Monday, May 10, 2010

Busy Tapi Tak Produktif

Sepanjang minggu lepas adalah minggu yang sangat busy kat rumah dan minggu yang sangat tak produktif kat ofis. Last minit dapat order gubahan barang hantaran dari customer. Member punye pasal sanggup je terima. Tapi kene siapkan dengan kadar segera sebab harinya dah nak hampir tiba. Cume de mase 2 malam je untuk siapkan semuanya.


ISNIN

Hari isnin pegi keje lambat gara-gara bangun lambat. Petang, diskus barang2 dan design. Listkan barang yang diperlukan.


SELASA

Hari selasa sengaja amik cuti. Pergi nilai beli semua barang keperluan. Pergi dari pagi sampai la ke tengahari. Nasib baik semua barang pun senang nak dapat. Dan kelebihan shopping di hari bekerja adalah tak perlu nak bersesak-sesak dan boleh memilih dengan lebih tenang.


Kat sini pun masih sempat diskus2. Sampai 2bakul penuh barang-barang *seludup masya tanpa pengetahuan prof..tau kat prof ni, den yang kono menjawab ehh kang*


diskus untuk kali yang keberapa entah. Cuba nak kurangkan kos dan tak nak over bajet. takut nanti customer pengsan nak bayar..


antara keperluan yang telah dibeli


Sampai-sampai je rumah terus mulekan operasi menggubah. Memang gigih dan tekun betul *kalau suruh belajar pun tak tekun sangat sampai camni* Malam tu boleh katekan hampir 80% dah berjaya siapkan.


masih dalam proses buat sepah kat rumah


RABU

Akibat keletihan yang melampau tak cukup rehat, pagi rabu bangun lambat nak pegi keje. Haishhooo.. Sampai tempat keje pun rase macam weng tak cukup rehat. Letih sangat2 badan. Nasib baik tak banyak keje sebab bos pun tak de. Tapi mase lunch boleh lagi pegi layan karok kat red box dengan member2 ofis. Hahahaaa.. Mane boleh lepas peluang kan. Tapi siyes la malu yang teramat sangat sampai rase macam dah jadi siput sedut nak meresap dalam sofa. Hahahaaa.. 1st time wehh pegi dengan budak ofis. Happy je cume malu aiii.. Gambar semasa karok memang la takde . Malu gile nak snap pic. Kebetulan pulak hp off bateri habis mase tu..

Malam sambung siapkan barang hantaran. Dan memang kene siapkan gak malam tu. Sebab esok pagi-pagi lagi customer dah nak datang amik. 100% siap *gambar barang hantaran yang dah siap tunggu nanti2. Akan ada satu entry khas*


KHAMIS

Huwaaa…. Bangun lambat lagi.. Tapi tak lambat sampai ofis yee.. Cume agak kelam kabut nak bersiap. Macam-macam jadi kat ofis. De sikit salah faham. Touching gile2 sampaikan jadi moody. Boleh pulak menangis kat ofis. Nasib baik pandai cover. Bile dah moody mood tu paham2 je la. Confirm takde semangat nak buat keje.

Malam pegi shopping dan karok pun dengan hati yang separuh. Separuh lagi entah ke mane. Karok dengan takde perasaan. 1st time rasenye karok dalam keadaan yang sangat bosan. Nyanyi pun sume lagu sentimental value je.


JUMAAT

Walaupun tido lewat, tapi bangun awal. Sebab tido agak terganggu dan kerap terjaga. Tapi sengaja lambat2 nak ke tempat keje. Seluruh hati telah pergi. Jiwa kosong. Takde semangat buat keje kat ofis. Kepala weng mungkin sebab kurang tido. Mate sepet kerana menangis semalaman. Memang sangat tak produktif. Setelah luahkan segalanya dalam blog ni, baru lah hati rase tenang sikit. Balik keje petang tu saya boleh tertido sambil duduk kat depan tv. Mungkin kerana semua beban dah terluah dan hati dah jadi sedikit tenang, baru la saya dapat tido. Walaupun sekejap, tapi saya rase macamkan satu tido lena yang panjang.

Ok.. saya dah tunaikan janji untuk buat entry secara random akiviti harian saya minggu lepas.. Sabtu ahad punye cite, tunggu entry lain..

2 comments:

MiLi said...

Agak2 saper yang tukang ambik gambar.. Tukang ambir gambar rasanya tak cuti tu...

cik3zza said...

memangla tukang amik gambar tu tak cuti.. kalau dia cuti takde la gambar ni, takde la orang nak layan kami kat kedai tu..

kredit to SA thank-Q sebab rajin nak tolong snap2 pics kitorang hari tu.. heee..