Monday, October 25, 2010

R.I.N.D.U



Lamanya tak dapat peluang nak update blog. Macam dulu. Macam selalu.Sekarang ni waktu lunch pun tak boleh nk curi2 update. Baru log in, telefon..telefon berbunyi.. Baru karang2 ayat.. 'jumpa saya kejap...' ayarrkkk.. Camne nak update. 'Kejap' tu bukan seminit dua. Sejam dua pun dah kire bagus. Banyak gile nak share. Sampai de yang dah lupa. Maklumla.. dah berabad + dah de sikit masalah pelupa. Malas berpikir sekarang ni. Letih..

Haiii laaaa.. Cepat la masa berlalu. Tak sabar nak jadi macam sebelum ni. Bukan sentiasa pandang ke belakang. Tapi ada masa untuk diri sendiri. Sekarang ni habis tengok siti kelembai je terus pejam mata. Kadang tu tak sempat siti kelembai habis pun, dah selamat melambai2 semua wish gud nite. Siti kelembai dah habis minggu lepas. Silap2 berita jam 9 tak habis lagi terus dah pejam mata nanti. Pe la nak jadi. Hidup makin tak terurus. Dulu keluar malam tengok wayang midnite pun rileks je. Sekarang tengok wayang pukul 8.30 pun tengok separuh jalan je. Selebihnya dah pejam mata gak. Hahaa..

Jangan kata nak keluar merayap tengah2 malam. Nak keluar makan malam pun dah malas sekarang ni. Asal keluar makan malam, kat kedai makan lagi mata dah layu2.. on de way balik dalam kereta lagi mata dah pejam sepanjang perjalanan. Padahal kedai makan 5minit je dengan rumah. Jalan terbaik, balik keje terus pegi makan. Makan petang salah satu cara elak gemuk kan. Kan tak elok makan malam2. Padahal asal malam je tak larat bukak mata. Ramai tegur badan makin melidi. Tapi pipi tetap menten bambam. Hoiii.. Macam alien je rase. Kepala besar badan kecik. Hahaa.. Rindu je dulu2. Sanggup keluar pegi cari kedai makan best2. Kadang dari serdang sanggup ke shah alam malam2 sebab nak cari kedai best2 yang kawan2 citer. Sekarang?? Dalam mimpi je la...

Dalam list sikit punye banyak bende yang nak di buat. Konon2 nak ke pkns shah alam cari baju, konon2 nak ke jakel shah alam beli kain, konon2 nak ke ikea beli barang2, konon2 nak ke umbai makan2, konon2 nak bercuti riang ria..owwwhhh.. Banyaknye konon2. Semua pun entah bile la nak buat. Hujung minggu jangan mimpi nak buat semua tu. Maklum je la. Sekarang ni dah musim kenduri kahwin sana sini kan. Sebab banyak jemputan kenduri ni la yang buat gelabah nak beli baju. Serabut kepala pikir nak pakai baju apa. Saya nak baju pink yang bling..bling.. yang comel2.. Saya nak baju kaftan yang sangat woww!!! Rindu nak sopeng2 baju tak hengat dunia macam dulu. Sekarang semua pun no..no..no...

Harap2 esok..tak pun lusa.. tulat..semua dah berubah.. tingggg..!!! as u wish ezza!!! Hahahaaa.. very de mengarut kan. Tak mungkin akan terjadi. So kena la pasrah lalui kehidupan hari ni dengan riang ria. Baru la semua pun ceria. Walaupun serabut dan serabai sikit sekarang ni. Tapi tetap rindukan keadaan yang dulu. Boleh pinjamkan masa silam yang damai tu sekejap tak?? R.I.N.D.U. sangat2..

1 comment:

d.i.m said...

hmmm sebnarnya masa tu kita sendiri yg manage,
so paham2 le ye, kekeke

p/s sesibuk mana pun, senyum jgn lupa, treatment paling mujarab