Thursday, June 10, 2010

Surat Balas Untuk Suami




Ohhhooo. World cup dah nak mule ehh. Saya tak minat bola. So saya tak rase pe2 pun bile orang sibuk2 sane sini cakap pasal world cup ni. Rase macam bosan de la kutt.. Uncle law buat entry Surat Untuk Isteri ehhh.. Meh saya tolong balaskan ikut version saya pulak..



Surat Balas Untuk Suami


"Untuk Isteriku tersayang.. – owwwhhh.. ayat bodek yang membuatkan sayang sedikit terharu.. sikit je la pun..

Semoga berada dalam keadaan sihat dan selamat. Diharap kehadiran surat ini tidak melukakan hari dan perasaan Sayang.Sebenarnya sudah agak lama abang memikirkan akan perkara ini, cuma masanya sahaja dirasakan kurang sesuai. Akan tetapi abang rasa inilah masa yang paling sesuai untuk mencurahkan perasaan yang terbuku dihati selama ini. Harapan abang semoga Sayang dapat membacanya dengan hati yang jujur dan ikhlas dan berlapang dada menerima kehendak abang. – abang pun sile la terima surat balasan sayang ni dengan hati yang jujur dan ikhlas dan berlapang dada. abang urutla dada siap2 ehh.. sayang takut abang terkena serangan jantung nanti..

1. Seperti yang sedia maklum, abang setiap bulan terpaksa menghadapi perangai Sayang yang berubah mengikut pasang surut bulan setiapbulan tanpa gagal. Abang selalu menjaga hati Sayang tanpa soal. Abang jaga Sayang bagaikan menatang minyak yang penuh. Amat besarnya pengorbanan yang abang lakukan selama ini untuk menjaga kerukunan perhubungan kita yang telah bertapak sejak lama? Kini relakah Sayang melakukan pengorbanan yang agak kecil terhadap abang? – Ooohhooo..Besarnye pengorbanan ehhh.. tapi kenapa perlu ungkit dan meminta balasan?? Wekkkk!!!

2. Dr. Joseph S. Blatter dari Klinik FIFA telah mengesahkan yang abang akan mengalami period abang yang hanya berlaku 4 tahun sekali ini dari 11hb Jun 2010 hingga 11hb Julai 2010. Kesan period ini mungkin akan berlanjutan sehingga seminggu selepas tarikh tersebut. Abang akan menghadapi masalah untuk tidur malam dan mungkin berjaga hingga ke awal pagi. Untuk mengurangkan tekanan dan mood abang dalam tempoh tersebut, preskripsi dan cadangan di bawah ini telah disarankan. – kesiannye abang.. senggugut sampai de masalah tidur malam..

3. Dalam tempoh tersebut Sayang dikehendaki sentiasa membaca berita sukan pada akhbar harian yang menfokus tentang Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan. Jika Sayang gagal melakukan perkara ini, Sayang mungkin rasa terabai jika tidak dapat berkomunikasi dengan baik dengan abang pada masa tersebut. Oleh itu Sayang janganlah komplen jika rasa diri diabaikan dalam masa period ini. – tak baca pun tak pe kuttt.. suami yang mengabaikan isteri apa hukumnya ehhh..?? kene tanye ustazah ni..

4. Dalam tempoh period abang ini adalah dimaklumkan bahawa Sayang akan diberi kebebasan untuk menonton rancangan tv kegemaran Sayang dari bermula dari 6 pagi hingga ke 9 malam. Manakala dari 9 malam ke 6 pagi, abang yang akan memegang remote control dan hak memilih channel yang digemari. Sayang dilarang sama sekali menjeling ke arah remote control pada masa tersebut. – yang ni lagila tak kisah.. abang pegang remote control 24/7 pun tak pe.. abang jangan buat2 lupe ehhh.. bukan ke abang layan tv 14’’ kat ruang tamu. Sayang pulak layan tv 34’’ flet skrin dalam bilik atas tilam yang empuk lagi luas.. syok ooo dapat layan tv sorang2 tanpa gangguan.. Abang sila angkut toto, selimut dan bantal sendiri ehhh.. Tak pun nanti kite beli satu katil single size letak depan tv.. Amacam???

5. Jika Sayang terpaksa melintas di hadapan tv di waktu tersebut, Sayang hendaklah tunggu sehingga masa rehat atau commercial break ataupun merangkak perlahan-lahan agar tidak menganggu konsentrasi abang. Jika Sayang bercadang untuk berbogel di hadapan tv pada waktu tersebut, pastikan Sayang memakai pakaian semula selepas itu kerana abang takut Sayang akan demam kerana kesejukan. Abang takut abang tidak mempunyai masa untuk membawa Sayang ke klinik dan juga melayan Sayang selepas itu. – lintas depan tv?? Tak mungkin kutt.. sebab sayang ni baik hati. Dahla abang layan tv kecik. Kang sayang buat iklan lalu lalang depan tv abang dah tak nampak tv pulak… kesiannn..abang takde mase nak bawa pegi klinik ehhh?? Sayang takde hal la.. "dokter syed, pasni kite kuar pegi minum ehhh.. I belanje u.."

6. Semasa perlawanan langsung disiarkan, abang seakan buta, pekak dan juga bisu kecuali bila abang memerlukan pertolongan Sayang untuk membuat air atau mengambil makanan ringan. Kasih sayang abang akan bertambah kepada Sayang jika yang sentiasa memastikan makanan ringan sentiasa tersedia untuk abang semasa perlawanan berlangsung. – kasih sayang saya kat abang akan lagi bertambah kalau abang angkut je tv kecik abang tu letak kat dapur. Senang sikit abang nak amik segale mak nenek makanan yang abang suke. Nak lagi senang, abang letak sebelah peti ais. Tak pun atas peti ais pun ok. Lagi bagus kalau lepas habis game, abang terus buatkan sarapan pagi untuk sayang. Bertambah2 sayang kat abang lepas tu.. I lap u la laling..

7. Sayang adalah dialu-alukan untuk duduk dan menikmati perlawanan bersama abang tetapi Sayang hanya boleh bercakap semasa half time atau commercial break. Sayang dilarang sama sekali menggoda abang pada masa ini terutama jika pasukan yang abang sokong sedang ketinggalan atau berada di ambang kekalahan. – yang ni macam yang tadi gak la.. abang layan la tv kecik abang tu sorang2. Sayang ni kan rabun. Mane la boleh tengok tv kecik2. sakit mata kang. Sayang layan tv dalam bilik lagi syokkk.. sayang rase abang kutt yang akan menggoda sayang nak tumpang tengok tv bile pasukan yang abang sokong di ambang kekalahan. Orang tak dapat terima hakikat memang camtu. Cepat2 je terus tutup tv. Tu kire nasib baik kalau abang tak hempas tv tu ke lantai..

8.Replay untuk setiap gol yang dijaringkan adalah amat penting. Berapa kali replay disiarkan abang tetap mau melihatnya. Sayang tak perlu merungut mengata bahwa gol tu dah tengok kenapa nak tengok lagi? – abang tengokla banyak kali pun. Sayang tau abang cube meniru skill diorang tapi sampai sekarang pun abang masih kaki bangku.. selamat mencuba dan semoga berjaya abang..

9. Sayang perlu memberitahu saudara mara atau rakan karib bahwa jemputan ke jamuan atau kenduri yang diadakan selepas 9 malam ke atas yang memerlukan kehadiran abang tidak dapat dipenuhi kerana abang tak nak pergi. – kalau de orang badan kental2 muke macho sanggup ganti tempat abang temankan sayang takpe kan?? Abang tak kisah kan.. sayang bukan pe.. abang tau je la.. sayang ni kan cantik dan comel. Pegi mane2 kene la bawak bodyguard badan kental2 muke macho bersama. Kalau tak nanti lagi ramai yang mengorat sayang. Sayang tak mengorat diorang pun..

10. Jika kawan abang menjemput kita ke rumah mereka untuk menyaksikan perlawanan langsung bersama-sama, maka Sayang perlu bersiap sedia dengan kadar segera. – abang pegi la sendiri. Sebab sayang dah janji dengan isteri2 kawan abang tu nak pegi holiday dari pulau ke pulau selame yang mungkin. Abang tak bagi duit belanje pun tak pe. Sebab awal2 lagi sayang dah songlap kad kredit mahupun kad debit abang.. abang tak perlukan semua tu kan.. sayang rase abang tak perasan pun kad tu hilang dari wallet abang nanti..

11.Selepas period abang ini abis. Sayang dilarang merungut : siib baik world cup 4 tahun sekali jer.. kerana abang telah immune dengan rungutan tersebut dan juga selepas period ini akan ada pula English Premier League, Serie A, La Liga, UEFA League, Championship League, Piala Malaysia dan lain-lain. – sayang tak merungut la.. sayang takut abang yang merungut lepas tu. Sebab abang kene teruskan sambung tido kat depan tv. Mungkin sampai world cup musim akan datang kutt..

12. Atas kerjasama dan timbang rasa Sayang ini, jika pasukan yang abang sokong menang piala dunia atau player yang abang sokong menang kasut emas..pandai-pandai la Sayang bodek abang untuk dapatkan hadiah? Jika sebaliknya...hendaklah Sayang turut berduka. – kalah atau menang, sayang harap abang pun jangan la terlalu gembira atau berduka. Sebab abang kene bayar segale bil2 kad kredit yang sayang dah joli sakan dengan isteri2 kawan abang tu.. tapi sayang terlupa pulak nak belikan abang bola walau satu pun. abang jangan stress yee..


13. Akhir kata. Majulah Sukan Untuk Negara! – Akhir kata dari sayang gak… bersedia la abang untuk sakit kepala.. hahaha.. gelak keji ni..

Yang benar,

Abang yang sentiasa menyayangi Sayang " – Sayang poket abang jugakkk.. tapi bukan ke abang lagi sayangkan bola.. abang dah keliru ehhh.. melampau la ni nak samekan sayang yang comel dengan bola yang boolat2 tu.. pang..!!!


Tak semua isteri camni kan.. De gak yang minat bola boleh layan same2 dengan husben. Bagusla kalau camtu. Jangan pulak de yang terase dengan entry saya ni. Sekadar suke2 je, ikut pendapat dan version saya sendiri. Sebab... saya memang la tak layan bola.. Uncle law... semua yang di atas adalah benar dan mungkin akan berlaku ehhh.. Sila la bersedia.. hahahahaa...

No comments: