Saturday, June 5, 2010

Sarapan Pagi Sabtu Yang Berkhasiat




Setelah melalui weekdays yang sangat meletihkan dan memenatkan, hari ni konon2 nak rehat kat rumah dengan senang hati. Berangan konon2 nak bangun lambat sampai ke tengahari.. *anak dara lain sila jangan ikut ehh* Tapi pagi ni bukak2 je mate terus teringat baju2 kotor yang dah menimbun tinggi macam gunung berapi nak meletus. Awal2 pagi gagahkan gak badan, celikkan gak mata nak mendobi semua baju kotor yang de. Gile banyak weeehhh..

Dah nak tengahari baru sempat nak cari sarapan. Tu pun cari je pe yang de dalam peti ais *dasar rajin sangat nak masak* Nasib baik la hari tu de beli susu dengan cornflakes. Yummyyy… Menu yang sedap, mudah di sediakan dan cepat di makan. Ni la menu favourite saya untuk bersahur di kala bulan puasa. Hari2 makan cornflakes rendam susu pun tak pe. Yang penting susu mestilah susu segar dutch lady dan mestilah sejuk. Kalau tak nanti cornflakes cepat je lembik dan jadi tak sedap sebab tak crunchy2. Ooowwhhh..lagi sedap kalau campur dengan almonds ke..nuts ke.. Huhuuu.. Sedapnyee..




Tahukah anda, cornflakes bukan je menu sarapan yang sedap dan lazat, tetapi juga mengandungi 10 vitamin dan mineral penting termasuk kalsium dan zat besi untuk memulakan hari anda. Camne??? De gaya untuk jadi duta cakap cornflakes tak?? Mule dah nak berangan.. Hehee..

1 comment:

mudah said...

wei..mangkuk tu mcm bekas maggi kari jerk...hehehe...