Friday, April 2, 2010

Andaiku Tahu

Salam pagi jumaat.. Hari ni kat mane2 pun orang bercakap berkaitan pemergian penyampai radio Era dan pelawak terkenal, Mior Ahmad Fuad Mior Badri atau lebih dikenali lagi dengan nama Din Beramboi. Satu berita yang amat mengejutkan seluruh Malaysia. Kebetulan pagi ni saya pegi keje naik kereta. Masuk2 kereta dengar radio baru tau pasal berita ni. Walaupun tak kenal arwah secara rapat, saya turut terasa sedih dan kehilangan. Lagikan pulak ahli keluarga arwah. Pastinya bersedih dan terasa kehilangan sangat2. Arwah sakit secara tiba-tiba dan pergi dalam masa yang begitu singkat. Takde sape yang dapat jangka semua ni. Semuanya telah tertulis. Tak tau bile pulak sampai mase kita nanti. Dan tak tau jugak macam mana cara kematian kita nanti. Bila difikir-fikirkan, memang menakutkan. Tapi itulah hakikatnya.. Yang hidup pasti akan mati.

Baru semalam saya mimpikan satu kematian. Sampaikan terjaga dalam keadaan tersedu-sedan. Dalam mimpi saya berkata..'katakan la semua ni mimpi..saya tak dapat nak terima kenyataan ni..sedarkan la saya dari mimpi ni..' Bile terjaga, saya rase syukur sangat sebab semua tu hanya mimpi dan mainan tidur. Tapi hati ni tetap berfikir sepanjang hari andai kata perkara tersebut jadi kenyataan satu hari nanti, adakah saya akan dapat menerima kenyataan tersebut?? Adakah saya akan katakan yang saya sedang bermimpi juga. Hati saya jadi resah bila ingatkan mimpi tu. Rase seperti nak pegi berjumpa dengan orang dalam mimpi tu dan bermanje2 dengan dia sepuas-puasnya sebelum saya menyesal selepas kehilangannya. Pada hakikatnya, saya bukan la rapat sangat dengan orang dalam mimpi tu. Tapi saya takut akan kehilangannya satu hari nanti. Takut saya menyesal kerana selama hayatnya saya tak sempat untuk berbuat baik dengannya.

Teringat pulak kat arwah nenek. Saya sayang sangat2 kat arwah nenek. Walaupun takde pertalian darah dengan arwah nenek, tapi saya rase rapat sangat dengan nenek. Sampai sekarang saya masih ingatkan nenek. Dan selalu berfikir 'kalaula nenek masih de..' Saya tau saya tak sepatutnya berfikir begitu, tapi kadangkala pe yang saya buat mengingatkan saya pada semua kenangan saya dengan arwah nenek. Kadangkala saya terdengar-dengar suara nenek. Dan sampai sekarang saya masih ingat lagi muke nenek, muke nenek dalam balutan kain kafan..nenek cantik sangat.. Kehilangan nenek membuatkan saya sedih dan sangat terasa.

Sedih pulak pagi-pagi jumaat ni.. Tuhan lebih sayangkan mereka dari kite. Semoga mereka sentisa tenang di sana.. Semoga mereka ditempatkan bersama-sama orang yang beriman.. Segalanya sudah ditentukan. Satu hari nanti masa kita akan tiba juga.. Andai kita tahu.. Tapi hanya DIA je yang tau setiap ape yang telah ditentukan untuk kita..

No comments: