Thursday, May 20, 2010

Sunyi dan Sepi



Terbiar dan terdampar sepi
Terbuang di sudut bagaikan tidak lagi bererti
Menanti dengan segunung harapan di dalam hati
Namun kau masih diam membisu sehingga ke saat ini
Jangan biarkan perasaan ini
Tak sanggup rasanya terus-terusan di dera begini
Seksanya hati hanya diri ini yang mengerti
Kalaulah engkau dapat memahami

Berharap kau akan segera kembali
Mewarnai jiwa yang di biarkan sepi
Ceriakan kembali hidup ini
Diriku tak sanggup lagi berperasaan begini
' Ohhh incik celcom pujaan hati
Kenapa berlaku kejam kepada pelanggan yang dikasihi
Kasihani la saya barang sehari dua lagi
Harap je henpon aii ni canggih ikut trend terkini
Tapi tak gune gak kalau dah tamoo berbunyi-bunyi '



Senja-senja semalam incik celcom buat keje kerat2 line orang tau. 'Harap maaf.. Talian telefon anda telah di sekat..' Huwaaaa.. Kejam dowwwwhh.. Gelabah betullah.. Saya kan pelanggan yang baik. Bulan2 tak pernah miss bayar tau. Baru over limit sikit pun nak kene kerat dah ke. Bukan selalu pun over limit. Warning pun takat ciput2. Tau2 dah kene kerat semalam. Baru ingat nak tunggu gaji nak bayar bil. Minggu depan je pun. Aii tukar pakai line lain kang.. Ugut ni.. ugut ni..

Tak pasal2 je E66 ni jadi bisu tamoo bunyi2 dah.. Aii miscall henpon sendiri dengan tepon ofis kang.. Tension betul.. Nak tak nak kene la bayar gak nihh.. Susah la wehh kalau tak de henpon. Kene kasi up sikit la limit lepas ni. Tak pun pakai prepaid je macam dulu-dulu lagi. Tapi larat ke nak pegi topup selalu?? Hukhukkk.. Sedih wooo..

2 comments:

fathullahHAKIM said...

ptg ni kite g byr ye syg..huhuu

d.i.m said...

wah romantiknya...kekeke
wey ezza tukar pakai prepaid, skg nk top up dh senang...mcm2 cara
on9 pun boleh....kekeke