Monday, June 28, 2010

Setahun Sudah Berlalu

Genap setahun dah insiden ni terjadi. Tapi saya masih ingat lagi sampai hari ni. Mungkin masih trauma dengan pe yang jadi. Kejadian yang hampir2 meragut nyawa. Huisshhh.. Nasib baik nyawa kami masih panjang. Dan tuhan masih mahu kami terus hidup sampai ke hari ni. Syukur~~

Tak ramai yang tahu pasal kejadian ni. Mereka2 hanya tahu yang saya terlibat dalam kemalangan. Tu je. Takde yang tau cerita sepenuhnya. Rase macam takde kekuatan nak ingat balik kejadian ngeri malam tu. Setiap malam saya akan terjage dari tidur dalam keadaan terkejut dan ketakutan seolah-olah terdengar bunyi dentuman yang kuat tu. Dan ada masanya saya akan menangis. Saya jadi mudah terkejut. Memang seksa hidup dalam keadaan trauma.

Mase kejadian, kete tu masih belum berusia setahun pun lagi. Lokasi kejadian kat area Tanjung Malim. Sewaktu perjalanan balik dari Perlis ke Selangor. Waktu kejadian sekitar jam 1 pagi. Akibat kepenatan dan tak cukup rehat menyebabkan mate jadi mengantuk yang teramat sangat. Memang letih gile. Dah banyak kali behenti rehat dan tido. Tapi tetap terlelap dalam tak sedar. Semuanya berlaku sangat pantas. Saya terdengar dentuman kuat. Saya menjerit bagai nak gile dan tersedar. Keadaan dalam kereta yang huru hara. Semua barang2 tercampak dan bertabur. Adik sepupu dah menangis tercampak bawah seat. Saya tertanye2 bunyi pe tadi?? Langgar pe tadi?? Memang blur gile mase tu. Kosong tak rase pe.

Pintu sebelah kanan depan dan belakang tak boleh nak bukak. Terpakse keluar melompat ikut pintu kiri. Tengok keadaan kereta, pun tak boleh nak fikir lagi. Mamai gile mase tu. De kereta lain behenti cerita pe yang diorang nampak. Baru sedar, kereta saya langgar divider tengah2 highway. Dan nasib baik tak lepas ke lorong bertentangan. Saya tak boleh fikir pe2. Diam. Tak menangis langsung bagaikan takde perasaan. Tapi menggigil 1 badan.

Sampai rumah pukul 3 lebih. Mak bukakkan pintu. Tibe2 terasa hiba nak bagitau mak yang saya eksiden. Tapi saya tak menangis. Cume suara agak bergetar. Mak kejut ayah suruh bangun. Saya tak tau same de ayah marah atau rase bersalah mase tu. Ayah diam je tak cakap pe2. Mungkin ayah marah sebab tak hati2. Ataupun ayah serba salah sebab ayah yang beria suruh saya ke Perlis mase tu. Bende nak jadi. Saya tak salahkan sape2. Saya tidur dalam keadaan masih blur. Serius saya rase macam takde rase pe2 mase tu. Saya sedar tapi tak boleh nak fikir pe2.

Pagi esoknya terjage dari tidur baru saya sedar pe yang dah jadi. Saya nangis semahu-mahunya. Tanpa tertahan-tahan saya menangis. Takde perasaan malu dah mase tu. Saya rase takut sangat. Syukur saya tak cedera sikit pun. Cume terasa sakit2 badan dan demam sikit. Mungkin sebab terkejut. Kalau la kejadian malam tu jadi lebih teruk, saya tak dapat nak bayangkan. Memang ngeri nak bayangkan. Syukur semuanya tak apa2. Kejadian tu pun dah cukup buat saya betul2 trauma dalam tempoh yang lama. Mintak di jauhkan saya dari malapetaka tu semua. Saya tak sanggup nak hadapi sekali lagi..


pagi selepas kejadian.. blur gile.. sampai amik gambar semua pun blur.. *ni la 1st amik gambar kete ni sejak dari beli.. 1st pic dah camni rupe dia..*



dah berminggu2 selepas kejadian baru nak hantar kete pegi bengkel..

No comments: