Tuesday, April 6, 2010

Kini Ku Tahu Kenapa Merah2 Itu..

Isnin minggu lepas dapat mc sebab gatal2 kan. Dan sebenarnya dah lame pun kene gatal2 tu. Seingatnya dari hujung bulan 12 hari tu. Seminggu baik, pastu kang jadi lagi. Sampai la isnin minggu lepas. Sampaikan dah tak larat nak pegi klinik jumpe doctor syed. Dah tak tau nak cakap sebab pe lagi. Kadang tu rase macam mengade-ngade sangat la pulak. Tapi siyes parah. Bukan main2 punye gatal. Sampai bengkak2 tangan kalau kene. Yang peliknye, setiap kali kene gatal2 pun mesti naik kat area jari2 tangan dan kaki. Tempat lain tak de la pulak. Tu yang doctor syed pun sampai tak tau dah nak kate saya ni alah dengan pe. Sebab dah de sejarah alah dengan semut dan habuk, so doctor cume cakap suruh jauhkan dari bende2 tu.

Alah dengan semut..?? Macam kelakar kan. Tapi tu la.. Asal kene gigit semut sikit je, mule la rase bise sangat2 satu badan. Pastu kang kejap je la dah naik bengkak2 kat tempat yang kene gigit dengan semut tu. Bukan kate kat tempat tu je. Kat kawasan sekeliling tu pun jadi bengkak2. Selagi tak makan ubat, selagi tu la tak ok. Kalau kene kat kaki sampai rase tak boleh nak jalan la. Kadang tu tak sempat pun semut tu nak gigit, tapi tetap gak la nak naik bengkak2 tu. Pe hal entah. Kalau alah kat habuk tu biase la. Tak de la separah alah dengan semut.

Tapi yang kali ni punye gatal2 lain macam sikit. Tak de pulak kene gigit semut ke.. main habuk ke.. Tetap la jadi gatal2. Dah basuh baju dengan dettol, mandi dengan dettol, cadar, sarung bantal dengan selimut sume pun dah basuh dengan dettol. Tak ok gak lagi. Minggu lepas kene gatal2 yang agak siyes lagi terus pegi klinik jumpe doctor syed. Tak pasal2 kene cucuk kat lengan sebab macam dah tak jalan je nak makan ubat.


Ni la keadaannye bile kene gatal2 tu. Sume tengok pun macam pelik jee



So, hari khamis minggu lepas de appointment kat nathan skin & laser centre. Terfikir nak tunjuk yang gatal2 ni kat doctor. Yela.. Nama pun pakar kulit kan. Mesti dia tau kenapa dengan masalah kulit saya ni. Hulur dua2 tangan kat doctor tunjuk tempat yang gatal. Mase ni masih merah2 dan gatal2 sikit. Sekali tu doctor boleh pulak buat muke pelik senyum2 *diorang2 kat klinik ni memang friendly.. Boleh sembang2 macam kawan2* Doktor tanya sejak bile jadi camni. Cite punye cite.. sekali doctor cakap.. ‘I ingatkan u tak kene infection ni. Ingatkan kulit u tahan..’ Mase tu macam blur2 lagi. ‘Gatal2 ni sebab ubat yang u makan tu la. Kan I dah bagitau kulit u akan jadi kering2 dan de sesetengah orang akan jadi gatal2 macam u ni..’ Laaa… tak pasal2 saya kene cucuk kat lengan hari tu. Huhuuuu.. Doktor senyum2 cakap ‘sian u ehhh.. sampai kene cucuk.. don’t worry.. tak de pe ni. Nanti I bagi ubat untuk kulit kat tangan ni sekali…’


Dapat ubat baru.. banyaknye ubat..



Rase macam kene april fool je mase tu. Tak pe la. Yang penting doctor dah cakap tak de pe2. Pasni tak de la nak risau2 lagi dah pasal gatal2 kat tangan ni. Kalau tunjuk kat doctor dari awal hari tu kan senang. Nasib baik la kesan gatal2 tu tak tinggalkan parut. Kalau tak, tak pasal2 je jadi budak comot de banyak parut2 kat tangan. Dah tak comel pulak nanti. Comel ke selama ni?? Hahahahah…..