Tuesday, April 13, 2010

Denda Gores dan Menang RM1juta.. Padan Muke Kooo..

Rasenye ramai antara uols perasan de artikel bertajuk Denda Gores dan Menang RM1juta dalam paper Harian Metro semalam, 12 April 2010. Saya harap Akta Jualan Langsung 1967 yang dipinda kali ni akan dapat mengurangkan sindiket2 gores dan menang yang semakin melampau dan sering menipu orang ramai seolah-olah negara kita ni takde undang-undang. Saya memang jadi emosi dan marah bile bercakap pasal gores dan menang ni.

Ingat lagi tak entry saya yang INI. Ohhhh.. Saya masih berhutang cerita dengan uols. Tak pe la. Kat entry ni saya tepekkan sekali entry dari blog adik saya, ZURA. Ni bukan cerita reka-reka. Ianya benar-benar berlaku. Saya percaya kalau ianya jadi pada ahli keluarga terdekat uols, uols pun akan jadi macam saya. Satu pengalaman hitam yang cuba untuk kami lupakan dan jadikan pengajaran.

masa cuti midsem hari tu, 25/01/10, isnin, aku telah di tahan berhampiran puduraya oleh 2 orang perempuan cina. mereka hulur kat aku satu kad. aku x nak. puas aku tolak x nak tapi tiba2 sorang tarik lengan aku. aku yang cepat belas kasihan, kesian kat mereka yang penat cari duit untuk bekerja, aku pun amik dan buka. aku budget x menanglah sebab aku ni bab2 cabutan bertuah ni x pernah dapat. bila aku buka, aku tengok aku menang. perempuan cina tu pun cakap aku bakal menang itu ini. aku x sedap hati. perempuan cina tu terus amik bag balik kg aku terus tarik aku naik teksi yang dah sedia menunggu kat tepi jalan. dahla suruh aku bayar tambang teksi.

aku telah di bawa ke kuchai lama dan masuk office mereka. aku pelik tengok office dia, kata syarikat besar2 kenapa office cikai mcm tu? tapi ada password nak masuk office dia. kemudian aku di tinggalkan sendirian kat dalam office dia. apa lagi, aku terus ambil peluang tengok keadaan kat luar, ingat segala landmark, kalau apa2 hal senang aku nak cari tempat tu balik. aku dengar orang bercakap depan office, aku terus duduk semula. lepas tu mula lah sesi meyakinkan aku tentang hadiah yang aku menang. time tu aku da sms kakak aku and kakak aku suruh blah je dari situ. tapi macam mana aku nak blah, pintu guna password, and geng2 dia makin ramai yang balik office. aku sorang, dorang ramai. asalnya dia kata nak salin nombor siri duit aku, lepas tu duit mereka pulangkan. of course la aku x percaya!

lepas tu mereka suruh pergi bank. aku ingat turun pergi bank tu nanti aku nak blah dari situ je. tapi aku x sangka pula yang dia akan ikut aku sampai bank dan make sure aku naik office balik. kira dah macam kes ugut. aku yang x de pilihan, ikut sajalah mereka. lagipun aku x pernah sampai kuchai lama. so aku takut nak buat apa2. walaupun berat tangan nak bagi duit aku, tapi aku bagi juga sebab selagi aku x bagi, selagi tu dia x bagi aku keluar office. geng mereka pula makin lama makin ramai. yang aku tahu pada waktu tu, aku nk cepat-cepat keluar dari office tu.lepas dia amik duit aku, dia pun konon2 scan la kad yang aku dah buka. sekali tu aku menang jed mattres. aku memang x expect dapat hadiah besar2. da nama pun tipu. lepas tu dia amik gambar aku, konon-konon nak letak dalam paper. alamat aku, no ic aku, no phone aku dia amik untuk isi dalam form. aku time tu pasrah je. sambil berdoa janganlah aku diapa-apakan.


keluar sahaja dari office dia, aku terus tahan teksi pergi mid valley. kat mid valley, aku tunggu kakak aku and tunang dia, akim datang amik aku dan suruh aku ingat balik tempat tu. alhamdulillah, x sampai sejam, kitorang jumpa balik bangunan tu. akim amik alamat dan terus pergi ke balai polis bukit perdana. kawan kakak aku suruh buat report kat sana. sampai sana, aku berjumpa dengan 3 orang koperal. polis tu kata jangan buat report dulu. bagi dorang siasat dan tangkap dorang baru buat report. mereka juga suruh aku ikut sekali serbuan kat tempat tu esoknya. polis plan nak serbu tempat tu hari esoknya,selasa. tapi tiba2 malam tu dia called x jadi sebab en. polis ada hal. tangguh hari rabu. time ni aku duduk rumah kakak aku kat serdang. mak ayah aku x tahu apa yang terjadi. sekarang pun x tahu lagi. hari rabu pula, aku dah on the way ke kuchai lama, en. polis kata x jadi lagi sebab dia terlupa yang ramai pegawai dia ada perhimpunan kat bukit aman. aku, kak ila, akim and zul (kawan akim) pergi siasat sendiri. petang tu, sarjan dari bukit aman called aku, kiranya kes aku polis bukit aman yang handle. dia kata hari jumaat buat serbuan.

hari jumaat tu, pukul 7 pagi aku dah terpacak kat depan office dia, tapi dalam kereta la. pukul 9 baru polis datang, dengan pakai baju biasa. menyamar la katakan. pistol terselit kat pinggang. dorang yang tipu aku tu macam tahu2 je polis nak datang, dia tutup grill pintu tangga tu. penat tunggu, akhirnya sarjan tu panggil aku jumpa dia kat satu kedai. dia kenalkan polis2 yang ada dalam kedai tu. memang semua polis. terkejut aku. tu belum yang kat luar lagi! setelah penat menunggu, akhirnya gril di buka. sarjan suruh aku naik office dorang, tapi sorang pegawai dia temankan aku la. tapi office dia kosong. selepas berbincang, akhirnya sarjan tu suruh aku balik. nanti pe2 hal dia contact aku.

petang tu juga cina tu called aku tanya aku ke yang bawak polis g tempat dorang. aku yang takut time tu cakap la tak. lepas dorang called, aku called sarjan bagitahu pe yang berlaku. sarjan tu suruh cakap je kat cina tu yang memang betullah aku yang bawak polis and kalau x nak apa2, pulangkan balik duit aku. x lama lepas tu cina tu called lagi, tapi aku x bercakap sepatah pun dan cina tu pun habis je dia cakap dia terus letak.

seminggu selepas itu, semasa aku di UIA, dorang called aku lagi. tanya lagi aku ke yang report polis. kali ni aku cakap la memang aku yang report. then cina tu nak buat deal dengan aku, dia boleh pulangkan duit aku tapi dengan syarat aku tarik balik report. lepas je orang tu called, aku called sarjan and sarjan tu kata "dah u nak setle luar, i x boleh nak buat apa. lagipun u x buat report. i x boleh ambil tindakan. yang penting sekarang ni duit u nak dapatkan?" sakitnya hati aku bila aku dengar. x pe la. biar aku setle sendiri. ikut cara aku sendiri.

mula-mula cina tu nak jumpa 07/02/10. makanya aku pun baliklah KL walaupun time tu tengah midterm. nak exam BGE lagi, nak setlekan event untuk hujung bulan 2 lagi. kat dalam bas, lagi 15 minit nak sampai pudu, cina tu called kata dia x de 7hb tu, dah start cuti raya cina. dia suruh jumpa 23hb. dah la duit aku ko da amik, sekarang ko nak habiskan duit aku yang tinggal x seberapa nih?

untuk mengelakkan kejadian berulang kembali, 22hb tu aku called dia, tanya dia ada tak 23hb tu. nasib baik aku called, kalau x sia2 aku balik, dengan event yang semakin dekat. dia kata dia ada kat KL 24hb. setelah aku plan, aku bagitahu dia aku nak jumpa 25hb dan dia kata ok. jadi, 24hb, rabu malam khamis tu aku pun bertolak balik KL lagi. petang khamis tu dia called marah2 aku kenapa x datang 24hb. aku yang dah cukup hangin dengan perangai yang x reti adab tu terus maki dia balik. aku dah cakap kan nak datang 25hb, salah dia la x bagitahu bos dia. x pasal2 bukan kena maki dengan aku saja, kena maki dengan kakak aku, dengan zul walaupun dalam phone. dah x de adab sangat kan. aku cakap elok2, dia nak marah2 plak. sepatutnya aku yang marah!

