Wednesday, May 26, 2010

Nantikan Kepulangan Ku





~~Beratnya rasa hati nak melangkah pergi.. Tetapi apakan daya aku terpaksa~~ *sedih macamkan kene pegi setahun je..poyo sungguh la rase*



Alahaiiii.. sedihnye bile kene pagi lame2 ni.. Terpakse la biarkan blog ni bersawang lagi untuk sekelian kalinya *macam tak biase je. padahal selalu je biar blog ni bersawang* Selame lima hari ni saya takde. Tak dapat nak jenguk2 blog uols. Tak dapat nak blogwalking, bloghopping lagi kan pulak nak update blog. Entry auto publish pun saya tak sempat nak buat. Maklum je la. Konon2 busy memanjang. So, tunggu saya balik nanti je la ehh. Kang jenuh la uols nak melayan saya merapu kat sini stok cover balik 5 hari yang terlepas. Hahaaaa.. Ngeri tak??


p/s : sape akan rindukan saya???sila angkat tangan.. *perasan..bajet glemer*

Aktiviti Mengadap Almari Bermula



OhhhoooOooo.. Kejap je rase dah entry yang ke-100. Well done ezza..well done!! Mase terasa sangat cepat berlalu.

Minggu ni lagila cepat sangat berlalu. Sedar2 hari ni dah hari rabu. Esok dah khamis. Harinye tiba jua.. Harap2 lima hari yang akan datang ni akan berlalu dengan tersangat pantas. Owwwhhh..takutnyeee.. Dah dapat bayangkan camne penatnye nanti. Terkejar-kejar ke sane ke mari mengejar waktu. Saya kene kuat semangat. Jangan sampai nangis. Nanti malu kat kawan-kawan *heiii budak badan besar..kenapa la hati mu kecil sangat sampai mudah sentap dan menitiskan air mata..penat sikit pun nak nangis..ngade ehhh..manje lebih betul* Harap semuanya baik-baik saje kat sane nanti.

Awal-awal lagi saya dah keluarkan luggage. Tamoo kalah. Amik yang paling besar sekali. Dari minggu lepas lagi luggage tu dok depan tv. Tapi sampai ari ni pun masih belum sempat nak packing barang-barang. Malam ni nak tak nak kene siapkan packing gak.. Adoooiiii.. Lemah betul rase part nak packing2 barang ni. Mau berjam-jam kang saya kene dok mengadap depan almari. Kalau ikut saya kang sume pun saya nak bawak nak sumbat dalam beg. Sume pun saya rase macam penting. Kalau camni gaya packing, bagi la luggage besar mane pun memang tak boleh nak muat. HohoooOo..

Nampaknye kene la buat list barang-barang yang betul2 penting untuk di bawak ni. Tamoo la poyo2 bawak luggage banyak2. Lagipun nak pegi 5 hari je. Harap2 barang-barang saya sume boleh muat dalam satu luggage je la nanti. Sonang den nak tarik sorang2 kang. Takde la kanan kiri tarik beg. Mesti de yang cakap macam nak lari dari rumah kang... Eeeeiii.. Malu laaa..

Tibe2 kan dapat satu idea best. Macam lagi best je kalau dah iron sume baju siap2 dari rumah. Gantung cantik2 dalam kete. Sampai sane boleh terus gantung dalam almari. Senang sikit keje saya kat sane kang. Malam ni kene mulekan misi meng'iron' baju sekali la nampaknye.. Belum pe2 lagi saya dah pancit wehhhh..


besar punyeee.. boleh pecaya ke saya bawak satu luggage je nanti ni



ataupun bakal jadi sebegini banyak lagi?? over ko sampai penuh tige troli. haiissshhhooo.. jangan di ulangi.. susah kang nak angkut sorang2..

Tuesday, May 25, 2010

Andai Tibe2 Saya Hilang

senja @ chenang beach


Harinya hampir tiba.. Blog ni akan kembali di tinggalkan bersawang untuk satu tempoh yang agak lama. Saya selalu tertanya-tanya kepada diri sendiri. Apakah akan ada orang yang merasa kehilangan andai saya menyepikan diri satu hari nanti. Mane mungkin kan. Siapa lah saya ni. Hanya seorang insan biasa yang masih belum mampu memberikan sedikit kesan dalam hidup insan lain. Takkan ada sesiapa yang perasaan kehilangan saya nanti. Kerana selama ini takde sesiapa pun yang perasan akan kehadiran dan kewujudan saya.

Saya sedang berkira-kira nak buat entry auto publish ke tak nanti. Nampak la macam blog ni berupdate setiap hari. Kalau tak buat pun tak pe kuttt.. Blog ni pun dah biase bersawang sejak kebelakangan ni. Kang saya balik, saya buat la entry secara marathon. Tu pun kalau terdaya. Kalau tak, randomkan je sume dalam satu entry. Macam tak biase pulak kan. Tapi mane tau kalau saya de mase nak update dari sana nanti. Pakai E66 pun aci gak la kan. Asal berupdate..

Si Kecik Yang Syomeell

baby aina


Hye auntie2 and uncle2 semua.. Nama saya baby aina. Sume orang cakap saya syomelll.. Pipi bambam.. Mate boolat.. Muke macam amoi.. Sume orang suke cubit2 pipi saya, kiss2 pipi saya.. Saya suke amik gambar.. Saya pandai posing depan kemera. Kalau tengah nangis pun boleh diam kejap untuk bagi pose yang terbaik. Mama saya suke toncet2kan rambut saya macam samurai. Pakaikan gaun cantik2 macam princess. Tapi saya suke.. Sebab sume orang cakap saya syomell..

Ni bukan anak saya ehhh.. Jangan salah faham pulak. Sabtu hari tu temankan kak mud pegi majlis kahwin kawan dia kat kuala pilah. Baby aina ni anak buah kepada pengantin perempuan tu. Berapa kali try2 nak dukung dia, akhirnya dia nak gak ikut kami. Tu pun kami umpan dengan kemera. Kalau tak, asyik nak berdukung dengan mak dia je. Geram je tau tengok budak kecik niii.. Pandai macam dah besar. Asal snap2 pic je, cepat je tangan dia capai kemera nak tengok gambar dia sendiri. Macam lagi banyak gambar baby aina je dari gambar pengantin hari tu. Haaaisssshhh.. Kamu sangat comel la budak kecikk..


baby aina nak amik gambar akak ezza yang comel ni ekkk


baby aina dengan auntie mudah dan auntie masya.. tak aci woo.. gambar baby aina dengan akak ezza yang comel ni takde pun


ecehhh.. macam sedondon pulak baju baby aina dengan auntie mudah ni *kak mud dah macam mak2 budak la*


aaaa...tamoo dengan auntie mudah *kak mud pun over posing kalah baby aina*


p/s : tengok tangan baby aina. tak lepas pegang kemera. dok belek gambar dia sendiri

Kebahagiaan Dalam Perpisahan

Saya tak terkena demam AF. Siyes!! Konsert mingguan AF8 ni saya tak pernah tengok walau sekalipun. Faham2 je la. 425 sekarang dah takde astro. Tapi kalau balik banting pun saya tak tengok gak pun. Lagi suke layan tv dalam bilik sendiri je. Tv dalam bilik memang sah2 la takde astro. Peserta AF8 pun tak kenal entah sape. Tau2 dah final pulak hari sabtu lepas.

Semalam dengar lagu Shahir mase final tu. Lagu KEBAHAGIAAN DALAM PERPISAHAN. Betulla orang cakap lagu ni best. Yang paling best sekali ayat si Masya.. 'bebb..!! lagu ni kene kat kite la.. kene kat u..kene kat i..' Huwaaaa... Ayat perli terbaik ke pe ni... Memang nak kene tau budak masya ni..



KEBAHAGIAAN DALAM PERPISAHAN - SHAHIR AF8

Tak perlu ucapkan sepatah kata
Kerna lantang terbaca dari muka
Kau dan daku sudah tiada
Keserasian di jiwa
Mungkin magisnya sudah hilang

Tak perlulah kita mencuba lagi
Betulkan kesilapan perhubungan ini
Bila setiap perbincangan
Menjadi perbalahan
Manakah agaknya cinta kasih

Embun pun takkan mampu menyubur sekuntum
Bunga yang layu pada musim luruh
Yang dulunya mekar di sinar suria
Bila sudah kering pasti akan gugur

Seperti cinta kita yang jelas ternyata
Semakin lama oh semakin rekah
Menimbulkan tanya apa mungkin kita
Temu kebahagiaan dalam perpisahan

Usah titis air mata kau tangiskan
Ku dah cukup menampung selautan
Begitu lama ku pendam
Tapi hanya berdiam
Kerna cuba menafi realiti

Embun pun takkan mampu menyubur sekuntum
Bunga yang layu pada musim luruh
Yang dulunya mekar di sinar suria
Bila sudah kering pasti akan gugur

Seperti cinta kita yang jelas ternyata
Semakin lama oh semakin rekah
Menimbulkan tanya apa mungkin kita
Temu kebahagiaan dalam perpisahan
Kebahagiaan dalam perpisahan


Masya..lagu ni sedih wooo.. Agak terasa la wehhh.. u ni macam tau2 je kan.. Pasni u tolong carikan lagu Maulana pulak ekk.. Diorang cakap best gak.. u kan rajin..


p/s : try nak letak video sekali tadi. tapi macam slow sangat je nak loading. pandai2 la cari sendiri ekkk.. dari tadi layan lagu ni dok ulang2 sampai dah berpuluh-puluh kali dengar..

Thursday, May 20, 2010

Sunyi dan Sepi



Terbiar dan terdampar sepi
Terbuang di sudut bagaikan tidak lagi bererti
Menanti dengan segunung harapan di dalam hati
Namun kau masih diam membisu sehingga ke saat ini
Jangan biarkan perasaan ini
Tak sanggup rasanya terus-terusan di dera begini
Seksanya hati hanya diri ini yang mengerti
Kalaulah engkau dapat memahami

Berharap kau akan segera kembali
Mewarnai jiwa yang di biarkan sepi
Ceriakan kembali hidup ini
Diriku tak sanggup lagi berperasaan begini
' Ohhh incik celcom pujaan hati
Kenapa berlaku kejam kepada pelanggan yang dikasihi
Kasihani la saya barang sehari dua lagi
Harap je henpon aii ni canggih ikut trend terkini
Tapi tak gune gak kalau dah tamoo berbunyi-bunyi '



Senja-senja semalam incik celcom buat keje kerat2 line orang tau. 'Harap maaf.. Talian telefon anda telah di sekat..' Huwaaaa.. Kejam dowwwwhh.. Gelabah betullah.. Saya kan pelanggan yang baik. Bulan2 tak pernah miss bayar tau. Baru over limit sikit pun nak kene kerat dah ke. Bukan selalu pun over limit. Warning pun takat ciput2. Tau2 dah kene kerat semalam. Baru ingat nak tunggu gaji nak bayar bil. Minggu depan je pun. Aii tukar pakai line lain kang.. Ugut ni.. ugut ni..

Tak pasal2 je E66 ni jadi bisu tamoo bunyi2 dah.. Aii miscall henpon sendiri dengan tepon ofis kang.. Tension betul.. Nak tak nak kene la bayar gak nihh.. Susah la wehh kalau tak de henpon. Kene kasi up sikit la limit lepas ni. Tak pun pakai prepaid je macam dulu-dulu lagi. Tapi larat ke nak pegi topup selalu?? Hukhukkk.. Sedih wooo..

Wednesday, May 19, 2010

Majlis Pertunangan Adawiyah & Amir



Belek2 gambar kat pendrive baru teringat nak buat entry ni. Hahaaa.. Ampun wehh.. Entry basi je ni. Hari tu kan de buat entry tempahan barang hantaran dari Adawiyah. So entry ni nak cite pasal majlis dia pulak pada 08 Mei 2010 kat Raub, Pahang.

Majlis pertunangan yang meriah. Bak kata Amir 'aku ni dah macam kahwin kecik..' De pulak kahwin kecik kahwin besar ye amir.. Pe2 saje la ko ni. Jage kawan saya tu elok-elok ekkk.. Saya dush kang kalau ko buli dia lebih2.. Sebab cite dah agak basi, uols layan pics je la ekkk.. Malas nak cite banyak2..


gambar bersama pengantin yang cantik comel mestila kene de.. bukti saya datang. tak macam deyna *saje bagi deyna HOT*



ezza, adah dan effa.. *ehhh..deyna takde pulak..adakah engkau jeles deyna??hahahaaa..gelak keji*



dengan adah lagi.. cantikkan?? *kaki kecik kat belakang tu kaki deyna ke??hahahaa.. ko dah HOT belum deyna??*



ni la dia amir *tunang adah* nampak sangat sepadan



'Wehh adah dan amir, saya tak kisah nak bagi laluan kat korang jalan dulu.. takde hal punye laa. Bagi turn kat saya lambat2 skit pun tak pe. Lagi sukeeee..'

Cleaning in Progress



maaf ye nakk.. makcik nak mengemas ni.. *macam bibik cleaner pulak rase*


Dah kene sound dengan member2 suruh update blog, baru la terhegeh-hegeh nak buat entry. Hahaa.. Maafla ye kawan-kawan. Agak busy pulak lately ni. Dah lame rasenye tak dapat rehat golek2 depan tv dan bergurau senda bermanje2 dengan budak2 425 tu sambil layan fb dan blog. Asal saya sampai rumah je rumah dah gelap, masing-masing dah tido. Alahaiii..

Thanks gak la kat member2 yang sound tu. Korang ternanti-nanti gak entry yang mengarut dan merapu dari saya ni ekkk.. *gile perasan okee*

Demi korang, hari ni saya dah cari penyapu dan vacum nak bersihkan blog yang dah hampir nak bersawang ni.. Heheee..




nak buat bantai korang pun ok gak ni.. sape budak nakal??nak try?? heee...



tak puas bantai dengan penyapu lidi, sedut dengan vacum pun ok gak kan.. Hahaaa..



p/s : pics adalah ihsan dari gugel

Friday, May 14, 2010

Tutorial Pasang Iklan Nuffnang



Hari ni nak feeling2 jadi cikgu dengan korang sume.. Dah sume pun asyik tanye camne nak buat bende ni *tak larat den nak menjawab selalu tau* So, hari ni saya buatkan sikit tutorial untuk korang2. Maafla ekk lambat sangat nak buat tutorial ni. Rasenye dah ramai pun yang tau pasal nuffnang ni. So, tutorial ni untuk korang2 yang baru nak register nuffnang, baru nak letak2 iklan dalam blog masing2 dan yang baru nak berjinak-jinak dalam dunia blogging ni macam saya ni. Sharing is caring kan..

Langkah 1 : Register Nuffnang as a Blogger
a. Masuk ke website Nuffnang
b. Klik kat sign up as blogger *macam yang dibulatkan dalam gambar*



c. Pastu akan jadi macam kat gambar bawah ni



d. Isi semua maklumat yang diperlukan dalam kotak-kotak kosong tu. Make sure PAYEE NAME tu kene same dengan nama dalam ic. Pastikan gak no ic dan alamat surat menyurat semua betul.

e. Pastu tick kat semua yang kat bawah tu, type image then klik kat sign me up!



Langkah 2 : Register Blog Manager
a. Lepas tu login gune email dan password yang dah didaftarkan tadi.



b. Selepas login, klik kat icon blog manager *gambar buku dengan pensil tu*
c. Isi blog manager dulu.
d. Masukkan blog name, blog url dan language. Pastu klik daftar blog.



Langkah 3 : Jawab Soalan Survey
a. Korang jawab je la sume soalan2 yang diorang bagi. Tak susah pun.

Langkah 4 : Amik Coding
a. Dah selesai jawab semua soalan survey, dah submit, klik kat add ads untuk amik segala coding yang de.




b. Camni la yang korang akan nampak nanti



De 3 jenis code kat situ.
1. untuk letak kat HEADER
2. untuk SIDEBAR
3. untuk BETWEEN contents

Langkah 5 : Pasang unit iklan ke dalam blog


1. SIDEBAR
a. Login akaun blogger. Kat halaman dashboard, klik pada layout, klik page elements dan klik add gadget.





b. Kuar paparan camni, klik kat HTML/JavaScript



c. Copy code untuk sidebar dari nuffnang tadi. Paste kan code kat ruang content macam dalam gambar ni



d. Title tu letak pe2 je pun tak pe. Kemudian klik butang save. Dah jadi untuk sidebar


2. HEADER
a. kat halaman dashboard, klik layout, klik edit HTML. Tandakan kat kotak ‘Expand Widget Templates’.

b. Copy code untuk header dari nuffnang letakkan dalam kawasan macam dalam gambar ni (selepas tag ) *cari coding macam dalam gambar. code di dalam petak merah adalah code dari nuffnang tu*




3. BETWEEN
a. selepas letak code untuk header, copy code untuk between pulak. Letakkan coding dalam kawasan macam dalam gambar ni. *code di dalam petak merah adalah code dari nuffnang tu*



b. Dah siap masukkan code, klik kat butang ‘Save Template’.


Dah siap!!!



Kalau nak tau camne nak buat nuffnang cepat naik, tu saya pun tak pasti sangat. Sebab saya pun masih baru lagi. Masih banyak lagi nak kene belajar. Yang pasti, kene la rajin bertanya kat blogger2 yang lebih otai memang dah tahap sifu tongga tu.. Sama2 la kite belajar ekk..


Model Handbeg Merah



Uols layankan jela ekk pics aii feeling2 macam model ni.. Sebenarnye henbeg merah ni dah berjaya make me jatuh chenta pandang pertama wehh.. Siyes!! Masuk2 je kedai henbeg ni, mate ni terus suke gile kat beg ni. Tengokla banyak mane pun beg2 yang de, hati ni tetapla suke kat beg yang satu ni. Mule2 tengok takde la terus nak beli. Sebab mase tu macam tergesa-gesa nak balik dan tersangat malas nak pegi mesin ATM. Tapi dalam hati dah target nak sambar gak. Yela weehhh.. Dahla harge mampu milik. De sale pulak lagi mase tu. Lagipun dah lame saya cari design henbeg camni. Lagi2 kaler merah kan.. *sejak bile entah naik hantu bile tengok barang2 merah*

Kali kedua datang kedai tu, dok belek2 gak lagi henbeg tu. Tengah SA tu sibuk layan customer lain, saya pun sibuk2 la gayekan henbeg tu depan cermin ala2 model tangah nak buat catwalk *konon2 try lame2 macam nak beli la* Mase ni pun tak beli gak lagi. Pe hal entah susah sangat nak buat keputusan. So, balik dengan tangan kosong gak lagi hari tu.


gambar tak berape nak clear. terpakse tutup flash sebab amik gambar curik2.. sape yang cakap aai domokk selame ni, sila lihat betul2 ehh.. pewooott aii slim wokehh.. tak main la spare tyre ni *gile belagak* pipi je tembam.. wuwuuu~~ *eehh..matching pulak henbeg dengan selipar merah tu*



Kali ketiga datang kedai ni, intai dari jauh je dulu. Sebab nak pegi karok dulu. Ingat balik tu nak datang beli la. Intai dari atas escalator, sekali tengok henbeg tu dah takde weiii kat tempat dia.. Balik karok pun tak dapat nak singgah sebab kedai dah tutup *dah karok tak ingat dunia sampai ke tengah malam* Adeeehhh.. Agak tekanan gak aii mase tu. Huwwwwaaa… Nyesalnye tak beli dari hari tu lagi. Padan mukeee… Slow sangat nak buat keputusan. Dah melepassss.. Sampai hari ni dok teringat je ni. Nasib baik tak sampai tahap mengigau lagi. Hari tu nak beli kasut pun jadi camni gak la.. Lame sangat pikir, last2 melepasss...


sape la yang dah rembat beg ni dulu sebelum aii.. tekanan betul rase..


Wednesday, May 12, 2010

Mari Belajar Berenang


model pakaian renang tak terlampau *ni gambar tahun 2008..tu yang nampak tembam sikit tu*


Yeaaayyy.. Lepas ni aktiviti harian makin padat. De kelas renang petang-petang hari *tak confirm lagi hari pe pun* Kelas seminggu dua kali. Maybe amik hari selasa dan khamis kutt.. Lepas keje terus cepat2 balik nak terjun tiruk kuak gajah dalam kolam renang.. Hahahaaa.. Tak sabar dah niii.. Jom join same.. Best tau. Tak tipu punyee..



Model majalah mangga posing tepi kolam..hahaha.. macam kat tepi pantai je tengok kat belakang tu *posing maut sampai bergulung-gulung carpet. ni pun gambar tahun 2008*


p/s : kak nat, kenal tak baju renang ni?? baju ni la kitorang gelak guling2 sebab dah macam kure-kure..Hahahaaa..

Epy Belated Beday Ceynuk's




~~epy beday to you..epy beday to you..epy beday to ceynuk cayang..epy beday to you~~



Epy belated beday ceynuk.. Sory la entry ni lambat sikit *konon-konon busy memanjang* Tapi tak pe kan?? Aii dah wish kt PM kan 09 Mei ari tu.. SEMOGA PANJANG UMUR DAN MURAH REZEKI.. MAY GOD BLESS U.. Tamoo sedih2 tau.. Sebab ko dah jadi auntie, ko dah tua tauuu.. Dah tua2 ni tak boleh sedih2. Nanti makin nampak tua muke tu. Senyum dan ceria selalu.. Ingat lagikan pesan cikgu suraya tu..



gambar tahun lepas. mase ni aii masih tembam lagi. sekarang dah underweigth woo..


Macam tak percaya kan kite dah semakin dewasa. Rase macam baru semalam je kite tinggalkan alam persekolahan. Rase macam baru semalam je kite gurau2 sende, kite gaduh2 manje. Dah lame sume tu berlalu kan. Sedar tak sedar, dah 8tahun kite tinggalkan sume tu. Walaupun sekarang ni masing2 dah dengan haluan masing2, jarang2 dapat jumpe, tapi ko tetap de dalam hati ni. Engkau la kawan terbaik yang pernah aku de. Engkau la orang yang layak digelar sahabat. Yang selalu ada mase susah, mase senang, mase sedih dan mase gembira. Engkau gak yang selalu standby kredit banyak2 mase aii tengah sedih *dok layan sms kan* Maaf andai selalu terlupekan ko di mase aii senang. Tak pun tak dapat berada bersama di mase ko susah *ko sound je beb..aii takde hal..takde touching punyee*


Engkau la sahabat yang paling saya sayang.. Engkau la IDAWARNI IBRAHIM a.k.a CEYNUK'S.. sayang sangat2.. mmuaahhh..mmuuaahhh..mmuuaaahh..


ceynuk..murn..and me a.k.a budak comel *pengsan*



ezza, murn, ceynuk and lia.. sayang korang sume..rindu gile la wehhh



p/s : minggu ni aii balik kampung. ko keje ke nuk?? lepak jommm.. ko belanje..



Pemandangan Terindah

''di manakah pemandangan terindah di dunia...puas ku cari setelah jauh melangkah... hingga takdir menyuluh ke arah mu...ku temu pemandangan itu terlakar di wajahmu...''




Pagi-pagi lagi dah layan jiwang bila hati berbunga riang.. Senyum, senyum dan terus senyum.. Kerana senyumanmu amatlah berharga..

p/s: see...kan ezza dah cakap kejap je ezza moody. ni dah ok. dah jadi macam ezza yang sebelum ni. dah boleh senyum sampai ke telinge..habisla korang pasni. terpakse layankan ezza mengarut lagi.. lalalaaa~~~

Monday, May 10, 2010

Hantaran Adawiyah

This hantaran was made for Siti Adawiyah from Shah Alam.. *hasil tangan bersama masya* Pink+Silver theme hantaran... The engagement ceremony was in Raub, Pahang.. Thanks and Congrats to you Adah..













Congrats Adah & Amir.. We wish you both all the happiness in the world..

Busy Tapi Tak Produktif

Sepanjang minggu lepas adalah minggu yang sangat busy kat rumah dan minggu yang sangat tak produktif kat ofis. Last minit dapat order gubahan barang hantaran dari customer. Member punye pasal sanggup je terima. Tapi kene siapkan dengan kadar segera sebab harinya dah nak hampir tiba. Cume de mase 2 malam je untuk siapkan semuanya.


ISNIN

Hari isnin pegi keje lambat gara-gara bangun lambat. Petang, diskus barang2 dan design. Listkan barang yang diperlukan.


SELASA

Hari selasa sengaja amik cuti. Pergi nilai beli semua barang keperluan. Pergi dari pagi sampai la ke tengahari. Nasib baik semua barang pun senang nak dapat. Dan kelebihan shopping di hari bekerja adalah tak perlu nak bersesak-sesak dan boleh memilih dengan lebih tenang.


Kat sini pun masih sempat diskus2. Sampai 2bakul penuh barang-barang *seludup masya tanpa pengetahuan prof..tau kat prof ni, den yang kono menjawab ehh kang*


diskus untuk kali yang keberapa entah. Cuba nak kurangkan kos dan tak nak over bajet. takut nanti customer pengsan nak bayar..


antara keperluan yang telah dibeli


Sampai-sampai je rumah terus mulekan operasi menggubah. Memang gigih dan tekun betul *kalau suruh belajar pun tak tekun sangat sampai camni* Malam tu boleh katekan hampir 80% dah berjaya siapkan.


masih dalam proses buat sepah kat rumah


RABU

Akibat keletihan yang melampau tak cukup rehat, pagi rabu bangun lambat nak pegi keje. Haishhooo.. Sampai tempat keje pun rase macam weng tak cukup rehat. Letih sangat2 badan. Nasib baik tak banyak keje sebab bos pun tak de. Tapi mase lunch boleh lagi pegi layan karok kat red box dengan member2 ofis. Hahahaaa.. Mane boleh lepas peluang kan. Tapi siyes la malu yang teramat sangat sampai rase macam dah jadi siput sedut nak meresap dalam sofa. Hahahaaa.. 1st time wehh pegi dengan budak ofis. Happy je cume malu aiii.. Gambar semasa karok memang la takde . Malu gile nak snap pic. Kebetulan pulak hp off bateri habis mase tu..

Malam sambung siapkan barang hantaran. Dan memang kene siapkan gak malam tu. Sebab esok pagi-pagi lagi customer dah nak datang amik. 100% siap *gambar barang hantaran yang dah siap tunggu nanti2. Akan ada satu entry khas*


KHAMIS

Huwaaa…. Bangun lambat lagi.. Tapi tak lambat sampai ofis yee.. Cume agak kelam kabut nak bersiap. Macam-macam jadi kat ofis. De sikit salah faham. Touching gile2 sampaikan jadi moody. Boleh pulak menangis kat ofis. Nasib baik pandai cover. Bile dah moody mood tu paham2 je la. Confirm takde semangat nak buat keje.

Malam pegi shopping dan karok pun dengan hati yang separuh. Separuh lagi entah ke mane. Karok dengan takde perasaan. 1st time rasenye karok dalam keadaan yang sangat bosan. Nyanyi pun sume lagu sentimental value je.


JUMAAT

Walaupun tido lewat, tapi bangun awal. Sebab tido agak terganggu dan kerap terjaga. Tapi sengaja lambat2 nak ke tempat keje. Seluruh hati telah pergi. Jiwa kosong. Takde semangat buat keje kat ofis. Kepala weng mungkin sebab kurang tido. Mate sepet kerana menangis semalaman. Memang sangat tak produktif. Setelah luahkan segalanya dalam blog ni, baru lah hati rase tenang sikit. Balik keje petang tu saya boleh tertido sambil duduk kat depan tv. Mungkin kerana semua beban dah terluah dan hati dah jadi sedikit tenang, baru la saya dapat tido. Walaupun sekejap, tapi saya rase macamkan satu tido lena yang panjang.

Ok.. saya dah tunaikan janji untuk buat entry secara random akiviti harian saya minggu lepas.. Sabtu ahad punye cite, tunggu entry lain..

