Thursday, August 26, 2010

Lagu Raya oOOowwhhh Lagu Raya

Dalam tak sedar sekejap je dah masuk hari yang ke 16 kita semua berpuasa. Kejap je rasa. Kebetulan semalam pagi uncle law de urusan berkaitan newborn new baby grey kat maju junction. So dia hantarla saya pegi keje. On de way tu terdengar pulak lagu raya kat radio. Rasa macam... alahaiiii.. dah masuk hari ke 15 berpuasa ke?? cepat betul masa berlalu. Mula la feeling2 sedih nak balik kampung sambil layan lagu raya. Terasa macam jauh sangat berada di perantauan. Hehhh!! Gedik betul rasa.

Saya lebih suke dengar lagu2 raya yang version lama. Bukan la sebab dah veteren ke pe. Tapi lagu2 tu la yang buat teringat kenangan masa kecik2 dulu. Masa budak2 dulu kan macam tak sabar sangat nak raya. Lagi2 bila kat radio dah mula mainkan lagu raya. Rindu sangat suasana tu. Rasa meriah sangat raya. Sekarang ni bila dah besar panjang, dah kurang rasa meriah tu. Mungkin sebab dah besar atau zaman yang dah semakin berubah. Macam adik2 saya la. Diorang lebih suke duduk rumah berjuang depan tv dengan dia punye ps2 dari pegi berkunjung ke rumah saudara mara. Mak ayah ajak pun kang kejap je dah bising2 cakap bosan. Raya ni siapla. Dah plan nak sorok ps2 diorang atas almari.

Semua lagu raya pun saya suka. Mungkin sebab setahun sekali je dapat dengar. Tapi de satu lagu yang betul2 buat saya teringat kat seseorang kalau dengar. Memang saya akan tertunggu2 lagu tu. Kira special sikit la dari lagu2 yang lain. Lagu Halil Chik dengan Trio Manja. Tajuk lagu tu Lenggang Mak Limah. Setiap kali dengar lagu ni saya mesti teringat kat arwah nenek. Sebab arwah nenek pun takde gigi. Hehee.. Saya suka membayangkan mak limah dalam lagu tu adalah arwah nenek. Huurrmmm.. Kalau la nenek masih de.. Rindu sangat2..

Halil Chik & Trio Manja

Lenggang Mak Limah

( Hai lenggang sayang )
Lenggang lengggok Mak Limah jalan berlenggang
( Hai lenggang sayang )
Menyambut tiba hari raya menghias rumah
( Mak Limah sayang )

Ramai tamu Mak Limah datang ke rumah
( Mak Limah sayang )
Ketupat rendang kuih-muih sama dihidang
( Hai lenggang sayang )

Sungguh lawa Mak Limah pandai menghias diri
Sayang sedikit Mak Limah tak ada gigi
( Mak Limah sayang )

Hari raya Mak Limah tak lupa zakat fitrah
Mohon doa moga-moga panjang usia
( Mak Limah sayang )

( ulang dari mula )

Mak Limah sayang
( Hai lenggang sayang )
( 2X )

Hurrmm.. TerEMO pulak tibe2. Tamoo la sedih2. Nanti jadi moody pulak sepanjang hari. Semalam dah happy2 dengar dapat duit raya RM 500. Bersyukur la kan. Dari takde langsung. Dapat gak topup2 nak buat tukar tayar + rim raya ms. grey nanti. Tak pun tukar lepas raya nanti je la. Lagipun new baby grey dapat kuar sebelum raya. Bolehla melaram param2 dengan new baby grey. Tak pun viva forever itam legam tu pun dapat kuar gak sebelum raya. Hureyyy.. Banyak driver la aii tahun ni. Ms. grey boleh duk diam2 kat rumah sebelum dapat kaki baru.

5 comments:

apex said...

tuk aku x de?LC grey pun jadilah...=p

d.i.m said...

cik ezza apa baby grey tu??

cik3zza said...

apex : takde aku nk bli LC grey. kalau nk beli pn kang beli LC pink. bru la ko rse serik gile nk bawak.. pastu msti ko xnk bwk.. pastu msti ko sruh mak je bwk. xde la ko dpt melaram motor baru kang. hahahaa.. nk chopkan no plet BMW 2223. cun x??

danial : baby grey?? heeee.. tggu la baby grey lahir dlu. dah de kang harus tayang dlm blog ni. hrap2 blh dpt sblm rye la. dpt je baby grey tu nnt, mr. grey si toncet kuning yg dh mcm penunggu simpang tu harus sgre d lelong. jge la.. hihiiii..

Anonymous said...

dah bersawang la awk nyer blog ni ezza..malas eh nak update??v(^^,)v...

Anonymous said...

Hey there would you mind sharing which blog platform you're working with? I'm looking
to start my own blog soon but I'm having a hard time selecting between BlogEngine/Wordpress/B2evolution and Drupal. The reason I ask is because your layout seems different then most blogs and I'm
looking for something unique. P.
S Apologies for getting off-topic but I had to ask!

My site; http://pureberrymaxreview.net