lepas tu dia kata 1hb and 2hb march bos dia ada kat KL. ko ingat ko sorang je pandai ugut orang. kali ni aku plak yang ugut dorang. aku cakap "kalau kali ke 3 u buat macam ni lagi, i x teragak2 untuk buat benda lain!" berani pun sebab de zul. hehe~ da die samseng (kakak aku cakap). kalau ikutkan aku, nak je aku stay kat rumah kakak aku 27hb(sabtu) and 28hb(ahad) tu. sebab aku dah x de duit nak balik KL lagi 1hb tu. dengan orang buat cerita pasal event aku, masalah2 event tu, hati aku dah 50-50 x nak pergi event tu. tapi memandangkan tanggungjawab aku masih belum selesai, aku kena balik kuantan jugak.

01/03/10, isnin aku balik KL lagi. on the way nak balik ni pulak jumpa pakcik gatal. berbulu telinga aku nak dengar orang cakap slow2 ni. sowy la pakcik kalau pakcik ingat dengan bagi saya free naik bas balik KL pakcik boleh dapat no phone saya. pakcik silap orang! aku yang untung sebab balik KL free! hehe~

so, 2hb tu aku pergi office dia. tapi kali ni bukan office yang aku pernah pergi sebelum ni. ni office lain. strategi x nak kena tangkap la tu! aku naik office dorang dengan kakak aku and akim. zul tunggu dalam kereta, in case kalau cina tu cari pasal, at least ada back up. dia pun dah siap dengan besi dia nak pukul orang. dia pun dah stand by kawan-kawan samseng dia. hehe~ serius aku cakap, kalau kakak aku dah buat muka bengang, muka garang, aku pun takut. hehe~ yang akim plak, dengan rayban dia, and rambut ala2 tentera, masing2 berdiri sebelah aku. macam bodyguard aku. hehe~ yang aku perasaan dalam tu ada 4 orang cina, 3 lelaki, 1 perempuan. masing-masing x berani nak angkat muka. x sampai 5 minit, duit aku dapat balik walaupun short RM500. sebab dia kata x de dalam resit, so dia x boleh bagi. kakak aku kata x pe la, sedekah la RM500 tu untuk buat dia beli keranda. tapi sebelum dia bagi duit aku, dia suruh aku sign borang kosong. mula-mula aku x terfikir apa-apa dan aku main sign je. on the way balik baru terfikir. dia boleh guna sign aku untuk wat benda jahat lain. tu yang sekarang ni aku kena buat report polis. in case kalau2 dia guna sign aku untuk benda lain.

Dapat bayangkan tak pe perasaan saya sebagai kakak dan satu2nye ahli keluarga yang tau pasal bende ni??? Saya tertekan tapi dalam mase yang same saya beranikan diri untuk terus mambantu. Bagi mereka2 yang pernah jadi mangse kat luar sane, jangan takut untuk bertindak. Bukan kita nak pandai2 amik tindakan sendiri tak ikut undang-undang. Desak je 'mereka' untuk pulangkan duit kita tu. 'Mereka' tu pun sebenarnye takutkan undang-undang. Tapi sebelum tu pastikan yang uols dah buat report polis dan aduan kat tribunal pengguna.

Ramai yang cakap adik saya bodoh kerana mudah terpedaya dengan 'mereka2' ni. Sedangkan dah banyak cerita keburukan gores dan menang ni. Tapi kita takkan sedar mase perkara tu terjadi kat kita. Berhati-hati je la. Kalau berjalan sorang2, jangan layan kalau de orang yang tak dikenali datang dekat. Sekalipun nak tanye jalan. Jangan berhenti pe tah lagi bla..bla..bla.. layan dia membebel. Kalau uols sangat hebat dan berani.. silakannn..
saya tak halang..

1 comment:

Anonymous said...

ape la polis lambat bertindak....wat la follow up...cuba kalo anak dia kena cmni...mau dia cari sampai lubang cacing...