Friday, April 16, 2010

Masa Untuk Bergembira Riang Ria

Yeeeaahhhh... Hari ni dah jumaat.. Asal jumaat je mesti suke and jadi riang ria.. Asal hari jumaat je mesti jadi semangat nak pegi keje. Korang sume pun mesti camtu gak kan.. Jangan tak ngaku ehh.. Nak tau sebab pe saya suke hari jumaat??

Sebab yang pertama adalah... Esok cuti. I likeee.. Boleh tido seharian, boleh bangun lambat. Boleh jalan2..boleh dating..boleh balik banting.. Tapi esok nak pegi Times Square. Nak pegi Gatsby Deoderant Streey Fair. 1st time nak join event nuffnang ni. Tibe2 de perasaan malu dan segan pulak. Tapi teruja sebab de games yang looks like best gilee and event ni jugak bertujuan untuk mencipta rekod dalam Malaysia Book of Records for the Largest Gathering of Bloggers. Wawawaaa.. Bangge gile rase.. Saya akan terlibat sama untuk mencipta rekod. 1st time ni.. Teruja dan jakun okeee.. Tapiii...camne la saya esok.. Malu2 macam siput sedut ke?? Aisehhh.. Ni la masalah saya. Selalu segan dan susah nak bergaul dengan orang yang baru 1st time jumpe.. Korang2 yang pegi esok, tegur2 la saya ekk.. Saya ni memang camni. Pemalu yang malu-malu kucing meow2.. Tapi sebenarnya ok je.. Betul!!

Sebab yang kedua adalah... waktu rehat hari jumaat kan panjang. So bolehla pegi mengukur panjang jalan tar, mengira ukur lilit keluasan sogo, jakel, nagoya, kamdar.. haishhh.. Banyak lagila.. Kalau rajin lebih sikit, boleh pegi megira ukur lilit ikea, ikano, the curve, tesco.. Tapi dah semua pun kene cut cost sekarang ni, baik duduk kat ofis je sambil layan movie dalam suasana romantik. Tak pun tido je. Hahahah.. Kang kalau pegi jalan2 balik tangan kosong mesti jadi sakit hati pastu ngadu2 meow..meow kat uncle law. Kalau ngadu2 boleh dapat tak pe. Ni kadang2 je boleh dapat. Kadang2 tu dia buat boo layan je.. Dahhhh.. Kalau selalu sangat nak itu ini, tokey balak pun bankrup kan yanggg. Hahahaaaa...

Sebab yang ketiga adalah...*ni sebab hari ni je pun* Sepatutnya pagi ni pukul 9.00 de meeting. Pukul 8 baru nak prepare bahan2 nak masuk meeting *suke sangat buat keje last minit..lalalaaa* Sekali bos cakap meeting tunde pukul 3.00 petang pulak. So, dok depan pc layan blog jap la. Mase lunch kang baru prepare bahan2 *tengok, nak buat keje last minit gak tu* Kalau tak, kang menjawab la dalam meeting tu. Terkulat-kulat tak tau nak jawab pe kang baru ko tau. Padan mukaaaa kat diri sendiri...

No comments: