Tuesday, September 1, 2015

Kisah Hannah Semalam


Terasa macam baru semalam Hannah merengek kat kaki tarik-tarik telekung bila ami solat maghrib jemaah dengan ayah. Rasa macam baru semalam Hannah duduk kat riba bila ami duduk antara dua sujud. Rasa macam baru semalam Hannah baring kat riba selak-selak telekung mintak susu bila ami duduk aminkan doa yang ayah baca.

Harini Hannah dah 3tahun 4bulan. Dah mula pandai ikut ami dan ayah solat jemaah. Tapi bila adik Daneen bunyi eekkk..eekkk..bubling sembur-sembur air liur, cepat-cepat kakak Hannah lari dapatkan adik. "jap ye adik 'naning'.. Kakak Hannah mayang ni.. dah..dah..dah.. jangan nangis.."

Cepatnya masa berlalu. Yesss.. Hannah dah jadi kakak sekarang ni. Ya Allah, alirkan kasih sayangMu kepada anak-anakku Iffa Hannah dan Ezz Daneen. Tautkan hati-hati mereka dengan taliMu agar mereka sentiasa berkasih sayang dan saling hormat menghormati. Amin.


Ezz Daneen binti Fathullah Hakim
13 Mei 2015 


1 comment:

Fairuzzahmm nor said...

Hannah dah pandai tlg jaga adik... Semoga jadi anak2 yg Solehah.. :)