Monday, April 19, 2010

Dapat Acer Ferrari 1200 Laptop & Blackberry Bold Dari Nuffnang & Gatsby

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu.. Memang tak sia2 la join Gatsby Deodorant Street Fair kat Berjaya Times Square sabtu hari tu. Letih tu biase la kan. Tapi berbaloi dengan pe yang saya dapat pada event tu. Memang berbaloi-baloi. Bertuah sungguh rasenye bile 1st time join dah boleh dapat macam2 bende. Tidak mengecewakan dan sangat mengujakan. Nuffnang.. lain kali buat lagi ekkk.. Saya suke rela nak join sekali lagi.


aucccaaakkk..!!! mase untuk posing dan bergambar dengan mereka semua..


lautan manusia berbaju merah. cube cari di manakah saya.. hahahaaa..


ramai dan meriah kan??


gambar dari belakang. banyak sangat la tangan yang kelihatan..


Seperti yang dirancangkan, rekod telah pun tercipta dalam Malaysia Book of Record sebagai Largest Gathering of Bloggers (518 bloggers). Tahniah kepada semua blogger, Nuffang dan terutama sekali Gatsby yang terlibat dalam event ni untuk mencipta rekod. Gempak gempita kat Berjaya Times Square hari tu bagaikan ada perhimpunan penyokong Thaksin Shinawatra. Ratusan bloggers yang hadir semua berbaju merah untuk memeriahkan lagi event tersebut. Semua pun nampak happy dan ceria.


banyak kali try tapi tak pernah lepas dari petak nombor 11.. fedup aiii..


senang je main ni.. baling-baling je.. hahahaaa..


Macam-macam permainan yang disediakan untuk semua yang hadir. Syok gile main. Sume pun senang-senang dan menarik. Dah main dapat kupon untuk kumpul point. Pastu boleh redeem barang-barang Gatsby. Main pun untuk suke2 je. Cube sekali tak berjaya, boleh cube banyak2 kali. Lagi banyak dapat kupon, lagi banyak dapat point dan lagi banyak barang boleh redeem. Masing2 pun semangat nak kumpul kupon.


main mende ni la yang dapat kupon banyak gile tu.. dahh..tengok la gaya dia ni.. semangat gile main lembu.. mooo.. moooo..


Tengah beratur panjang nak redeem kupon, de 2orang akak datang pada saya bagi kupon. Thanks too akak yang tak sempat nak kenal sebab dia macam tergesa-gesa nak balik. Terima kasih banyak2 akak.. Kalau ‘akak’ orang yang saya maksudkan, sila tegur saya.. Nanti saya poskan barang yang saya dah redeemkan ni. Hehehe… Betul kak.. Tak tipu.. Pastu dapat pulak kupon lagi. Kali ni berlambak okeee.. Sangat teruja gile masa ni.. Thanks a lot bro.. Murah rezeki dan bertuah hari tu. Tengok la pe hasil yang saya dapat lepas redeem kupon2 tu sume. 3kali redeem okee.. Tu pun dah bagi 25keping kupon kat orang lain gak. Sharing is caring kan…


antara kupon yang kami dapat..


ni la hasil kami selepas 3 kali redeem hari tu.. stok setahun ni..


Banyak kan?? Bertuah kan?? Cume tak cukup bertuah kat cabutan bertuah la.. Dan saya bukan la orang yang dapat bawak balik Acer Ferrari 1200 Laptop dan Blackberry Bold macam kat tajuk entry ni.. *tajuk saje bikin gempak okeee*.. Pe2 pun, tahniah kat uols yang dapat hadiah yang best2 kat cabutan bertuah tu. Yang tak dapat pun tahniah gak. Sebab masing2 tak balik dengan tangan kosong. Dapat gak redeem barang2 gatsby kan... Yang penting kite happy!!!


last sekali mesti la tayang gambar tuan rumah sendiri.. lalalaaa..

2 comments:

Anonymous said...

tajuk poyo sial!!!!! aku da semangat nk baca da.....
rupernyer tak dpt pown....hampehhhh...hahahahahahahahaa...


* terkujat i tau....suka bg i heart attack..*

cik3zza said...

hahahah..de gak yang tertipu dgn tipu helah ni.. ampun ye nukk.. *xthan gelak ni smbil guling2 hntak2 kaki*