Yasin untuk arwah nenek. Dan pagi tu, seperti kebiasaan amalan di pagi jumaat sebelum ni yang telah lama saya abaikan, saya bacakan Surah Yasin untuk arwah nenek. "maafkan kakak nenek.. Maafkan kakak sebab dah lama tak bacakan Surah Yasin dan sedekahkan al-Fatihah untuk nenek.. Kakak tak lupakan nenek.. Kakak selalu rindukan nenek.."

"nenek, nenek cantik sangat dalam mimpi kakak.. Sama macam masa kali terakhir kakak tengok nenek dulu.. Muka nenek putih, bersih.. Nenek tersenyum je.. Kakak masih ingat muka nenek, suara nenek.. Bukan kakak tak redha nenek dah takde.. Tapi ada masanya kakak rindu sangat-sangat kat nenek.. Dulu nenek pernah cakap, entah sempat ke tak nenek nak rasa duduk kat rumah baru ayah. Nenek tahu tak, kitorang dan pun pindah kat rumah baru ayah. Dah 4tahun. Tapi nenek dah pergi tinggalkan kitorang 9tahun yang lepas. Semoga nenek tenang je kat sana. Mishh u nenek.."

Thursday, March 17, 2011

Kematian itu pasti

Malam semalam tertengok drama melayu kat channel 9. Tak pasti tajuk cite pe. Tengok dah hujung-hujung Rusdi Ramlee berlakon jadi OKU. Betul-betul tengok part mak dia meninggal. Sambil tengok sambil makan sup pedas panas-panas. Sok..sek..sok..sek.. Konon pedas. Padahal nanges layan drama. Tersentuh tengok part anak-anak tak dapat terima kenyataan mak diorang dah takde. Ya Allah..sesungguhnya saya belum bersedia untuk hadapi saat tu nanti. Baik mak, ayah, akak atau adik-adik.. Sungguh saya takut kehilangan salah sorang dari mereka.

Saya akui saya bukan anak yang akan hari-hari telefon mak ayah cakap rindu-rindu, sayang-sayang. Memang janggal nak sebut. Seingat saya, sekali je dulu saya pernah sebut rindu sangat kat mak. Tu pun sebab saya kat kedah. Di awal-awal hidup jauh merantau. Mak gelak je masa tu. Terkejut kot. Mesti mak tak boleh nak tido malam tu sebab risau saya buang tebiat. Pernah dulu saya demam teruk. Malam sebelum tido saya makan ubat. Pesan kat mak esok jangan kejut saya bangun tido, saya nak tido lama-lama. Niat kat hati, sebab saya nak tido puas-puas biar cepat sembuh. Rupanya mak fikir lain. Malam tu mak tak boleh tido. Sibuk jaga saya sebab risaukan saya tak bangun-bangun lepas tu. Biar pun saya tak pandai luahkan rasa sayang saya kat mereka, tapi sememangnya saya sayangkan mereka. Saya tak sanggup kehilangan salah sorang dari mereka.

Pagi ni sampai ofis awal sangat. Biasa la cuti sekolah. Jalan ke KL mana jammed. Pukul 6.50 pagi dah sampai bukak pintu ofis. Bila kawan-kawan ofis sampai, dapat berita husben ofismate meninggal malam tadi terkena serangan jantung. Dalam usia muda. Ya Allah.. Besarnya dugaan yang Kau beri pada mereka. Anak-anak masih kecik. Saya berkesempatan untuk pegi ziarah arwah. Anak-anak kecik tu berlari riang di luar surau. Tak mengerti apa yang berlaku di sekeliling. Saya percaya anak-anak kecik itu sudah faham erti kehilangan. Cuma tadi bila ramai kawan-kawan di sekeliling, mereka tak sedar ayah mereka telah tiada. Pergi meninggalkan mereka untuk selamanya. Mungkin malam ni, mungkin esok lusa, anak-anak itu akan bertanya mana ayah mereka. Mereka akan tetap rindu dan bertanya mana ayah mereka bila mereka teringat. Tak sanggup rasanya membayangkan keadaan tu. Apatah lagi untuk meletakkan diri dalam situasi tu. Sedangkan berpisah hidup pun rasa tersiksa bila rindu. Walhal masih boleh berjumpa selepas tu. Ni kan pulak berpisah mati. Macam mana lagi nak jumpa bila rindu?? Hanya doa yang mampu di hadiahkan. Mati itu pasti. Cuma kita tak tahu bila pula sampai masa kita nanti. Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan semoga keluarga arwah tabah hadapi dugaan ini.

Monday, August 23, 2010

Senaman Kaki dan Mata di Bulan Ramadhan

Sabtu minggu yang lalu terasa sangat cergas. Telah menjalankan aktiviti yang sangat menyihatkan. Melakukan senaman walau dalam bulan puasa. Sepanjang hari berjaya melakukan senaman berjalan kaki sejauh lebih 30km. Hohhh.. Berpeluh gak. Mau tak. Berhimpit2 dalam lautan ratusan manusia dekat pkns shah alam, alam sentral dan bazar ramadhan stadium. Lenguh kaki tak menganggu senaman asal mata terasa makin sihat dan bersinar. Ting..tinggg..

Hahaaa.. Senaman la sangat. Terapi mata je kut lebih. Macam biasa la bila bulan puasa. Mula la sibuk nak cari baju raya. Dan macam biasa, antara destinasi yang akan di tuju semestinya pkns shah alam. Huiiii.. Ingatkan pegi awal2 ramadhan ni takde la ramai sangat orang. Nak pulak belum gaji lagi kan. Sekali tengok, semua orang pun orang kaya rupenye. Tak gaji pun boleh shopping2 penuh beg plastik kat tangan celah ketiak junjung atas kepala. Tak macam aii yang sedang sengkek hanya mampu cuci2 mata sambil ketap bibir menahan geram. Grrrr.. Kenapa la tiap2 tahun pun kene renew roadtax nak dekat2 raya. Sob..sob..

Pilihan baju jangan cakapla. Memang banyak yang berkenan kat hati. Ni la kelebihan pegi awal2. Masih banyak pilihan. Dan semestinya senang nak cari saiz. Kalau pegi hujung2 kang, asal kenan je mesti tinggal saiz XXL. Pastu geram2 nangis dalam kereta hentak2 kaki. Pastu terpakse la beli yang RM2** sebab yang tu je yang de saiz. Owhhh.. Dah serik. So, bile pegi usha awal2 dan dah nampak yang kenan, rasa macam nak gesek kad ceri je hari tu. Nasib baik iman ni kuat.

Gagah tu tawaf entah berapa round. Tapi berkenan sangat2 kat baju kat satu kedai tu. Betul2 kat kedai tu je yang de. Dalam hati pikir tak pe..tak pe.. kalau de rezeki datang lagi esok2 mesti baju tu de lagi.. Tamoo tunjuk gambar baju tu dalam blog nanti de orang dengki pegi beli pastu tayang2 depan mata. Hehehee.. Lagipun memang tak nyempat la nak kuarkan E66 snap pic bagai. Kang tak pasal2 terlepas dari tangan. Dah kata pun ramai orang sampai jalan laga2 bahu macam nak gaduh. Aii yang agak gems ni pun bape kali kene rempuh.

Dari pkns terus menapak ke plaza alam sentral pulak. Pusing2 dalam nagoya cari kain untuk projek butang langsir si masya. Pastu menapak balik ke pkns. Dah nak sampai ke parking kereta kat seberang jalan, baru teringat belum terjah tempat kiuh raya untuk cuci2 mata. Masuk semula ke pkns. Lega rasa bila dapat duduk kejap dalam kereta. Terus menuju ke giant stadium. Konon macam gagah lagi nak menapak dari giant ke bazar ramadhan stadium.

Sekali lagi la kene berjalan laga2 bahu dengan orang ramai. So, tak dapat gak nak snap2 pic makanan yang boleh membuat kalian terliur di tengahari ni. Gulp..gulp.. Paling mencabar sekali mencari menu idaman masya. Punye la besar bazar tu, cume de 1 gerai je yang jual nasi dagang. Sampai2 dah habis pun nasi dagang. Terpakse la tukar menu beli nasi lemak kukus ayam togel. Hahahaa.. Tau kenapa togel?? Sebab yang tinggal betul2 nasi dengan ayam dan sambal je. Timun ke..telur rebus ke pe kacang ke bilis ke apa sume dah habis. Baru pusing 2x dah habis dah semua makanan.

Dah siap beli mengikut kehendak tekak, terus cepat2 ke padang kat perkarangan masjid shah alam pulak untuk berbuka puasa. Dah lambat sangat dah pun waktu ni. Betul2 nak dekat2 waktu berbuka. Sampai2 je terus cepat2 tebar tikar atas padang. Orang lain dah dok sila mengadap makanan masing2. Nasib baik ramai gak lagi yang baru sampai. Best tau berkelah kat tengah2 padang. Walaupun tak kenal dengan mereka2 yang lain, tapi rasa macam buke puasa beramai2 sambil tengok budak2 kecik berlari2 riang kat tengah2 padang. Masuk kali ni dah 2x gak la buka puasa dok kat sini. Memang meriah.

masya yang teruja..lain kali kite pegi lagi ehh

sesi menghidang makanan yang dibeli dari bazar

menunggu waktu berbuka

Habis je makan terus cepat2 kemas zass ke giant stadium semula. Selesai menunaikan kewajipan, terus memulakan misi mencari chicken ball untuk projek sup sayur 425. Dalam menjinjit chicken ball dan comfort softener tu *terlupa hari tanpa plastik* sempat lagi nak cuci2 mata tengok baju raya kat tempat feberet. Dah hasilnya selepas sayang gila nak letak balik baju yang tinggal satu sebab ramai orang dah aim macam bila aii letak je nak cepat2 sambar, terus goda2 abang penjual mintak murah dan dapat la jugak satu hasil tangkapan baju raya hari tu. Tapi bukan saya punya. Untuk diberikan kepada seseorang. Senyum.. senyum puas hati selepas tergunakan duit untuk bayar sewa rumah tertunggak 2bulan ke tempat lain. Takpe. Pasti de rezeki lain nanti. Misi seterusnya.. senaman kaki ke jalan TAR pulak jumaat nanti. Harus slim camni.

Friday, August 13, 2010

WeehooOooo.. Mau Pulang ke Kampung Halaman Tercinta

Petang ni balik dari ofis mau terus pulang ke kampung. Bestnyeee.. Dapat buka puasa bersama family. Mesti mak ayah masak sedap2. Bulan puase je dapat tengok ayah masak okee. Menu memang pelik2 la. Tapi best!! Bolehla buka puasa ramai2 main rebut2 makanan kat meja dengan adik2. Diorang memang kecoh suke main rebut2 makanan. Pastu bukan habis pun. Bukan takat rebut makanan. Tempat duduk, pinggan, cawan pun diorang nak main chop..choppp. Biasa la budak2. Saja bikin gamat suasana je. Lagi2 kalau budak yang kat kuantan tu de. Dia pun join sama main rebut2. Pening..peninggg..

Agak2 mak masak pe ehh petang ni. Hurrmm.. Harap2 de tempe goreng, tak pun cucur udang. Antara menu wajib tiap kali buka puasa. Biasa la. Orang jawa dengan tempe mana boleh dipisahkan. Family kami memang tak makan nasi waktu berbuka puasa. Juz makan kuih2 je. Tapi kadang mak masak gak bihun goreng ke.. mee goreng ke.. bihun sup ke.. Ayah pulak memang best part buat air. ABC, cendol tak pun milo ais blended. Tengok pada permintaan adik2 la. Agak2 malas nak layan, bagi je duit kat budak2 tu. Kang pandai2 la diorang pilih sendiri pe yang berkenan kat bazar ramadhan.

Yang paling bestnye balik kampung masa bulan puasa ni kan... takde la penat2 kene pikir.. nak makan pe ekk buka nanti.. nak masak ke nak beli je.. sahur kang nak makan pe ehhh.. Bangun awal2 lintang pukang tung tang..ting tong kat dapur. Goreng nuget sambil pejam2 mata. Kalau balik kampung, semua mak yang tolong setlekan. Silap2 kang mak tanya.. kang buka puasa nak makan pe?? Bangun2..dah nak imsak ni.. cepat makan. Gosok2 mata cuci muka terus duduk kat meja makan. Indah bukan.. Uuuummpphh.. Terbaeekk.. Anak dara lain sila jangan ikut contoh budak terlebih rajin masuk dapur ni yee..

