Di mata saya, nenek nampak sangat cantik. Berbaju serba putih. Raut wajah yang langsung tak ditelan usia. Wajah nenek gebu, mulus, bercahaya dan jelas tergambar nenek sedang gembira. "kakak.. Jomla cepat..ikut nenek.." Baru saya tersedar. Saya dah jauh mengelamun merenung wajah nenek. "kejap.. Kakak nak pakai baju jap.." Pantas berlari meninggalkan nenek meminta izin untuk mencari baju yang sesuai. Sedari tadi tubuh ini hanya dibaluti kain serba putih. Sama macam nenek. Semuanya putih.
Di dalam rumah, akak sedang seronok mengulit merah, si kucing manje. Mak pula sedang leka tengok tv. Saya tak menghiraukan mereka. Segera berlari ke bilik, bukak almari. Sesungguhnya saya sangat seronok. Dalam hati cume berfikir, saya perlu cepat, nenek dah lama menunggu di luar rumah. Tapi perasaan gembira tu bertukar hampa. Tiada sehelai baju mahupun seluar di dalam almari. Dalam hati merungut.. " ni de la yang gatal-gatal pakai baju orang ni.." Saya menjenguk ke ampaian. Sama saja. Tiada baju dan seluar. Takkan saya nak keluar dengan hanya berkain putih ni je. Saya segera menghampiri emak. " Mak.. Mana semua baju-baju orang.." Mak diam. Saya pandang akak untuk kepastian. Akak pun diam terus leka mengulit merah. Tiba-tiba mak bersuara, "nak pegi mana??"
"Saya nak ikut nenek.. Cepat la mak.. Bagitau mana baju-baju saya"
"Nenek tu nak pegi mana??"
Huhhhhh... Kenapa mak ni??? Saya segera berlari mendapatkan nenek.. "Nenek, kita nak pegi mana?? Mak tanya"
"kita nak pegi ikut atuk je"
"ikut atuk pegi mana nek??"
"pegi rumah atuk"
"pegi rumah atuk nak buat apa??"
"kakak ni... Nenek nak pegi potong rambut.. Nanti potong rambut kakak sekali ye.. Tak cantik la rambut camtu"
"ok.. Jap.. Kakak tanye mak"
Saya cepat-cepat berlari dapatkan mak. "mak, bolehlah orang ikut nenek"
"nak pegi mana?? Nak buat apa??"
Hummmm.. Kenapa mak ni. Nak ikut nenek pun mak tanya banyak-banyak soalan.
"nenek ajak orang pegi rumah atuk. Nenek cakap nak potong rambut orang. Boleh ye mak orang potong rambut. Rambut orang dah panjang ni"
Mak masih diam membisu..
"mak.. Cepatla bagitau. Baju orang semua mana"
Mak tetap diam.
"kakak..!!! Cepatlah ikut nenek..!!" nenek dah memanggil lagi. Saya pelik kenepa tiada seorang pun yang menghiraukan nenek di luar ketika itu. "kejap nekkk..!!"
"kakak...!!! Cepatlah jom ikut nenek..!!" masih jelas terdengar suara nenek mengulang ayat yang sama beberapa kali dari luar rumah.
Saya gelisah. Tiba-tiba terasa tubuh saya bergoncang, segalanya berputar. Dan saya terdengar satu suara lain yang biasa saya dengar.. Bukan lagi suara nenek. "sayang.. Bangun.. Dah pagi ni. Nanti lambat nak pegi keje" bila saya buka mata, tiada lagi nenek di depan saya. Ya Allah, saya bermimpi rupanya. Tapi masih jelas terngiang- ngiang di telinga suara arwah nenek memanggil saya sebentar tadi. Jelas!! Dan itu memang suara arwah nenek.
Bangun pagi tu, saya rasa sebak sangat-sangat. Saya rindukan arwah nenek. Malam sebelum tu, memang saya bercerita tentang arwah nenek. Sebelum tido pun saya masih berangankan dan teringat kenangan-kenagan dengan arwah nenek. Mungkin sebab tu saya termimpi-mimpikan arwah nenek. Lagipun dah lama rasanya saya tak bacakan Surah Yasin untuk arwah nenek. Dan pagi tu, seperti kebiasaan amalan di pagi jumaat sebelum ni yang telah lama saya abaikan, saya bacakan Surah Yasin untuk arwah nenek. "maafkan kakak nenek.. Maafkan kakak sebab dah lama tak bacakan Surah Yasin dan sedekahkan al-Fatihah untuk nenek.. Kakak tak lupakan nenek.. Kakak selalu rindukan nenek.."
"nenek, nenek cantik sangat dalam mimpi kakak.. Sama macam masa kali terakhir kakak tengok nenek dulu.. Muka nenek putih, bersih.. Nenek tersenyum je.. Kakak masih ingat muka nenek, suara nenek.. Bukan kakak tak redha nenek dah takde.. Tapi ada masanya kakak rindu sangat-sangat kat nenek.. Dulu nenek pernah cakap, entah sempat ke tak nenek nak rasa duduk kat rumah baru ayah. Nenek tahu tak, kitorang dan pun pindah kat rumah baru ayah. Dah 4tahun. Tapi nenek dah pergi tinggalkan kitorang 9tahun yang lepas. Semoga nenek tenang je kat sana. Mishh u nenek.."
No comments:
Post a Comment