Thursday, April 1, 2010

Pegi Klinik Amik Ubat Lagi

Asyik cite pasal klinik je sekarang ni. Hari jumaat hari tu pegi klinik, isnin pegi klinik.. Dan hari ni, jam 2.30petang nanti pegi klinik lagi. Hari ni saya de appointment kat nathan skin & laser centre. Hari ni amik stok ubat lagi untuk bulan yang terakhir. Kejap je dah masuk bulan yang ke-6 saya makan ubat tu. Semuanya nampak macam ok je. Harap-harap appointment bulan depan adalah yang terkhir. Asyik makan ubat je. Badan ni macam dah tak boleh nak terima je *poket lagila tak boleh nak terima..duit saving dah banyak kene korek.. hahaha* Pe2 pun, tunggu je la doktor cakap pe petang ni.

Lepas ni biarla member saya pulak yang meneruskan tradisi menjadi pengunjung tetap bulanan kat klinik tu nanti. Pesanan untuk member yang terpakse dirahsiakan name 'Sabar sikit ekk kak..minggu pertama memang susah sikit nak nampak hasilnye..lagi2 kalau masalah dah kronik sangat..lepas ni duit gaji banyak2 tu tak payah la nak beli skII ke..shiseido ke..bukan bende ni tak elok..kadang tu tak serasi dengan kulit kite..buat rawatan kat klinik yang sepatutnya lagi berbaloi lagi dari beli semua bende2 tu saya rase..sekurang-kurangnya doktor tau pe masalah kulit kite yang sebenar..rajin2 la makan ubat yang doktor bagi..' HooOoooHHhh.. Cakap macam terer je.. Boleh cas bayaran konsultansi ni.. Hehehee..

1 comment:

~cHiYo SaYs.~ said...

nak tanya, awak pakai n makan ubatyang dr nathan bagi tu, ada effect kulit jadi gelap tak? sebab saya jadi camtu. n buat sy lagi stresssssss... boleh reply kat saya tak thru email. budakbising@gmail.com. tq sangat. ;)