Happy Mother’s Day

Setiap tahun, minggu ke dua mei adalah hari ibu. Tahun ni hari ibu jatuh pada 9 mei 2010. Kami sekeluarga dah raikan hari ibu semasa manyambut hari lahir mak minggu lepas. Lagipun bezday mak juga sempena hari ulang tahun perkahwinan mak dan ayah. Setiap tahun pun camtu. Joinkan sekali je dalam satu majlis. Kire 3 in 1 la. Sebab tu setiap kali bezday mak, mesti kami sambut dengan meriah berbanding dengan bezday2 ahli kelurga yang lain.

Mak adalah seorang insan mulia yang sepatutnya dihargai dan disanjungi. Seorang insan yang bertarung nyawa untuk melahirkan yang berkorban apa saja untuk membesarkan. Mak merasa setiap keperitan dan kepayahan. Semuanya mak lalui dengan tenang walaupun adakalanya mak berputus asa, mak kesakitan sehingga menitiskan air mata. Tapi mak takkan pernah berhenti berharap dan terus berusaha. Betapa mak seorang yang sangat tabah, berjiwa kental menempuh segala rintangan yang datang melanda.

Sesungguhnya jasa yang mak berikan memang takkan pernah terbalas. Sungguh besar pengorbanan mak selama ni. Mak sentiasa mendoakan kejayaan dan kebahagiaan anak-anak. Kejayaan dan kebahagiaan anak-anak, adalah kebahagiaan bagi mak juga. Bagi mak, semua itu sudah cukup bagi membalas jasanya. Mak tak mintak banyak. Mak tak mintak di balas budinya. Mak tak mintak harta benda mahupun wang ringgit. Hanya sekadar ingatan dan perhatian dari anak-anaknya semua. Betapa ikhlasnya pengorbanan seorang mak. Dan kerana itulah syurga terletak di bawah telapak kaki ibu.

'Mak, sempena hari ibu ni orang nak ucap selamat hari ibu untuk mak. Orang sayang sangat-sangat kat mak. Mak dah banyak bersusah payah membesarkan orang dari kecik sampai la besar. Orang sedar orang dah banyak buat mak tersinggung sampaikan ada masa mak menitiskan air mata. Orang mintak maaf sangat-sangat kat mak. Orang tau orang ni anak yang nakal. Sekarang ni kami semua dah besar. Dah sampai masanya untuk kami pulak yang tolong mak. Biarlah kami buat semuanya untuk membalas jasa mak. Walaupun kami tahu, kami tak mampu untuk membalasnya. Sekurang-kurangnya biarlah kami membuat mak hidup gembira dan lebih bahagia disamping kami semua…'

Selamat hari ibu juga kepada semua ibu di luar sana.. IBU, ENGKAULAH RATU HATIKU..

Friday, May 7, 2010

Sepi Hati Terjadi Lagi

SEPI - Yuni Shara

Sepi hati terjadi lagi
Mungkin sampai mati aku sepi
Biar senyum hadir di hariku
namun ini hanya ada di bibir
di bibir saja

Aku ini yang bisa mengerti
walaupun yang lain mau mengerti
Namun berat beban hidupku
biarkan saja
Biar saja hanya ku yang tahu

Sejarah cinta dan hidupku
penuh duri dan banyak ranjau
Butuh kesabaran yang penuh
untuk tetap ku berdiri

Oh.. ada saatnya ku bicara
bila hatiku telah bulat
Sepanjang ku bisa atasi semua
aku tetap diam

Woo.. sejarah cinta dan hidupku
penuh duri dan banyak ranjau
butuh kesabaran yang penuh
untuk tetap ku berdiri

Oh.. ada saatnya ku bicara
bila hatiku telah bulat
Sepanjang ku bisa atasi semua
aku tetap diam


Di kala mood tengah tak berape nak betul, suke layan lagu ni. Sedih.. Maaf sekali lagi sume.. Bagi saya masa untuk kembali menjadi ezza yang dulu yang kuat merapu dan suke menyakat. Ezza yang suke ketawa, suke tersenyum bajet muke comel. Esok2 saya dah ok, sumenye akan kembali seperti keadaan sediakala. Saya rindukan hidup yang ceria dan gembira seperti hari-hari yang lepas. Bergelak ketawa seperti tiada duka.

