Wednesday, August 11, 2010

Ber'Bowling Day' di kala Hujung Minggu

Lokasi pilihan : wonder bowl, mines shopping mall, serdang *dah dua kali buat pun mesti dekat2 dengan rumah. bagusla korang ni. pasni kat alamanda pulak ehh. senang saya nak datang*
Tarikh yang ditetapkan : 8 ogos 2010 *ahad yang banyak agenda*
Waktu : jam 3-5 petang *lambat sikit mula. biasala de beberapa masalah yang tak dapat nak dielakkan. di maafkan*

Actually masa mula2 diorang diskus2 nak pilih tempat dan tarikh, saya adalah terkecuali dari perbincangan. Bukan ahli forum perdana *sape la saya ni kan..sob..sobss..* Tau pasal bende ni pun bile dah kecoh2 kat ofis. So juz pikir tak pela. kalau de masa saya datang jadi penonton je nanti. tu pun kalau tak busy. sebab rasa macam banyak hal nak buat hujung minggu.

Tapi tibe2 kene join sama pulak. De pulak team tak cukup korum. Ikut hati memang tak nak main. Sentap la kan. Masa diskus2 dah termiss aii. Bila dah tak tau nak cari sape, rajin pulak berulang ke tempat memujuk rayu suruh join. Bukan sebab cair dengan pujuk rayu ehhh.. Tapi lebih pada kesian. Saya tau camne susahnye nak handle satu2 program. So dapat bayangkan camne serabutnye kepala diorang uruskan macam2 bende. Lagi2 sume bende buat last minit. Nak2 pulak yang datang memujuk rayu tu dah taraf bos2 je. Sebagai staff bawahan saya yang menurut perintah mesti la de rasa segan dan bersalah kalau jual mahal sangat. So, tolak tepi touching2 sentap2 tu. Relakan jela ratu longkang ni beraksi join team diorang. Nasiblaaa..

team ikut lahh. dari kiri : ila, zaidi dan tuan punye belog. warna tema biru langit. tapi macam2 tone de dah tu

Team lain sume main wakil unit masing2. Tapi team kami ni main campur2 unit. Satu team 3orang peserta. Dan kami semua adalah dari berlainan unit. So bile nak bagi nama team pun macam dah tak tau nak bagi nama apa. Takde idea dan blurr.. Sudahnya letak je la nama 'Ikut Lahh' Dah sume pun asal tanya de idea ke tak..masing2 cakap ikut la.. Tanya warna tema pun..ikutla.. Haaa.. Boh je nama ikut lahh tu. Apa ada pada nama kan. Skill tu yang penting.. Ceaaa.. macamkan terer sangat main.

penganjur si bos baju itam nun

Main 10 team. Team ikut lahh dapat no 7 dengan jatuhan 1044 pin. Ok la tu kan bagi ratu longkang macam saya ni. Hihiiii.. Tapi masa game tu pun saya rasa lagi ok dari masa saya training. Siap training dulu wehhh hari rabu sebelum tu. Maklum la. Dah setahun de kut saya tak main bowling. Kesian kat team ikut lahh kalau saya jadi punca kekalahan teruk nanti. Tapi tak kisah sangat pun kalah menang ni. Kami main saja2 untuk enjoy2 hilangkan stress bekerja. Sekadar suka2. Yang penting semua pun nampak hepi2 je hari tu. Bak kata penganjur dalam emel dia "Tahniah diucapkan kepada semua team yang menang dan tiada sapa yang kalah kerana semua mendapat hadiah"

hadiah cenderahati dan dapat cabutan bertuah dua kali. hihiiii

acara wajib sebelum pulang. terpakse bongkokkan badan sebab danial takut muke dia tak interframe. tula.. dah tau bantut watpe dok belakang. kan dah penat kene menjingkit. lalalaaa..

makluman : kredit to bismi untuk semua photox semasa bowling day. ezza cilok dari muka buku bismi. cepat sungguh la awek kecik tu upload. saya tak bawak personal photog. cume bawak masya sebagai pengurus jurulatih.. :p E66 pun habis bateri. so memang takde gambar sendiri melainkan cilok dari orang. hihiiiii...

8 comments:

Danial Marzuki said...

aik sempt lg perli2 ye...
asal hadiah ezza mcm kecik je...kekeke

cik3zza said...

alamakkk..incik danial terasa ke..??ampunnn..
heiippp..heiipp..bln puase xbaik buli2 kutuk2 org..

xpe..yg pnting dpt cabutan bertuah 2x..jgn jeles!!

Danial Marzuki said...

xaci sebenarnya...asal boleh dpt dua,
danial pun dpt, tp satu je la
jam yg ada corak kucing...kekke

Anonymous said...

ezza ratu longkang..hehhe...:P

cik3zza said...

danial : oittt.. mcm comel je jam corak kucing. esk upload dlm blog. mau tgk. kalau cun kte tukar ehhh.. hihiii

cik anon : yela2...ratu longkangla.. mntang2 xpndai main bowling.. tggu nnt g class bowling plak pasni...

Anonymous said...

ala yg kelas renang tu pun bkn pandai sgt pun berenang..kalo lwn ngan ikan lumba2 pun mesti kena tinggal jauh kat blakang..hahha...v(^^,)v..

cik3zza said...

cik anon : maklumla..selama ni kuat berangan jd mermaid je..xpernah plak berangan nk jd ikan lumba2..

Anonymous said...

ermmm ok la gak mermaid..hehhe..nasib baik x jdik anjing laut..heheh..v(^^,)v..