Monday, August 23, 2010

Senaman Kaki dan Mata di Bulan Ramadhan

Sabtu minggu yang lalu terasa sangat cergas. Telah menjalankan aktiviti yang sangat menyihatkan. Melakukan senaman walau dalam bulan puasa. Sepanjang hari berjaya melakukan senaman berjalan kaki sejauh lebih 30km. Hohhh.. Berpeluh gak. Mau tak. Berhimpit2 dalam lautan ratusan manusia dekat pkns shah alam, alam sentral dan bazar ramadhan stadium. Lenguh kaki tak menganggu senaman asal mata terasa makin sihat dan bersinar. Ting..tinggg..

Hahaaa.. Senaman la sangat. Terapi mata je kut lebih. Macam biasa la bila bulan puasa. Mula la sibuk nak cari baju raya. Dan macam biasa, antara destinasi yang akan di tuju semestinya pkns shah alam. Huiiii.. Ingatkan pegi awal2 ramadhan ni takde la ramai sangat orang. Nak pulak belum gaji lagi kan. Sekali tengok, semua orang pun orang kaya rupenye. Tak gaji pun boleh shopping2 penuh beg plastik kat tangan celah ketiak junjung atas kepala. Tak macam aii yang sedang sengkek hanya mampu cuci2 mata sambil ketap bibir menahan geram. Grrrr.. Kenapa la tiap2 tahun pun kene renew roadtax nak dekat2 raya. Sob..sob..

Pilihan baju jangan cakapla. Memang banyak yang berkenan kat hati. Ni la kelebihan pegi awal2. Masih banyak pilihan. Dan semestinya senang nak cari saiz. Kalau pegi hujung2 kang, asal kenan je mesti tinggal saiz XXL. Pastu geram2 nangis dalam kereta hentak2 kaki. Pastu terpakse la beli yang RM2** sebab yang tu je yang de saiz. Owhhh.. Dah serik. So, bile pegi usha awal2 dan dah nampak yang kenan, rasa macam nak gesek kad ceri je hari tu. Nasib baik iman ni kuat.

Gagah tu tawaf entah berapa round. Tapi berkenan sangat2 kat baju kat satu kedai tu. Betul2 kat kedai tu je yang de. Dalam hati pikir tak pe..tak pe.. kalau de rezeki datang lagi esok2 mesti baju tu de lagi.. Tamoo tunjuk gambar baju tu dalam blog nanti de orang dengki pegi beli pastu tayang2 depan mata. Hehehee.. Lagipun memang tak nyempat la nak kuarkan E66 snap pic bagai. Kang tak pasal2 terlepas dari tangan. Dah kata pun ramai orang sampai jalan laga2 bahu macam nak gaduh. Aii yang agak gems ni pun bape kali kene rempuh.

Dari pkns terus menapak ke plaza alam sentral pulak. Pusing2 dalam nagoya cari kain untuk projek butang langsir si masya. Pastu menapak balik ke pkns. Dah nak sampai ke parking kereta kat seberang jalan, baru teringat belum terjah tempat kiuh raya untuk cuci2 mata. Masuk semula ke pkns. Lega rasa bila dapat duduk kejap dalam kereta. Terus menuju ke giant stadium. Konon macam gagah lagi nak menapak dari giant ke bazar ramadhan stadium.

Sekali lagi la kene berjalan laga2 bahu dengan orang ramai. So, tak dapat gak nak snap2 pic makanan yang boleh membuat kalian terliur di tengahari ni. Gulp..gulp.. Paling mencabar sekali mencari menu idaman masya. Punye la besar bazar tu, cume de 1 gerai je yang jual nasi dagang. Sampai2 dah habis pun nasi dagang. Terpakse la tukar menu beli nasi lemak kukus ayam togel. Hahahaa.. Tau kenapa togel?? Sebab yang tinggal betul2 nasi dengan ayam dan sambal je. Timun ke..telur rebus ke pe kacang ke bilis ke apa sume dah habis. Baru pusing 2x dah habis dah semua makanan.

Dah siap beli mengikut kehendak tekak, terus cepat2 ke padang kat perkarangan masjid shah alam pulak untuk berbuka puasa. Dah lambat sangat dah pun waktu ni. Betul2 nak dekat2 waktu berbuka. Sampai2 je terus cepat2 tebar tikar atas padang. Orang lain dah dok sila mengadap makanan masing2. Nasib baik ramai gak lagi yang baru sampai. Best tau berkelah kat tengah2 padang. Walaupun tak kenal dengan mereka2 yang lain, tapi rasa macam buke puasa beramai2 sambil tengok budak2 kecik berlari2 riang kat tengah2 padang. Masuk kali ni dah 2x gak la buka puasa dok kat sini. Memang meriah.

masya yang teruja..lain kali kite pegi lagi ehh

sesi menghidang makanan yang dibeli dari bazar

menunggu waktu berbuka

Habis je makan terus cepat2 kemas zass ke giant stadium semula. Selesai menunaikan kewajipan, terus memulakan misi mencari chicken ball untuk projek sup sayur 425. Dalam menjinjit chicken ball dan comfort softener tu *terlupa hari tanpa plastik* sempat lagi nak cuci2 mata tengok baju raya kat tempat feberet. Dah hasilnya selepas sayang gila nak letak balik baju yang tinggal satu sebab ramai orang dah aim macam bila aii letak je nak cepat2 sambar, terus goda2 abang penjual mintak murah dan dapat la jugak satu hasil tangkapan baju raya hari tu. Tapi bukan saya punya. Untuk diberikan kepada seseorang. Senyum.. senyum puas hati selepas tergunakan duit untuk bayar sewa rumah tertunggak 2bulan ke tempat lain. Takpe. Pasti de rezeki lain nanti. Misi seterusnya.. senaman kaki ke jalan TAR pulak jumaat nanti. Harus slim camni.

6 comments:

yg manis.. said...

buka puasa sambil berkelah eh cik emon??dah la x ajak..ceh~~v(^^,)v...

d.i.m said...

mcm best je kan bukak posa cara mcm tu, bila2 nant nk join cik ezza....

Anonymous said...

tp xplak cite yg tukang snap gmbar tu..huhuhu..

Anonymous said...

tukang snap gambar xpenting kowt..hahah~~

najib said...

tu shopping namernya saudari

cik3zza said...

yg manis & danial : nnt kte plan buke pose sme2 kt padang ni ehhh.. mau x?? jom ahd ni.. tp sblm tu kne layan ezza g buat snman kaki n mata dlu 3okm. de brani??

tuan anon 1 : alaaa.. t'lpe plak nk sebut. mls nk edit. heee.. :p

tuan anon 2 : jgn ske2 buat spekulasi ksi panas line ekk.. bln puase ni..

najib : xde la shopping pn. window shopping je. sje berkias2 ayt ksi gempak.. :p