Friday, July 23, 2010

Kelas Renang Sesi V

kolam renang presint 6, putrajaya


Dalam tak sedar dah masuk kelas renang yang ke 5 semalam. Maksudnya saya de lagi 3kelas untuk belajar. Tapi masih tak pro2 pun lagi. Pesal la slow sangat ni. Banyak main je ni. Mentang2 cikgu tak pegang rotan.

Semalam petang belajar bande yang sama je dengan kelas yang lepas. Selagi masing2 tak mahir teknik breathing, selagi tu la ben akan ajar bende yang sama berulang-ulang. Hari sabtu hari tu dah oke je. Bile kene buat lagi semalam, terus ntah gaya pe2 yang kuar. Kan tak pasal2 je kene jerit dengan ben. Main lagi..mainnn.. saya nak tengok kamu buat 50meter lepas ni.. Kulat2 kene marah. Padan muke. Selalu kene puji je kan. Semalam kan stress. So bila tak bolah nak relax tu yang ntah jadi pe2 tu. Rilex ezza..rilexx..

Dah nak habis kelas baru la ok. Berjaya gak la berenang dari hujung kolam ke hujung tanpa henti. Tu pun sebab dah takut tengok ben marah2. Lagipun sebenarnya dah tak sabar nak belajar bende lain pulak. Tapi dalam ben marah2 pun semalam macam biase la dia sempat puji cakap saya dah ok, cume kene banyak training je. Alahaiiii perempuan. Suke betul kene puji.

Tips penjagaan baju renang dan gogel dari cikgu ben *alolololoo.. macam comel panggil cekgu*

1. Cuci baju renang dan gogel menggunakan shower bath sahaja
2. Untuk gogel, boleh gosokkan sedikit dengan surat khabar selepas letakkan shower bath. Hasilnya gogel anda akan kelihatan bersinar. Ting..tinggg..


Ni pulak tips penjagaan baru renang dari House of Muslimah Swimsuit

Bagi mereka yang ingin menjaga baju renang agar sentiasa dalam keadaan baik dan cantik. Di sini terdapat beberapa tip yang anda boleh amalkan.


1. Anda dinasihatkan supaya membilas baju renang tersebut dan terus sidai selepas menggunakannya
2. Jangan mencuci baju renang anda dengan sabun pencuci atau peluntur atau pelembut kain
3. Jangan cuci baju renang dengan mesin basuh
4. Jangan merendam baju renang anda
5. Jangan perah baju renang atau spin
6. Jangan sesekali menyerika baju renang
7. Sila patuhi arahan seperti mana tertera di label pakaian anda

2 comments:

Danial Marzuki said...

wow byknyanya info.....hebak2 cik ezza skg ni

cik3zza said...

sje je kongsi2kan ilmu yg de..
sharing is caring kan..