Wednesday, August 4, 2010

Kelas Renang Sesi VI

Selasa minggu lepas kelas renang yang ke 6. Aktiviti adalah sama saje. Training teknik breathing..breathing dan breathing.. Training la korang sampai jemu. Selagi tak pro part ni, memang takde la nak belajar bende lain pulak. Sampai habis 8 sesi pun belajar freestyle je la kalau tak lepas2 teknik breathing. Lupakan je nak belajar teknik breaststroke.

So hari tu gigihla masing2 berlatih. Dari hujung kolam ke hujung kolam. Awal2 dah kene dera dengan ben. Masing2 kene buat freestyle 3lap dalam masa 10minit. Semua pun macam…haaaa… serius ke ni?? Seram2 kecut2 jari masing2. Penat memang penat la. Sebab tu bila masuk2 je kolam ben mesti jerit suruh buat blow bubbles dulu. Turun 5kali..!! Haaa.. faham2 la masing2 nak kene buat pe. Bukan ketuk ketampi ehhh..

Kenapa kena blow bubbles
1. Ia sebagai cara untuk kita bernafas bila aktiviti berenang
2. Sebagai daya apungan badan. Badan yang beroksigen lebih mudah terapung
3. Memanjangkan stamina bila dalam air
4. Mengurangkan penat selepas aktiviti renangan yang panjang
5. Memperlahankan kadar denyutan nadi

Lagi satu pe yang saya perhatikan, kalau teknik breathing betul, takde la mengah sangat bila sampai hujung kolam. Suruh buat 3lap pun steady je rase. Boleh swimming rilek2. Takde la sibuk nak cepat2 sampai hujung sebab dah tak cukup nafas.

Dah hujung2 kelas, ben tengok sume macam dah ok breathing, dah terer freestyle dia nak ajar teknik breaststroke *kuak dada* pulak. Tapi baru je nak belajar kicking yang macam kaki katak tu, sekali abang2 baywatch dah piweeett..piweeettt cakap timesup pulak. Huhhh.. Kacau betul..

No comments: