Tuesday, July 20, 2010

Kelas Renang Sesi IV




Sepatutnya hari khamis minggu lepas saya de kelas renang untuk sesi yang ke 4. Tapi atas sebab2 yang tak dapat di elakkan, saya tak dapat nak hadir. So, terpakse la datang kelas hari sabtu. Untuk kelas renang sesi ke 4 ni ben ajar teknik breathing. Susahnye la nak buat. Banyak kali tertelan air. Air masuk ikut hidung, masuk ikut mulut..kuar ikut hidung, kuar ikut mulut.. Sampai naik kenyang jadinye.. Berapa kali brupp dalam air. Hahaaa.. tak senonoh sungguh la.. Tapi semua pun jadi camtu.

Kelas macam biase, satu jam je. Dari jam 9 pagi sampai jam 10. Tapi biase la..bile dah main air mane nak ingat dunia kan. Lepas habis kelas, saya masih lagi rendam2 dalam pool. Sampai pukul 11 gak la nak praktis teknik breathing tu sampai berjaya. Kali ni saya berjaya berenang dari hujung kolam sampai ke hujung kolam tanpe berhenti. Ben cakap..'bagus..bagusss.. u dah ok..' Gila seronok. *bangga..banggaa..* Tapi sampai hujung pool terus tercungap-cungap.. oksigen.. oksigenn.. mintak napasss..




Untuk hari sabtu, kolam adalah bercampur untuk laki dan perempuan. Hari selasa dan khamis je kolam di khaskan untuk wanita dari jam 5 petang sampai jam 7. Tak pernah2 pegi kelas pagi. Selalu pegi kelas waktu petang je. Keadaan pun dah redup. Takde la panas terik. Bile kene pegi kelas pagi, terus muka bertukar jadi ala2 bendera pahang. Belang2 yang jelas kelihatan. Bukan kata hitam manis lagi dah. Ni namanya kelabu asap. Anak Kap Lam Ya Nga mane la ni.. Nak putihkan sikit punye payah. Nak bagi gelap..2jam je pun dah cukup.. Maklum jela.. Saya tak boleh nak pakai sunblock. Doc kan dah pesan..'u jangan nak bereksperimen dengan muke u lagi lepas ni..' Hambekk kooo.. Baik punye doc sound.


p/s : pics kredit to wak gugel

No comments: