Thursday, April 8, 2010

Tunjuk Bakat dan Hasil Keras Tangan

Dulu mase tingkatan 3 de mate pelajaran seni. Ingat lagi mase tu kene buat lukisan daun. Kene lukis daun sampai nampak macam real. Sebijik same. Mase ni saya lukis daun anggur. Kebetulan pulak kat rumah de pokok anggur yang masam tu. Rase macam dah comel dan cun je lukis mase tu. Sekali cikgu boleh pulak sound.. ‘ni bukan kraftangan.. ni keras tangan..’ Peeeerrgghhh.. Mase tu budak2 lagi kan. So bile cikgu sound camtu, rase bengang gileee.. Dah la memang menyampah kat cikgu tu. Kerek sangat. Dahla pendek. Ehh?? *tak baik kutuk cikgu..nanti tak berkat ilmu* So, bile naik tingkatan 4, saya amik keputusan tak nak amik seni. Sebab tak nak jumpe cikgu tu lagi. Tak nak masuk kelas dia. Cikgu seni kat sekolah semua kerek2 pulak tu. Padahal, saya suke je seni. Tak pe la.. Tapi projek2 seni kawan2 yang amik seni semua saya yang buat. Hahaaa.. Baik gile mase ni tolong kawan2 buat diorang punye projek. See.. diorang dapat A pe mase spm hari tu. Markah projek terbaekkk.. Hehehee..

Pagi ahad hari tu tengah layan2 tengok tv sekali dapat call dari kak mud. Tanye pulak boleh tak nak amik upah buatkan hantaran untuk adik dia. Pandang2 masya, kenyit2 mate sikit terus cakap ok. Barang adalah dari bahan2 recycle. Tak kisah la kan. Dah jimat sikit. Bertungkus lumus dengan masya nak siapkan barang hantaran ni *masya je pun yang banyak idea. Orang ni jadi assistant je* Tak sangka dalam mase beberapa hari dah boleh siapkan. Hari selase mule buat, hari khamis dah boleh siap. Hebattt!! Balik2 keje, mengadap la bande tu.. Letih tapi seronok bile tengok hasilnye. Keras2 tangan ni pun, boleh gak siapkan tempahan hantaran ni. Walaupun nampak biase, tapi semua pihak pun berpuas hati dengan hasilnye. Yang penting, mengikut kehendak dan permintaan kakak pengantin tu sendiri *dia yang over risau* Bulan depan de lagi satu tempahan hantaran untuk majlis bertunang gak..Ini ke yang orang cakap rezeki orang nak kahwin?? Habis tu masya tu rezeki pe pulak?? Rezeki nak jumpe jodoh kottt…

dari rupe begini asalnya..

hasil 'keras tangan' kami bersama

Kalau de yang berminat nak tempah, jangan segan silu email kat kami nanti ehh.. *gile perasan*

2 comments:

mudah said...

wei..dah lama akak nak komen...x sempat. so today mcm sempat...curi tulang jap. tq sesangat atau usaha keras tangan korang..and diskaun tuh...sukernye..akak belanja makan ikan bakar tau @ kita berbekeu...horeeeyyyy

cikezza said...

yeaayyy..nk mkn kt umbai..