Wednesday, June 23, 2010

Membesar dan Legam Bagaikan Juara

Semalam adalah 1st day bekerja setalah saya bercuti panjang minggu lepas. Maklum je la cuti sekolah dua minggu kan hari tu *cakap macamkan de anak2 kecik bersekolah je kan* Sampai2 je ofis semalam sume pun wish ‘selamat pengantin baru ezza’… what de tutttt..?? Camne la diorang boleh suspek saya cuti kahwin.. Hahaha.. Tak lawak okee..

Awal pagi sampai ofis dapat tau kene pegi meeting pulak. Dahla mood agak ke laut nak buat keje lepas dah cuti panjang. Pegi la gak walaupun blur2 tak ready pe2. Serius la memang macam blur gile dalam meeting. Ingatkan takde sape la perasan. Sekali kene tegur pulak dengan inchek pengerusi. Wuwuuu… agak malu gak la.. Macam tau2 je aii tengah blur2 kan.. Tu la.. Dah tau kene amik minit lagi mau berangan kat belakang. Tu belum lagi dok layan sembang gosip2 dengan kak nora. Siap bisik2 sampai orang lain sume perasan. Hahaa.. Nasib baik la tak kene dok sebelah inchek pengerusi. Kalau tak, memang de yang catat minit tulisan macam cacing kerawit sambil tunduk je sebab malu gile.. Biase la. Saya kan pemalu bile jadi tumpuan ramai. Hahaha.. Macamkan de orang nak perati..

Tapi yang tak best tu, ramai pulak yang tegur muke saya agak gelap sikit. Adehhh… Ni yang malas nak pegi mandi manda selalu ni. Penat2 nak putihkan kulit, sonang2 yo nak hitamkan balik. Huhuuu.. Kalau doc Nathan tau saya main panas ni, tak pasal2 je kene bebel2 ni kang. Mentang2 la bulan ni takde appointment, sangat berjinggo katak lupe pesan doc sume. 1 Julai nanti kene mengadap menjawabla dengan doc kalau muke masih legam.

Sejak balik bercuti panjang ni, saya rasa de satu tabiat yang kurang sihat dah melekat nak jadi sebati. Saya rasa berat badan saya akan naik mendadak bagaikan juara.. Owhhh tidakkkk!!! Ni sume gara2 tibe2 saya jadi kuat makan. Tak tau la kenapa. Lepas makan pun nak makan. Tengah makan pun masih boleh pikir lepas ni nak makan pe pulak. Orang lain yang mengidam mengandung, takkan orang lain pulak terkena tempias berselera gile makan. Biasenye saya tak makan nasi sebulan pun saya tak kisah. Sebab saya memang la bukan seorang penggemar nasi. Tapi sekarang ni, hari2 makan nasi wooo.. Breakfast makan nasi, lunch nasi, balik keje kang balun nasi lagi.. Pe kes niii.. Dulu susah gile nak suruh breakfast dan lunch. Sebab saya lagi rela tido dari kene makan. Hahahaa.. Tido tu lagi indah tau dari makan. Huhuu.. Mari mulekan berdiet tanpa perlu berlapar dan menahan makan…!!! Hoyeahhh…!!

Konon2 nak buat entry trip percutian last week. Tapi hangen punye pasal malam tadi, makanya tak siap2 la buh watermark kat segala pics yang de. Tunggu mood berbunga riang dulu la ehh..

No comments: