Wednesday, July 27, 2011

Resepi Puding Roti Sensasi Kurma & Pisang

Semalam petang balik keje terus ke lowyat. Menunaikan kehendak FH. Lega akhirnya dapat belikan benda yang dia nak. Plan asal adalah balik keje --> lowyat --> time square. Tapi atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan, terpaksa la melupakan plan ke time square. Sob..sob.. T_T *Sory Danial. Lain kali i join. Jangan serik ajak ezza :)


Sampai-sampai kat rumah, FH mintak buatkan puding roti lagi. Padahal minggu lepas baru je buat. Tak puas makan la tu. So ber'baking' lagila malam tadi. Resepi puding bakar ni saya search kat google je. Dah lama sangat tak buat. 4tahun de kot. Sampai dah terlupa resepi. Nasib baik jumpa kat Teratak NurKasih. Banyak resepi menarik. Nanti nak cuba yang lain-lain pulak la. Tapi resepi puding roti bakar tu saya tak ikut bolat-boolat *budak degil memang camni* Saya ubah sikit ikut version kesukaan saya dan FH. Kalau tak kang dia tamoo makan :p



Puding Roti Sensasi Kurma & Pisang

Bahan-bahan
1 bungkus Roti Putih
4 cawan fresh milk
3sdb butter
1/2 cawan gula
3 biji telur
Sedikit Kurma - Potong dadu
Pisang

Cara-cara
Pukul fresh milk, gula & telur dengan kelajuan sederhana.
Siat-siat kasar roti dan masukkan ke dalam mangkuk bahan-bahan yang telah dipukul tadi.
Masukkan buter dan kurma.
Lenserkan loyang dengan butter dan tuangkan adunan tadi. Hiaskan dengan pisang.
Bakar pada suhu 180'c selama 40minit.
Biarkan sejuk dan bolehlah dipotong.


Saya hiaskan dengan pisang sebab saya dan FH sukakan aroma bau pisang bakar. Wangi~~ Kurma tu pun boleh gantikan dengan buah yang lain. Biasanya kismis. Tak pun epal hijau. Terpulang ikut citarasa masing-masing.

9 comments:

EiDa_wAn!e said...

nak buat , tapi malang nya tak der perkakas kat umah ni .. wuuuuuuuuuuu ~

cik3zza said...

ayarrkkk.. boleh beli sikit2.. aii ni sbb minat.. so memang kene de benda2 tu. ni tgh berusaha goda-goda akim nak mixer baru dgn pengukus plak.. :)

EiDa_wAn!e said...

haaaa ... mixer lama tu hadiah kan jer la kat aku :)

cik3zza said...

EiDa_wAn!e : actually kan, fresh milk, gula & telur tu kene bland je. ni gune mixer sbb mls nk keluarkan blander :) so xde mixer pun boleh buat puding roti ni tau.. jgn nk ngelat eekkk..

Anonymous said...

nk tnya ckit butter 2 dicairkan ker or mcm mana ???

cik3zza said...

cik anon : butter tu saya xcairkan.. just biar dia berketul2 camtu je.. berketul means butter tu sediada lembik tp xkacau sebati pun xpe.. kt pics atas tu blh nmpk butter tu berketul kecik2.. hrap2 blh fhm la yee.. :)

slmt mencuba!!

Ieda Syakilla said...

salam, resipi awk nmpk menarik. =)
saya rase nak cube buat. tapi sebelum tu nk tanye,
awk pkai butter ape ye? buttercup y utk wat biskut raye tu bley ke?

cik3zza said...

Salam Ieda Syakilla,

saya pakai buttercup. tapi kalau takde, pakai planta pun boleh.. selamat mencuba!!

Ieda Syakilla said...

ouh oke..tengs! =)