Tuesday, April 20, 2010

Trifle

Baru-baru ni kerap dapat order trifle dari kawan2. So hari ni nak share resepi untuk membuat trifle ni.. De macam2 version tau nak buat trifle ni. Yang ni version yang mudah dan ringkas..

Bahan-bahan :
1. Kek Gulung *tak kisah la nak perisa apa. Ikut selera masing-masing*
2. Buah coktail dalam tin
3. Susu penuh krim *dutch lady pun okee*
4. Tepung kastard
5. Jelly *perasa ikut selera masing-masing gak. Biase gune brand NONA*
6. Buah peach slice dalam tin *untuk hiasan*

Cara membuatnya :
1. Sebiji kek gulung di potong bulat dan di susun dalam mangkuk kaca *sebab nak jual, tupperware adalah lebih mudah untuk digunakan. Senang..Lepas tu takde sibuk2 nak mintak diorang pulangkan balik bekas*



2. Tabur buah2 coktail dalam tin beserta air coktail ke atas lapisan kek gulung yang telah disusun.



3. 2-3 sdb tepung kastard + susu penuh krim dimasak di atas api perlahan. Agak2 pekat, tuangkan atas lapisan coktail yang dah ditabur dalam bekas tadi. Taburkan lagi buah2 coktail dalam tin ke atas lapisan kastard tadi. Kemudian susunkan buah peach dalam tin untuk nampak lebih menarik *ikut la nak hias camne pun*







4. Masak 1 kotak jelly. Sila ikut arahan yang tertulis pada kotak. Selepas tu, tuang je atas lapisan buah2 coktail dan buah peach tadi. Siap… *teknik hiasan adalah mengikut kreativiti dan selera masing-masing. Tiada paksaan untuk tiru bulat-bulat resepi yang diberikan*





Kredit to kak nurul untuk resepi yang terbaeeekk ni. Order la lagi banyak2. Kitorang suke je nak buatkan.. Heheheee..

3 comments:

Danial Marzuki said...

incik ezza....sedapnya...mcm na nk oder
free xleh ke???
mna tau tuk rasa ke???

Ms Haslina said...

salam singgah..aduhai sedpnyer tu...thank 4 sharing..tp manis sgt tak?

cik3zza said...

danial : bile nk rse..kang ezza bwk dtg ofis. tp kne dtg tgkt 15 la. lpak kt pantry..lpas rse kne order..hahaha

haslina : thanks singgah.. xmnis sgt pun. sbb tu xnk gunakan gula. kalau xnk manis lg, adjust kt air coktail tu. krangkn skit.