Sunday, April 25, 2010

Rindukan MEREKA

Dah lame tak jumpe MEREKA. Sejak masing-masing dah kahwin, sume buat haluan masing-masing. Lupe kat kawan yang masih bujang trang tang..tang lagi ni. Sampai hati mereka. Masing-masing dah de hidup masing-masing. Kawan-kawanku, haluan kite dah berbeza sekarang ni. Tapi tak kan la sampai dah tak de mase nak jumpe orang kat sini. Tak payahkan jumpe, mesej pun tak, call pun tak.. Sampai hati.. Tak pe la.. Saya faham..

Masing-masing pun dah jauh kan sekarang ni. Tapi kalau saya boleh datang dari jauh nak jumpe kamu, tak kan kamu2 tak boleh datang jumpe saya. Kenapa mesti nak mempertikaikan saya busy, schedule saya penuh. Itu cara kehidupan saya. Cara saya cari makan. Kalau saya free, saya join.. Kalau busy, saya bagitau tak dapat join. Tapi tak salahkan kalau pelawa. Sekurang-kurangnya bertanya dulu sebelum terus menghukum saya. Maaf, bukan niat saya nak mengungkit.

Saya faham masing-masing dah de keluarga baru. Aktiviti mingguan sentiasa penuh. Masing-masing dah de perjalanan hidup sendiri. Saya dari jauh hanya boleh doakan korang sentiasa bahagia di samping keluarga. Semoga cepat-cepat dapat baby. Kalau saya boleh faham dan terima keadaan hidup kamu, kenapa tidak kamu. Tolongla jangan cepat dan terus-terus menghukum saya.

Memang saya sensitive bile cakap pasal kahwin. Siyes saya rase terasing hanya disebabkan status. Setiap kali bertanya khabar mesti isu status yang jadi soalan utama. Bukan saya sengaja lambatkan perkahwinan. Saya tak se'KAYA' kamu. Saya tak se'MEWAH' kamu. Saya tak se'MUDAH' kamu. Sume perkara pun harus dirancang dengan teliti. Sumenye saya lakukan sendiri. Pe tah lagi saya ni memang 'CEREWET' dan 'TELITI' dalam semua bende. Tak macam kamu, ramai yang membantu dari segi kewangan. Semuanya telah tersedia untuk kamu dan macam2 lagi.


Saya pun jeles tengok kamu semua dah de keluarga sendiri macam yang kite impikan selama ni. Tak lame lagi yang sorang lagi tu pun nak kahwin dah. Yang bujang trang tang..tang ni akan terus rase terasing. Tunggu dah same level nanti baru boleh jadi geng balik ehh?? Sampai hati.. Saya rindu sangat2 kat korang.. Susah kan nak dapat jumpe dan kumpul ramai2 macam dulu2 lagi.. Yela.. Saya kan jauh.. Saya kan sentiasa busy.. Saya faham dan terima hakikat ni.. Terima kasih kerana menyedarkan saya akan hakikat erti kawan yang sebenar.. Terima kasih kat mereka yang lain yang sentiasa faham dan terus menyokong dengan setiap apa yang saya lakukan dari dulu hingga kini.. Saya sayang kamu semua..

No comments: