Friday, January 7, 2011

Raikan Hari Tua FH


8 of us.. will mish them till de end of my life..

Minggu lepas tiba2 kak ayu bagi idea nak keluar makan ramai2. Yela.. nanti dah dalam pantang mana la boleh makan sesuka hati kan. Nama pun pantang. Hot mama tu dah plan nak berpantang betul2 sebab nak bagi badan selim melim. Baru la betul2 vouge katanya.


Alang2 dah plan nak keluar makan ramai2, terus datang idea nak celebrate bezday budak tua gedik tu sekali. Bukan senang nak kumpul ramai2 semua de. So celebrate lambat sikit. Bajet nak buat suprise party. Tapi bezday boy tu budak kuat perasan. Mana la boleh nak suprise2 lagi dah. Lagipun dah 3tahun berturut2 kot pakai tektik yang sama, dalang2 yang sama. Dia dah boleh baca. Mula2 dulu jela dia macam blur2 nak nangis terharu. Hahaaa..

Atas persetujuan semua, kami ke Restaurant @ MAEPS. Dalam kawasan tapak MAHA tu je. Tapi memang terbaik la layan steamboat kat situ. Berbaloi2. Cuma RM20 per person. Boleh makan banyak mana korang nak. Sebelum ni kalau makan steamboat berdua dengan FH kat tempat lain pun dah sampai RM60. Tu amik steamboat je. Belum lagi amik desert2 lain. Kat sini boleh amik semua makanan yang de. Pilih je mana nak. Buffet steamboat tu pun banyak sangat pilihan. Sampai rasa tamak semua pun nak amik. Sape tak nak amik steamboat, boleh makan nasi goreng ke, mee goreng ke, aiskrim ke.. Buah2 pun de. ABC de, cendol de.. Macam2 la..

Ruang makan yang selesa dan santai. Sesuai la nak datang bawak family. Budak2 kecik boleh bebas bermain lari2, kejar2.. Sebab dia bukan restoran yang dok dalam bilik beku2 sejuk2. Restoran ni ala2 konsep dalam taman je. Kebetulan masa kami ke sana tu mungkin de wedding yang baru lepas berlangsung. So ada la deco2 menarik macam pelamin. Mungkin la. Ataupun memang deco restoran tu camtu?? Tapi memang cantik la. Tapi kene la datang awal sikit. Memang ramai orang kat sini. Mereka cakap sentiasa full.

Alamakkk.. Dah bebel panjang sangat pulak tibe2. Pics makan2 tu tunggu next entry je la. Lalaaaa~~

mari main2 masak2.. lense telah berjaya meng'gemokkan' saya. jahat budak jahat..

3 comments:

Dim Benihana said...

alamak padahal dh memang gemuk,

cik3zza said...

takk..takkk..
lense tu salah.. pe nama ntah kembung2 bulat..
tgk tbe2 lengan jd mantap2 mcm pejal gila..
jahat la lense tu..
hahaaa.. alasan terbaik je kan..

Dim Benihana said...

tengok tu masih xngaku,
dh terbukti kot kt pic atas,
anda sudah semakin gemuk