Tuesday, May 25, 2010

Andai Tibe2 Saya Hilang

senja @ chenang beach


Harinya hampir tiba.. Blog ni akan kembali di tinggalkan bersawang untuk satu tempoh yang agak lama. Saya selalu tertanya-tanya kepada diri sendiri. Apakah akan ada orang yang merasa kehilangan andai saya menyepikan diri satu hari nanti. Mane mungkin kan. Siapa lah saya ni. Hanya seorang insan biasa yang masih belum mampu memberikan sedikit kesan dalam hidup insan lain. Takkan ada sesiapa yang perasaan kehilangan saya nanti. Kerana selama ini takde sesiapa pun yang perasan akan kehadiran dan kewujudan saya.

Saya sedang berkira-kira nak buat entry auto publish ke tak nanti. Nampak la macam blog ni berupdate setiap hari. Kalau tak buat pun tak pe kuttt.. Blog ni pun dah biase bersawang sejak kebelakangan ni. Kang saya balik, saya buat la entry secara marathon. Tu pun kalau terdaya. Kalau tak, randomkan je sume dalam satu entry. Macam tak biase pulak kan. Tapi mane tau kalau saya de mase nak update dari sana nanti. Pakai E66 pun aci gak la kan. Asal berupdate..