Friday, April 9, 2010

Ayat Seribu Dinar Antara Pembuka Pintu Rezeki

3TAHUN lepas semasa hidup dalam terumbang ambing mencari pekerjaan yang sesuai, mak pernah pesan suruh amalkan Ayat Seribu Dinar. Amalkan setiap kali lepas solat sebanyak 3kali. Mak kate semoga di bukakan pintu rezeki untuk saya dan dipermudahkan segala urusan. Sebelum ni, ayat seribu dinar tu cume jadi hiasan tergantung kat dinding rumah. Saya tak pernah pedulikan. Saya turutkan pesan mak. Perkara tu jadi amalan setiap kali lepas solat. Kadang sebelum tidur dan sebelum buat ape2 perkara. Tapi setelah hampir selesa dengan kehidupan yang saya ada hari ni saya selalu terlupa dengan amalan tu. Hanya amalkan bile teringat je. Tak pun dalam kesusahan. Haaaiiissshh.. Tu la manusia kan. Mudah lupa bila dah senang. Hanya ingat tuhan bila dalam kesusahan.


Menurut ulama termasuk ulama besar ilmu tafsir, ada banyak faedah dan fadhilat yang diperoleh daripada amalan Ayat Seribu Dinar. Antara fadhilatnya ialah mendapat rezeki yang tidak disangka bahkan memperoleh rezeki menurut jalan yang tidak pernah terfikir, melenyapkan segala bentuk kesusahan serta dijauhkan daripada keraguan dan kesusahan maut.

Ayat ini mengandungi seribu faedah kalau di amalkan tiap-tiap kali lepas solat sebanyak tiga kali. Barang siapa yang beramal ayat ini Allah akan mengadakan baginya jalan keluar dari segala kesulitan, Allah akan memberi rezeki yang banyak dengan tidak di sangka-sangka dan Allah menyampaikan segala hajatnya, dengan beramal bersungguh-sungguh dan yakin kepada Allah, terlindung segala daripada bala di darat dan di laut.

Hendaklah beramal ayat ini dan bertawakkal kepada Allah, baca ayat ini sesudah solat lima waktu, baca ketika hendak tidur tiga kali, baca ayat ini ketika hendak keluar rumah sekurang-kurangnya tiga kali.

Di antara khasiat dan fadhilat Ayat Seribu Dinar ini ialah:

1. Dibaca bila kita hendak bertawakkal terhadap sesuatu perkara
2. Menghilangkan keresahan bila dibaca di waktu resah
3. Dibaca ketika hendak menaiki kenderaan
4. Dan ketika dirasakan perlu

2 comments:

Unknown said...

minta save gambar. tq c:

cik3zza said...

ok.. sy pun search kat internet je gmbr ni..