Pastinya sekarang ni de budak dari kuantan sedang skodeng dan terus sambung merajuk. Hahahahaa.. Merajuk le ko.. Dah ko jauh. Buat pe nak balik semata2 sebab kenduri. Pastu sentap2 kene buli dengan akak2 yang baik hati ni. Yela.. Saja la nak share makanan yang sedap2 masa kenduri hari tu. Tu yang mms gambar makanan2 yang de. Sekali sentap2 pulak cakap makan sedap2 tak ingat dia. Hahahaa.. Kalau bab makan, mana boleh lupekan dia. Harusla sentap. Ugut tamoo balik sampai raya. Boleh ke?? Mak masak sambal tempe tuuu.. Hahaha.. Terus cepat2 beli tiket bas nak balik on the dot.. Minggu depan mesti dapat mesej.. amik kite kat bukit jalil. kite nak balik kampung ni. Kan?? Kan??

Berani jamin la masa budak kuantan tu dapat mms photox makanan mesti dia terus mengamuk kat cafe sebab de orang rebut makanan dia. Adik2 junior sekalian, maafkan la akak senior korang yang agak kurang kasih sayang itu. Hihiiii.. Jap lagi mesti tepon mak ngadu2 cakap kene buli. Tak pasal2 akak2 yang baik hati ni kene bebel lagi macam masa kat kenduri hari tu. Nasib tak kene piat tinge. Tapi kitorang tak kisah pun. Bluwekkk.. :p


nota buli : esok pagi akak pulak balik. owhhh.. sume de kecuali budak kuantan tu. jeles tak?? jeles tak?? nangis la dia sahur biskut rendam nestum diet dia tu..

Tuesday, July 27, 2010

Family Day Jabatan Pertanian Sg. Burong Part 3

sambungan dari part 1 dan part 2

Aktiviti hari ketiga adalah...BALIKKK... Owwhhh..adik2 sangat suke dapat balik rumah sebab konon dah lame sangat tinggal ps2. Geram je siap ajak balik dari malam lagi sebab dah tak sabar2 nak layan ps2 dia tu. Tapi sume pun buat2 tak dengar je. Hahaha.. Nasib baik gak dia tak terfikir nak bawak sekali ps2 tu. Kalau tak, harusla dia tak kuar bilik langsung. Sibuk bertarung nyawa je.. Konon hebat sangatla tu..

big family..bersama hamper ayah..adik2 bengang tak dapat nak bukak.. hihiiii..

sementara tunggu akak checkout.. kat depan Rumah Peranginan Persekutuan Port Dickson

Sebelum balik harusla ada sarapan dulu *terlebih2 makan wehh kat sini. sedap2 pulak tu* Lagipun nak jumpe mereka2 yang lain nak salam2 mmmuaahh..mmuuaahh dulu. Yela.. tak tau entah bile dapat jumpe lagi.

Tibe2 terperasan satu gambar ni. Gambar yang membuktikan bahawa resakse gorgon tu sangat bahaya. Sampai punah jahanam buaian di buatnye. Gara2 makanan dah habis, terus dia kunyah2 buaian tu dengan rakus. Hahahaa..

resakse gorgon menyerang.. yang tengah nak minum air tu.. Larikkksss..

Selebihnya adalah sesi bergambar sefamilia sebagai kenangan...





dan semestinya de aksi gedik bersama

photogedix se'family'

Last sekali.. kene la tunjuk pix tuan rumah. Rase macam dah lame je tak mencapub jaja gambar sendiri kat belog. Hihiiii.. Heiipp..heppp.. Tak boleh nak marah. Ni belog saya. Ikut suke la nak letak gambar sendiri banyak2. Kan??

cik3zza

OhhhoooOOoo.. De yang terlupa lagi. Atas permintaan terutama sekali danial *ngade ko ehhh*..ezza letakkan pix yang nak sangat tengok mase sukaneka tu. Gelak la korang puas2 guling2. Ezza dah puas berguling atas pasir hari tu. Korang yang nak sangat tengok kan. Layannn..

kingkong yang di datangkan khas dari jawa.. hihiiii.. berlaku kejam sekali sekala..lalalaa...


p/s : tamat kisah family day. akhirnya berjaya gak buat entry ni walaupun dah terperam lama..

p/s/s : wehh kak ijan.. kalau nak semua pics, balik banting kang angkut lapy sekali. tak rajin le nak upload dalam muka buku. resakse rajin kutt.. tempat dia wifi terbaekk kan.. takyah la pakai berukben lagi youuu..