Lagu Mu untuk Ku

Warisan Wanita Terakhir

Bila kita dalam salam perpisahan
Namun aku tetap bersamamu
Ku rasa bagai satu sentuhan
Dalam mimpi ku terbayang wajahmu

Dalam dirimu penuh kelembutan
Semakin hari namun semakin rindu
Tapak tanganmu akan ku genggam
Akan ku sentuh ketika sayu

Untukmu akan ku semaikan
Cinta yang sejati tiada bandingan
Dalam kerinduan ku sendiri
Dalam kesyahduan kita hadapi

( korus )
Warisan wanita terakhir
Jiwa raga ku serah
Kau ingin milik segalanya
Di mana kasihmu tiada kau memberi
Apa yang ku perlu hanya kau dapat memberi
Hanya satu yang ku pinta kasih
Kau warisan wanita yang terakhir

Dalam dirimu penuh kelembutan
Semakin hari namun semakin rindu
Tapak tanganmu akan ku genggam
Akan ku sentuh ketika sayu

Untukmu akan ku semaikan
Cinta yang sejati tiada bandingan
Dalam kerinduan ku sendiri
Dalam kesyahduan kita hadapi

( korus )
Warisan wanita terakhir
Jiwa raga ku serah
Kau ingin milik segalanya
Di mana kasihmu tiada kau memberi
Apa yang ku perlu hanya kau dapat memberi
Hanya satu yang ku pinta kasih
Kau warisan wanita yang terakhir

Hati sucimu ingin ku miliki
Hanya satu yang ku pinta... Kasih...
Kau warisan wanita yang terakhir
Kau warisan wanita... Yang terakhir...


Dalam mood tengah sensitif gile ni, layan lagu ni pun boleh menitik2 air mate. Berjujuran laju je turun. Maaf la semua. Moody mood sekarang ni.. Datang keje pagi ni dengan mate sepet..bengkak2 sebab seharian dan semalaman menangis. Menangis semahu-mahunya bagaikan anak kecil kehilangan ibunya, bagaikan sudah tiada hari esok untuk di tangiskan. Namun tidak pasti apa yang ditangiskan.

Terjaga pagi dari tido masih dalam esak tangis semalam yang masih bersisa. Cuba berkata dan meyakinkan diri cerita semalam adalah mimpi. Sampai ke saat ni masih menahan sebak di dada. Melangkah ke ofis dengan langkah yang longlai, hati dan jiwa yang kosong. Fikiran melayang entah ke mana. Dan kini berada dalam dunia sendiri. Tidak menghiraukan keadaan dan orang sekeliling. Terasa diri tidak berada di sini. Terbang melayang jauh entah ke mana. ''Ezza...!!! Sedar ke alam nyata!! Hidup perlu di teruskan biar apa pun yang terjadi.. Kan doktor cakap ezza gud girl..''

Senyumanmu Amatlah Berharga

SENYUM SEINDAH SURIA

Senyum seindah suria
Yang membawa cahya
Senyumlah dari hati
Duniamu berseri

Senyum umpama titian
Dalam kehidupan
Kau tersenyum ku tersenyum
Kemesraan menguntum

Senyum... kepada semua
Senyumanmu amatlah berharga
Senyum... membahagiakan
Dengan senyuman terjalinlah
Ikatan...


Banyak kenangan kat lagu ni. Dulu kalau kami budak2 5sains sedih, cikgu suraya mesti nyanyikan lagu ni untuk kami semua. Dia seboleh-bolehnya tak nak tengok kami sedih, stress. Biar besar mana pun masalah, cikgu suraya sentiasa nak kami nampak gembira. Enjoy dengan setiap perjalanan hidup. Macam-macam dia akan buat nak bagi kami semua senyum. Kadang tu sampai tergelak. Sekejap je dia berjaya menawan hati kami semua.

'Cikgu suraya, ezza sedih sangat2 sekarang ni.. Cikgu tolongla buat ezza senyum, ketawa.. Ezza dah tak larat nak bersedih, menangis sepanjang hari, menangis semalaman. Sampaikan ezza hampir lupe camne nak senyum. Pinjamkan bahu mu..aku ingin menangis sepuas-puasnya saat ini..agar terluah segala yang terbuku di hati ini..sesungguhnya perasaan ini amat pedih dan menyakitkan..'

Thursday, May 6, 2010

Ahad Minggu Ni Dah 9 Mei 2010 Laa..

dah dapat hadiah untuk besday girl.. sukenye diaaa..


9 Mei dah semakin hampir. Agak-agak sempat tak nak sambar bonia tu.. Adeehhh.. Nyesal pulak tak beli je hari tu. Dah alang-alang tengah sale 40%. Bukan senang nak dapat. Dah de orang sudi nak tolong gesekkan pun boleh jual mahal lagi. Sibuk nak pikir-pikir dulu. Kan dah dok teringat-ingat je..



suke gile kat sunglasses bonia ni.. kalau aii pakai dah macam ala2 datin wanabe.. hahahaaa.. masya dan kak mud tak sesuai pakai yang ni.. Biar aii sorang je ala2 datin.. lalalaaa..

Wednesday, May 5, 2010

Ampun dan Maaf Semua

maaf semua..
dah lame tak update blog
tak cukup mase dan takde peluang
lapy pun kene simpan dalam almari
agak busy dan banyak keje lain yang perlu di dahulukan
juta-juta cite nak tulis
tapi banyak..banyak..banyakk entry masih pending..
nanti aii update secara random

haishhooo.. susah hati tau..