Wednesday, April 14, 2010

Jadi Mewah Tulis Blog

Siapa kata tulis blog tu merapu, mengarut.. Siapa kata tulis blog tu hanya cakap-cakap kosong, hanya angan-angan.. Siapa kata tulis blog tu perkara yang tak berfaedah.. Siapa kata blog tu tak de isi, tak de info, tak de ilmu.. Pada korang-korang yang selalu cakap berblog ni tak de faedah, merapu dan buang masa, cube korang tengok Harian Metro semalam, 13 april 2010. Ada artikel bertajuk Jadi Mewah Tulis Blog. Artikel tentang Mira Abu Bakar a.k.a Red Mummy owner blog Pencinta Merah @ Redmummy.com. Sila bukak mata anda luas-luas.


gambar red mummy dari harian metro


Memang tak dinafikan blog umpama e-diari untuk setiap blogger. Tapi tak semestinya dalam blog tu sume cakap-cakap kosong yang tak de ilmu, tak de info.. Baru-baru ni saya sendiri dah terkena dengan kata-kata sinis dan pedas dari beberapa orang yang saya gelar kawan. Bila kawan ni mintak nak tengok2 beberapa gambar, nak tengok hasil2 kerja saya, saya cakap ‘Tengok dalam blog. Saya dah tepek’ Tau pe jawapan yang saya dapat dari seorang yang saya gelar kawan ni.. ‘Blog ko ni aku tengok merapu je lebih. Entah pe bende entah yang ko cerita. Semua pasal ko, pasal kucing ko je’ Mase tu saya gelak je. Tapi dalam hati saya tekad nak buktikan yang dia akan menyesal dengan pe yang dia cakap pada saya hari ni. Mungkin dia bergurau. Tapi hati ni tetap pedih dengan kata-kata tu.

Seorang lagi kawan pernah cakap perkara yang sama pada saya. ‘Kat reality pun saya tengok awak banyak merapu. Dalam blog awak tu mesti lagi banyak awak merapu’ Saya kecewa sangat dengan kawan-kawan yang tak pernah nak bagi semangat dengan pe yang saya lakukan. Lagi nak jatuhkan semangat saya de la. Tak pe la… Mungkin mereka tak faham dunia bloggers, kehidupan bloggers. Hanya bloggers yang faham camne giannye bile tak buat entry sehari, bile tak dapat jenguk blog2 teman2 di alam maya yang lain. Saya Cuma harap mereka yang saya gelar kawan tu sedar. Kami berblog bukan cakap-cakap kosong yang sepanjang masa merapu. Kami pun de mesej tersendiri yang cuba nak di sampaikan kepada semua. Cume cara kami begini.. melalui blog bersama teman2 di alam maya.

‘Kawanku.. walaupun coretan hati saya dalam blog ni kamu kata merapu, kamu kata buang masa, tetapi coretan saya ni bermakne pada mereka2 yang lain. Yang penting, baru lebih kurang 2bulan saya bergelar blogger, saya dah boleh dapat income yang agak memuaskan hati dari nuffnang. Walaupun income tu masih dalam jumlah yang kecil dan mungkin takde pe makne bagi kamu, tapi itu lebih baik dari tiada apa-apa bagi saya yang masih baru. Biarla saya merangkak dulu. Kemudian berdiri dan bertatih. Semoga satu hari nanti saya akan mampu berlari pecut seperti bloggers yang lain. Kata-kata kamu saya jadikan sebagai satu cabaran..!!!'

4 comments:

EiDa_wAn!e said...

be yourself jer.....jgn dgr ckp org len...dengki la tu..kan???
pas ni aku akn jd pengomen setia blog ko...hikhikhikhikkk...

cikezza said...

thanks a lot nuk.. ni la yg d nmekan shbat.. xpela.. lain org lain pndapat.. mgkin diorg xfhm..

weiiii... blog ko pe cite.. b'sawang dh weiii.. update laa...

EiDa_wAn!e said...

sungguh malas mau updated blog ku sekarang...

ngah tunggu dpat canon E0S 50D.....baru aku nk mula balik update blog.....hihihihi

cikezza said...

walammakkk..aii suke rela nak jadi model..klik..klikk..