Monday, July 26, 2010

Epy Bezday B.U.C.U.K

B.U.C.U.K


Hari ni bezday bucuk yang ke 8. Macam tak pecaya je dah masuk 8 tahun. Tengok macam budak2 je walaupun saiz badan terlebih besar dari kawan2 sebaya dia. Sape bucuk?? She's my youngest sister.. Kenapa panggil bucuk?? Sebab dia bucuk. Ontah.. Dah dari kecik terbiase panggil dia bucuk. Mule2 dulu dia marah gak panggil bucuk. Lame2 dia ok je. Family je la panggil dia bucuk. Kadang2 adik. Kawan2 panggil dia ezza *kita serupa*.. Tak pun zira. Name sebenar bucuk adalah ezza nazira. Gabungan nama tiga akak dia. NA dari nama akak. ZI dari nama saya. Dan RA dari nama zura.

Budak ni terlebih manje. Kalau main dengan kawan2 tibe2 nampak dia balik tu tau dah la. Majuk dengan kawan. Selagi tak pujuk, selagi tu tamoo kuar main lagi dah. Satu habit dari lahir sampai sekarang yang tak boleh nak buang...SUKA HISAP JARI.. Sampai naik leper ibu jari dia. Esok gigi mancung macam halimah jongang akak tak tau aaaa... Dia tetap tak heran. Cikgu cakap kalau dalam kelas, kalau dia dah sorok2 hisap jari kat belakang memang dia takkan buat pe2 keje yang cikgu suruh. Feel sangatla kut hisap jari. Mate pun macam nak lelap jee..

Owwhhh.. Satu perangai yang pelik dan lain dari akak2 dia adalah..dia sangat obses pada kecantikan walaupun kecik lagi.. Akak2 dia takde yang sibuk bertindik nak pakai subang. Dia kecik2 dah bertindik nak pakai subang. Siap tuntut kat makcik2 suruh belikan subang baru. Sape yang berjanji tu nasib la ekkk.. Dia akan tuntut selagi tak dapat. Bucuk pun dah pandai jage badan. Kalau suruh makan lebih sikit ayat yang tak boleh blah adalah...'adik tak nak makan banyak2..nanti kalau kite gemuk camne..' Yang tak best tu, asal gemuk je nak samekan macam akak dia yang sorang ni. Tekanan makcikkk.. Akak zura ko tu lagi gemuk tau dikkk.. Heheeee.. Pitam la jap lagi mesti dia komen tak puas ati kat sini. Hihiiii..

Tak sempat lagi nak beli hadiah bezday bucuk. Dah lame pun tak balik kampung. Kalau balik mesti bucuk asyik dok ingatkan je bezday dia. Pastu sendiri perasan suruh beli kek celebrate bezday dia. Abang2 dia pun sampai naik tekanan. Asal bezday bucuk je masti celebrate beria siap de hadiah. Kalau kuar pegi mane2 mesti de beli bende untuk bucuk. Nasib la kan.. Dah dia adik bongsu. Abang2 sila la mengalah yeee.. Korang kan dah besar. Hurrrmmm.. Tak terfikir lagi nak beli hadiah pe..*nasib baik tak janji nak bagi pe2 tahun ni..kalau tak, jenuhla dengar dia tuntut selagi tak dapat* Bile la agaknya sempat nak celebrate.. Lambat2 sikit pun tak pe kuttt kan bucuk.. Akak2 agak bz la sekarang ni..

Happy Birthday B.U.C.U.K
Dah besar tak boleh terlebih manje - akak je boleh
Dah besar tak boleh hisap jari - nanti gigi mancung dah tak comel..not gud..not gud..
Dah besar kene rajin2 bace buku, kene jadi budak pandai - nanti keje best2 boleh beli subang banyak2 sampai rebeh telinge tu
Dah besar kene la makan banyak2 sampai gemuk2 - baru la boleh jadi lagi besar dari akak..tapi tetap tak buleh lawan kak zura punyee..pitam la jap lagi dia jadi resaksa gorgon


p/s : kejap je mase berlalu.. adik2 semua dah besar rupenye..
p/s/s : resaksa gorgon adalah makhluk yang cuba membuat tanduk 5 kat bucuk dalam gambar tu.. larikkksss...

Wednesday, July 21, 2010

Family Day Jabatan Pertanian Sg. Burong Part 2

sambungan dari Part 1

Aktiviti hari kedua sepatutnya bermula dari jam 6.30 pagi. Akak cakap de senaman pagi. Saya telah dilantik untuk menjadi instructor poco2. Dan secara sukarela telah offerkan diri untuk buat chicken dance sekali. Gedik kan?? Tapi kan, pagi tu tengok takde sape pun yang turun. Gelap je tepi pantai. Saya pun tengok dari bilik je la. Takde la nak turun. Makanya senaman atas katil jela. Hihiii..

my siblings..all de 7


Aktiviti hari ni adalah sukaneka. Macam2 game de. Untuk kanak-kanak, untuk dewasa, untuk veteren..sume pun de. Isi air dalam botol, lari bawak belon, bawak bola pingpong dalam sudu, lari guna tempurung, rebut kerusi, kutip gula2 dalam tepung, sambut belon air.. ehhh.. macam2 lagila. Banyak sangat game. Tak ingat dah..

sementara tunggu mereka setup acara.. kemain syok lagi diorang main tanam2 ehh..



isi air dalam belon.. ni je game yang bucuk main. pastu nangis. ntah pe2 ntah.. dapat gak la hadiah..



lari guna tempurung.. banyak yang pecah je bila turn dewasa main. overweight memasing kan..



rebut kerusi.. akak adalah orang pertama yang terkeluar diikuti dengan zura. ni la kelebihan orang vontot besar. oppss..


Waktu rehat dari pukul 12 sampai pukul 3.30, masing2 amik kesempatan nak mandi pool. Panas terik wehh mase tu. Tapi masing2 pun pakat terjun je. Syok kan mandi ramai2. Kebetulan cuti sekolah. So ramai la yang berkubang sekali dalam pool tu.

saya tak join mandi.. so ni la keje saya selain dari kene jage barang


macam dah rentung je memasing


Ni untuk sukaneka sesi petang pulak. Sebenarnye de banyak je acara. Tapi bateri kemera dah kong. Takdela nak snap2 pix. Lagipun mase tu dah tak tunggu sampai habis semua acara pun. Adik2 dah selamat mandi pool. Yang kami pulak dah selamat terjun laut. Hihiiii..

sambut belon air a.k.a sambut belon dalam senyuman.. orang lain stress je muke. aii je senyum2 sambut belon. rilexlaaa..


Selepas makan malam de acara cabutan bertuah dan penyampaian hadiah. Makan sedap2 pulak tu. Best2 la diorang ni masak. Hadiah untuk cabutan bertuah sangat lumayan tau.. De tv 42'' lagi. Baik punye aim.. Tapi akak tak dapat la pulak.. Kuciwaaa..

bucuk dapat hadiah kaler.. akak sibuk posing dengan hadiah yang bukan milik dia sepenuhnya.. tapi milik bersama uncle law


akak dan zura.. nasib baik dapat gak hadiah


saya dapat 2hadiah.. yang dalam paperbag tu hadiah uncle law. johan tu main baling belon air


yang tak disangka-sangka.. ayah dapat naib johan untuk pertandingan karaoke. cayalahhh..


p/s : selesai part 2.. nantikan part 3 pulak.. wehooOoo..

Monday, July 19, 2010

Family Day Jabatan Pertanian Sg. Burong Part 1

Lokasi pilihan : Rumah Peranginan Persekutuan Port Dickson
Masa Kejadian : 16 - 18 Jun 2010 (3hari 2malam) *cuti sekolah bulan 6 hari tu*
Anjuran : Sudah semestinya Jabatan Pertanian Sg. Burong *saya adalah jadi penyibuk yang memeriahkan lagi suasana..dah akak offer nak ikut ke tak..harusla cakap mau..mauuu..cuti2 bergembira jangan ditolak. terus cakap ajak mak ayah adik2 semua sekali*


Hari pertama takde aktiviti sangat pun. Kami sekeluarga gerak dari banting je. Mereka2 yang lain gerak dari tanjung karang..*tak sure bape bas, bape kereta dan bape lori* Kami sampai agak awal. Lame gak la nak tunggu untuk check in. Adik2 dah bising rancang2 nak mandi laut la..nak mandi pool la.. Tak tau penat betul. Budak2 kan. Apartment adalah sangat selesa.. Dapat rehat kejap2 je. Terus cepat2 turun nak layankan budak2 pegi terjun tiruk kat pool. Haisshhh.. Panas wehh mase tu. Tak tau ke akak diorang ni takut kulit bertukar jadi hitam manis. Hahaha.. Tapi layankan gak la. Harus terjun sama2 kan..


view dari bilik tingkat 6.. panas terik pun meriah je kat pool tu


Dah penat mandi pool, lepak2 kat bilik sementara nak tunggu makan malam. Petang tu mak ayah dan akak dah pegi tolong mereka2 yang lain masak untuk makan malam. Saya tau tinggal nak makan je.. Hahaha..


lepak2 dalam bilik tunggu masa makan malam


*razlan, akma dan amir* muke tensen je kene tunggu turn amik makanan. macam dah lapar sangat jeee..


sedap owhhh.. hingga menjilat jari.. tak nampak dah de paparazi kanan kiri. menikmati makanan sungguh kan..


Lepas makan malam, de pertandingan karaoke. Bajet konon nak sumbangkan barang seploh doploh lagu. Tapi rase macam malas je nak tunggu. Sudahnye kami lepak tepi pantai je. Main pasir.. De pertandingan memancing gak malam tu. Nak tengok diorang memancing pun gelap la pulak.


lepak tepi pantai main pasir. ya rabbiii.. *sopannya* duduk..


So lepak kejap2 tepi pantai terus naik bilik. Tengok2 tv kejap je dah hanyuttt... tido.. Penat sangat kutt. Habis cite hari pertama. Tak banyak aktiviti sangat pun. Sekadar enjoy2 je..

p/s : part 1 untuk entry hari pertama. de 3hari..so nantikan entry untuk part 2 dan 3 pulak nanti.. adioss..

Friday, April 30, 2010

Balik Kampung..Ooo..OOoo..Ooo..Balik Kampung

Sebelum nak membebel dengan lebih panjang lagi, saya nak mintak maaf dulu kalau blog saya ni kelihatan agak serabut,sepah-sepah dan semak. Saya pun macam serabut lagi tengok template yang baru ni. Masih belum sempurna sepenuhnya dan saya pun masih dalam proses cube menyesuaikan diri. Esok2 kang saya kemas ehh..

Esok nak balik banting, celebrate bezday mak. Hadiah dah beli minggu lepas. Esok tinggal nak beli kek je. Bende lain-lain sume dah prepare semalam. Tinggal angkut masuk kereta esok pagi. Actually bezday my mum adalah hari ahad, 02 Mei 2010. Tapi celebrate esok malam je. Sebab kalau siang sume pun busy. Lagipun saya ingat nak balik serdang pagi ahad. Pastu nak pergi nilai cari hiasan2 barang hantaran yang customer order. Tengok la kang camne. Macam tak patut pulak nak balik awal pagi.

Minggu depan mungkin agak busy. Kene all out siapkan barang2 hantaran yang customer order dalam mase 3hari je. Mungkin tak berkesempatan nak update blog. Haisshhooo.. Susah hati. Kene try gak curi2 mase update blog kejap.

K la.. Nak cakap ni je..

selamat hari pekerja - 01 Mei 2010

epy beday mak..epy beday kak mud - 02 Mei 2010
luv u mak..luv u kak mud..mmuahh..muahh..

and

selamat bercuti di hujung minggu..