Thursday, July 21, 2011

Dinar Dirham

Dinar ialah syiling emas seberat 4.25 gram. Harga satu dinar pada Ogos 2010 berharga RM581. Harga satu dinar pada Disember 2010 adalah RM667. Dirham pula ialah syiling perak seberat 2.975 gram. Satu dirham pada Ogos 2010 berharga RM13. Satu dirham pada Disember 2010 ialah RM20. Tu harga pada 2010. Kalau harga pada Julai 2011?? Kira-kirakan lah.. :)


Sesorang datang bertanya kepada saya mengenai dinar dan dirham pagi tadi. Andai dinar dan dirham dijadikan sebahagian dari wang hantaran. Saya sekadar memberi pandangan dari kefahaman saya, apa yang saya tahu dan dari sumber-sumber yang boleh di percayai dan yang pernah saya baca. Apa yang dapat saya kongsikan, wang hantaran atau mas kahwin adalah satu nilai yang kita akan simpan dan terlalu sayang untuk gunakan. Jadinya, jika seseorang ingin menyimpan dinar dan dirham yang dijadikan mas kahwin atau hantaran, adalah lebih baik dibeli emas dalam bentuk jongkong. Ini kerana dari pelbagai sumber yang telah saya baca, wang syariah itu sebenarnya perlu disebarluaskan.

Selain dari menjadikan dinar dan dirham sebagai trend pemberian mas kahwin dan wang hantaran pada masa kini, hakikat sebenarnya masyarakat hari ini lebih cenderung menjadikan dinar sebagai instrumen pelaburan. Kebanyakan kita hanya melihat dinar dari sudut pelaburan. Ini tidak salah kerana penggunaan emas dan perak pada hari ini adalah lebih bersifat pelaburan dan bukannya mata wang. Tetapi tahukah anda, hukum dinar sebagai mata wang tidak boleh diperdagangkan untuk keuntungan. Dengan membeli dinar semata-mata untuk digadaikan dan duit tersebut digunakan untuk membeli dinar lagi dan pajak lagi dan seterusnya, dengan harapan untuk mendapat hasil laba yang tinggi melalui kenaikan harga emas yang berkadaran dengan masa akan merosakkan sistem kewangan Islam.

Saya sekadar berkongsi sedikit pengetahuan dari aspek pandangan dan pemahaman saya. Maaf andainya terdapat info yang mungkin bercanggah dan tidak bertepatan. Mungkin ada yang lebih arif berkenaan hal ini.

No comments: