Monday, May 10, 2010

Happy Mother’s Day

Setiap tahun, minggu ke dua mei adalah hari ibu. Tahun ni hari ibu jatuh pada 9 mei 2010. Kami sekeluarga dah raikan hari ibu semasa manyambut hari lahir mak minggu lepas. Lagipun bezday mak juga sempena hari ulang tahun perkahwinan mak dan ayah. Setiap tahun pun camtu. Joinkan sekali je dalam satu majlis. Kire 3 in 1 la. Sebab tu setiap kali bezday mak, mesti kami sambut dengan meriah berbanding dengan bezday2 ahli kelurga yang lain.

Mak adalah seorang insan mulia yang sepatutnya dihargai dan disanjungi. Seorang insan yang bertarung nyawa untuk melahirkan yang berkorban apa saja untuk membesarkan. Mak merasa setiap keperitan dan kepayahan. Semuanya mak lalui dengan tenang walaupun adakalanya mak berputus asa, mak kesakitan sehingga menitiskan air mata. Tapi mak takkan pernah berhenti berharap dan terus berusaha. Betapa mak seorang yang sangat tabah, berjiwa kental menempuh segala rintangan yang datang melanda.

Sesungguhnya jasa yang mak berikan memang takkan pernah terbalas. Sungguh besar pengorbanan mak selama ni. Mak sentiasa mendoakan kejayaan dan kebahagiaan anak-anak. Kejayaan dan kebahagiaan anak-anak, adalah kebahagiaan bagi mak juga. Bagi mak, semua itu sudah cukup bagi membalas jasanya. Mak tak mintak banyak. Mak tak mintak di balas budinya. Mak tak mintak harta benda mahupun wang ringgit. Hanya sekadar ingatan dan perhatian dari anak-anaknya semua. Betapa ikhlasnya pengorbanan seorang mak. Dan kerana itulah syurga terletak di bawah telapak kaki ibu.

'Mak, sempena hari ibu ni orang nak ucap selamat hari ibu untuk mak. Orang sayang sangat-sangat kat mak. Mak dah banyak bersusah payah membesarkan orang dari kecik sampai la besar. Orang sedar orang dah banyak buat mak tersinggung sampaikan ada masa mak menitiskan air mata. Orang mintak maaf sangat-sangat kat mak. Orang tau orang ni anak yang nakal. Sekarang ni kami semua dah besar. Dah sampai masanya untuk kami pulak yang tolong mak. Biarlah kami buat semuanya untuk membalas jasa mak. Walaupun kami tahu, kami tak mampu untuk membalasnya. Sekurang-kurangnya biarlah kami membuat mak hidup gembira dan lebih bahagia disamping kami semua…'

Selamat hari ibu juga kepada semua ibu di luar sana.. IBU, ENGKAULAH RATU HATIKU..

No comments: