Monday, August 2, 2010

Japanese Village, Berjaya Hills

Hanya perlu drive lebih kurang 45minit dari Kuala Lumpur dah boleh sampai kat Berjaya Hills ni *kalau layan drift sambil diiringi abang2 ninja badan kental2 mungkin cepat sikit boleh sampai. salah satu sebab suke perjalanan ke pantai timur boleh tengok abang2 ninja berkonvoi layan lap sambil vroomm..vroomm bikin aii tik..tikk.. netes air mata. impian yang tak tau entah tercapai ke tak* Tak tau berjaya hills ni kat mana?? Kat KM48, Persimpangan Bertingkat Lebuhraya Karak, Bukit Tinggi, Pahang, Malaysia. Semestinya kat Malaysia. Bukan bukit tinggi yang kat indonesia nun. Yang tu tak pernah sampai lagi walau sekali pun.

Bayaran masuk adalah hanya RM 12 sahaja. Siap dapat voucher less 15% untuk dining pleasures kat Le Poulet Roti *hidangan ayam panggang, homemade mashed potatoes dan muffin*, La Flamme *hidangan pastri, pasta dan pizza*, Ryo Zan Tei Japanese Restaurant *hidangan masakan jepun*, La Bistro *minuman beralkohol dan non-alkohol, lite snack* dan L'Orient *restoran indochine*. Ryo Zan Tei tu je yang de kat Japanese Village. Yang lain2 sume antara restoran yang de kat Colmar Tropicale. Tapi harga makanan memang agak mahal dari biase. Sepinggan pasta pun dah macam harga berpinggan-pinggan pasta kat tempat lain. Standad la kan kalau tempat peranginan camni. Itu lumrah.


salah satu punca mata juling. tangan tunjuk lain. mata tengok lain


Tempat pertama yang kami diterjah adalah japanese village. Japanese Village ni salah satu tempat menarik yang harus di kunjungi kalau datang Bukit Tinggi. Boleh drive terus sampai atas. Tinggalkan kereta di tempat parking yang disediakan dan tunggu trem datang kutip anda di tepi jalan. Tu untuk orang yang malas nak jalan tonggek2 daki bukit macam saya la. Sape rajin boleh je jalan kaki. Tak jauh pun nak sampai kat japanese garden tu. Manje lebih takut ketiak masyam. Lalalaa..




Kali ke-3 datang tempat ni. Dah jadi macam acara wajib setiap 3tahun. First time sampai kat sini ni masa tahun 2004. Pastu datang lagi tahun 2007. Dan tahun 2010 ni datang lagi. Pasni mungkin tahun 2013 akan kembali lagi kut.. Kutt la ehh.. Tu pun kalau de perubahan kat tempat ni. Sebab tengok sama je macam dulu. Takde pe2 perubahan. Kalau de yang berubah pun, japanese garden dah tak wangi, botanical garden dah tak banyak sangat bunge2, ikan koi dah besar dan sangat agresif *best*, air terjun dah banyak ranting2 dan dahan2 takde sape nak bersihkan... Ehhh.. kenapa macam makin tak best je ni. Tapi udara dia tetap segar walau tak sesegar dulu. Best :)




Kat japanese garden ni de air terjun yang de banyak2 ikan koi. De rumah mini ala2 macam kat jepun. Bolehla nak duduk rehat2 kejap. Sape nak rase lebih feel lagi macam kat jepun, bolehla sewa kimono kat sini. Harga sewa RM18. Pastu posing2 sambil minum teh kat japanese tea house. Tak pun sambil bagi ikan koi makan. Makanan ikan pun de jual gak. Dah penat2 berjalan, bolehla pegi kat tatami spa. Macam2 de. Dari yang basic foot spa dan urutan 90minit hingga la sesi yang paling lama 4jam. De body scrub, body wrap, onsen, massage dan de makan sekali di sediakan. Tapi harga dia boleh buat aii pitam muntah2. Memang takde la nak merasa masuk. Balik rumah layan massage kat spa nana pun dah kire bagus. Hihiiii..





Sape yang nak bermalam kat japanese village ni de gak tempat untuk bermalam. Kat Ume Tatami Suite. Rumah yang boleh memuatkan kumpulan yang besar macam yang datang berfamily ke. Duduk lagi ramai lagi bagus rasanya. Sebab rumah ni betul2 seketul je kat tengah2 hutan tu. Sape pencinta alam dan sukakan ketenangan tengah2 hutan bolehla kutt. Macam aii ni, takde la wehh. Kang mule la terbayang rimau kat luar rumah. Bunyi burung malam2 pun kang aii dengar macam bunyi pontianak mengilai. Camne?? Eiiii.. Serammm..




Selain dari tu, de gak Souvenir Shop dan Botanical Garden. Bolehla beli ole2 sebagai kenangan. Kat botanical garden pe lagi yang de kalau bukan bunga2. Burung pun banyak. Kebetulan masa datang hari tu ramai photog kat sana tengah try shoot pix burung dari jarak jauh. Lense diorang jangan cakapla. Panjang sedepa. Macam meriam buluh dah gayanya *dah nak raya kang boleh pinjam main perang2 dengan jiran sebelah* Mesti berat nak pikul. Harga sebijik myvi tu. Tibe2 rase d200 tu kecik je. Sila la upgrade ye.. Yang d200 tu turun temurun kat aii je pasni. Lalalaaa..

2 comments:

d.i.m said...

mcm best je tempt ni, nk kena g gak ni..

cik3zza said...

mmang best pn.. g la bwk cik puan zura tu... hihiiii..