Friday, May 7, 2010

Senyumanmu Amatlah Berharga

SENYUM SEINDAH SURIA

Senyum seindah suria
Yang membawa cahya
Senyumlah dari hati
Duniamu berseri

Senyum umpama titian
Dalam kehidupan
Kau tersenyum ku tersenyum
Kemesraan menguntum

Senyum... kepada semua
Senyumanmu amatlah berharga
Senyum... membahagiakan
Dengan senyuman terjalinlah
Ikatan...


Banyak kenangan kat lagu ni. Dulu kalau kami budak2 5sains sedih, cikgu suraya mesti nyanyikan lagu ni untuk kami semua. Dia seboleh-bolehnya tak nak tengok kami sedih, stress. Biar besar mana pun masalah, cikgu suraya sentiasa nak kami nampak gembira. Enjoy dengan setiap perjalanan hidup. Macam-macam dia akan buat nak bagi kami semua senyum. Kadang tu sampai tergelak. Sekejap je dia berjaya menawan hati kami semua.

'Cikgu suraya, ezza sedih sangat2 sekarang ni.. Cikgu tolongla buat ezza senyum, ketawa.. Ezza dah tak larat nak bersedih, menangis sepanjang hari, menangis semalaman. Sampaikan ezza hampir lupe camne nak senyum. Pinjamkan bahu mu..aku ingin menangis sepuas-puasnya saat ini..agar terluah segala yang terbuku di hati ini..sesungguhnya perasaan ini amat pedih dan menyakitkan..'

2 comments:

EiDa_wAn!e said...

ko ingat lagik yer mon.....huhuhuuu...

cik3zza said...

igt wehhh..mne blh lpe..lg2 kalau mse tgh sedih gile2..

~~memang aku akan igt lgu ni and lagu hadapi dengan senyuman(dewa) kalau tgh sedih..