Monday, July 26, 2010

Epy Bezday B.U.C.U.K

B.U.C.U.K


Hari ni bezday bucuk yang ke 8. Macam tak pecaya je dah masuk 8 tahun. Tengok macam budak2 je walaupun saiz badan terlebih besar dari kawan2 sebaya dia. Sape bucuk?? She's my youngest sister.. Kenapa panggil bucuk?? Sebab dia bucuk. Ontah.. Dah dari kecik terbiase panggil dia bucuk. Mule2 dulu dia marah gak panggil bucuk. Lame2 dia ok je. Family je la panggil dia bucuk. Kadang2 adik. Kawan2 panggil dia ezza *kita serupa*.. Tak pun zira. Name sebenar bucuk adalah ezza nazira. Gabungan nama tiga akak dia. NA dari nama akak. ZI dari nama saya. Dan RA dari nama zura.

Budak ni terlebih manje. Kalau main dengan kawan2 tibe2 nampak dia balik tu tau dah la. Majuk dengan kawan. Selagi tak pujuk, selagi tu tamoo kuar main lagi dah. Satu habit dari lahir sampai sekarang yang tak boleh nak buang...SUKA HISAP JARI.. Sampai naik leper ibu jari dia. Esok gigi mancung macam halimah jongang akak tak tau aaaa... Dia tetap tak heran. Cikgu cakap kalau dalam kelas, kalau dia dah sorok2 hisap jari kat belakang memang dia takkan buat pe2 keje yang cikgu suruh. Feel sangatla kut hisap jari. Mate pun macam nak lelap jee..

Owwhhh.. Satu perangai yang pelik dan lain dari akak2 dia adalah..dia sangat obses pada kecantikan walaupun kecik lagi.. Akak2 dia takde yang sibuk bertindik nak pakai subang. Dia kecik2 dah bertindik nak pakai subang. Siap tuntut kat makcik2 suruh belikan subang baru. Sape yang berjanji tu nasib la ekkk.. Dia akan tuntut selagi tak dapat. Bucuk pun dah pandai jage badan. Kalau suruh makan lebih sikit ayat yang tak boleh blah adalah...'adik tak nak makan banyak2..nanti kalau kite gemuk camne..' Yang tak best tu, asal gemuk je nak samekan macam akak dia yang sorang ni. Tekanan makcikkk.. Akak zura ko tu lagi gemuk tau dikkk.. Heheeee.. Pitam la jap lagi mesti dia komen tak puas ati kat sini. Hihiiii..

Tak sempat lagi nak beli hadiah bezday bucuk. Dah lame pun tak balik kampung. Kalau balik mesti bucuk asyik dok ingatkan je bezday dia. Pastu sendiri perasan suruh beli kek celebrate bezday dia. Abang2 dia pun sampai naik tekanan. Asal bezday bucuk je masti celebrate beria siap de hadiah. Kalau kuar pegi mane2 mesti de beli bende untuk bucuk. Nasib la kan.. Dah dia adik bongsu. Abang2 sila la mengalah yeee.. Korang kan dah besar. Hurrrmmm.. Tak terfikir lagi nak beli hadiah pe..*nasib baik tak janji nak bagi pe2 tahun ni..kalau tak, jenuhla dengar dia tuntut selagi tak dapat* Bile la agaknya sempat nak celebrate.. Lambat2 sikit pun tak pe kuttt kan bucuk.. Akak2 agak bz la sekarang ni..

Happy Birthday B.U.C.U.K
Dah besar tak boleh terlebih manje - akak je boleh
Dah besar tak boleh hisap jari - nanti gigi mancung dah tak comel..not gud..not gud..
Dah besar kene rajin2 bace buku, kene jadi budak pandai - nanti keje best2 boleh beli subang banyak2 sampai rebeh telinge tu
Dah besar kene la makan banyak2 sampai gemuk2 - baru la boleh jadi lagi besar dari akak..tapi tetap tak buleh lawan kak zura punyee..pitam la jap lagi dia jadi resaksa gorgon


p/s : kejap je mase berlalu.. adik2 semua dah besar rupenye..
p/s/s : resaksa gorgon adalah makhluk yang cuba membuat tanduk 5 kat bucuk dalam gambar tu.. larikkksss...

4 comments:

fathullahHAKIM said...

kne bg hadiah ni.huhuhu

apex said...

oit dobejiron!!!ramai kawan aku kata aku dah kurus la!!ha, wat muka x puas hati la tu! bucuk mintak bag skolah.....ko bli, pastu ckp aku yg bagi...hahaha

armouris said...

info tentang hisap jari di SIHAT SELALU - Hisap Jari Boleh Akibatkan Jongang

cik3zza said...

FH : bak meh dgn hdiah akak dia skali ekkk.. jgn pura2 lupe

resakse : bucuk mintak kt sape?? nnt jgn lupe pos dr kuantan ehh.. bluweekkk

armouris : thanks..