Thursday, July 22, 2010

Bawak Bekal Boleh Jimatkan Belanja

Ecehhh.. Tibe2 je jadi baik nak jimat2 pulakkan. Sampai de yang perli takkan nak simpan duit untuk kahwin sampai kene bawak bekal air pegi ofis. Huwaaa... Tu bukan jimat lagi namenye. Kalau dah gitu gayanya, tu ciri2 orang kedekut. Saya tak pernah pulak nak sekat2 makan semata-mata nak simpan duit untuk kahwin. Sebab saya rasa kalau saya nak makan pe2, saya beli je la. Kenapa perlu nak disekat2 kan. Kang kalau kempunan camne.. Dan sebab tu la takde istilah diet berlapar dalam hidup saya. Cume memang saya ni kurang sikit nak makan. So, orang nampak saya ni macam nak jimat duit sangat2 sampai tamoo makan. So not me okeeee..!!


upm tetap di hati. eceehhh.. dua2 tu pun cenderahati dari upm


Nampak termos biru upm tu?? Rajin kan saya. Siap bawak bekal air pegi ofis. Huiii.. anak sape la ni. Tak..takkk.. Tipu je.. Sebenarnya uncle law yang siapkan bekal tu untuk saya. Dia memang terlebih rajin. Bangun pagi2 semata-mata nak siapkan bekal untuk saya. Kalau dia terlebih rajin, de la nasi lemak. Kalau kureng rajin sikit, dia buatkan sandwich je. Tugas saya sampai ofis kang tinggal ngap jeee.. Camne la tak membesar bagaikan juara. Huhuuu..

Nak tau pe yang uncle law bekalkan dalam termos biru tu?? Meh kite intai...
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
tadaaa... air barli..


Jom share sedikit info khasiat minuman barli

1. Dapat menyejukkan badan
2. Baik untuk melawaskan kencing
3. Meningkatkan kesihatan buah pinggang
4. Membantu merendahkan kolesterol
5. Meredakan sembelit
6. Mencegah penyakit kanser
7. Mengurangkan risiko kencing manis
8. Membantu sistem penghadaman

Bijirin Barli kaya dengan khasiat pemakanan seperti fiber, vitamin dan mineral penting (Vitamin B3), thiamine ( Vitamin B1), selenium, iron, magnesium, zinc, phosphorus, copper dan niacin) serta sedikit lemak dan tidak mengandungi kolesterol seperti lain-lain bijirin.

Bagus kan?? Bukan je sedap tapi penuh berkhasiat. Sedap tau minum barli suam. Barli ais pun saya suke gak.. Yang paling best sebenarnya sambil minum boleh kunyah2 buah barli tu. Uuuhhhhh sedapnyeee..

2 comments:

d.i.m said...

gila romantik uncle law anda.....kekkeke

cik3zza said...

romantik tu xla sgt pun..cume dia terlebih rajin je..