Thursday, June 10, 2010

Akhirnya Terjawab.. Saya di BTN

Rase2nye ramai yang dah tau ke mana saya menghilang 5hari minggu lepas. Mehla hari ni saya bagitau perkara yang sebenar. 'Nana..akak bukan pegi MSK ehh dik.. Akak kene pegi BTN la.. Tu yang pakai ala2 budak sekolah tu..' Nak cerita banyak pun macam dah tak berape nak ingat pulak *padankan muke sape suruh perap cite lame2 sangat kan*

Pegi 5hari je pun.. Kat mane ehh sampai kene naik flight bagai tu kan.. Siap bawak beg penuh 3troli. Tu sume saje je nak bagi gempak kat uols.. Tu pics mase bercuti ke langkawi bulan mac hari tu la. Saya pegi BTN tak jauh pun.. Kat UPM serdang je.. Kat ofis lama sendiri.. Hahahaa.. Poyo kan.. Sebelah rumah jeee.. Dan saya berjaya bawak 1 luggage je. Tapi memang full gile la. Nasib baik dapat bilik aras 1. Tu pun naik semput angkut naik tangge sorang2. Berat weehhhh..

Peserta lain sume berkumpul kat padang kawad tinggal kete angkut segale beg naik bas pegi kat kolej kediaman. Tapi saya terus naik kete zasss ke kolej pendeta zaaba. Kata ex-staff kan. Sticker pegawai kat kete pun de kan. Harusla gunekan sebaiknye.. Nak pulak uncle law yang hantar. Sah2 la dia staff UPM. Takde dah guard nak tahan tamoo bagi masuk. Tunjuk kad staff confirm terus lepas. Ni bukan salah gune kuase ehh..

BTN ni kire macam ok la..bolehla.. Bile balik dari BTN sume orang tanye camne BTN, tu je la jawapan saya. Sebab peserta terlampaula ramai. De 5 kolej kediaman yang digunakan. Total peserta semua adalah almost 3k, so macam agak kesian la kat urusetia yang huru hara nak uruskan macam2 nak bagi yang terbaik. Dan sebab tak buat kat kem, maka kami semua terlepas dari kene buli kow2. Aktiviti senam pagi, riadah, kembara..sume pun takde. Yang de cume la duduk dan dengar ceramah. Cakap2..bebel2.. Memang mengantuk wehhh.. Tu yang saya boleh layan tido dalam dewan mase tengok movie 'Hati Malaya'. Mule2 cite dari zaman penjajahan. Saya sedar2 bile Tunku Abdul Rahman dah laungkan 'Merdeka..merdeka..merdeka...' Haaa.. pe jadi kat saya dalam pertengahan cite tu?? Heheeee...

Kawan-kawan semua pun ok. Walaupun 5hari je, tapi rase macam cepat je dah mesra dengan diorang sume. Nasib baik la diorang sume pun kepala mengong dan gile2. So takde la saya rase macam teramat la sopan dan santun kene cover2 ayu.. Urusetia, fasilitator dan jurulatih semua pun ok. Yang paling best sekali bile de urusetia, fasi dan jurulatih dari kampung saya. Boleh pulak la jumpe orang kampung. Dah la saya tak kenal mereka2. Tu yang kene sound 'camni la orang kampung..tak kenal orang kampung sendiri..' Ampun la ehh encik2.. Saya ni rabun ayam kutt.. Heheee..

Ehhh.. dalam pada tak tau nak cite pe.. saya rase macam dah panjang sangat pulak saya membebel. Panjang berjela karangan ni. So, pe kata uols layankan pics je.. Boleh la ehh..


peserta pompuan group 6 Kolej Pendeta Zaaba.. liza dengan shim takde dalam pic.. lin tengah on de way tu..


liza si mak buyong tetap la takde


ady yang suke over posing.. habis tak nampak orang lain kat belakang.. ni aktiviti malam mase nak pegi dewan de nonton2..


tengah berkumpul sebelum pegi dewan


sebelum naik bas nak ke dewan besar untuk exam.. tengah2 panas pun boleh posing2 lagi


dan lagi


dan dalam bas pun.. orang lain sibuk study.. kami sibuk posing2


shah dengan sue pulak hilang.. lepas exam sementara nak tunggu bas amik balik KPZ


amar dengan jasz gaduh pe entah.. satu2nye pic yang de nampak saya in full black and white uniform..


amar gedik.. keje menyakat jasz je..


semua pun gedik..lalala..


amar yang over suke pose kat depan ala2 model majalah mangga


wan dan amar yang over posing. semua pun muke ceria sebab dah nak balik..


Poyo kan diorang sume..?? Nasib baik dapat member2 yang ok. So takde la terasa macam lame sangat 5hari tu. Jangan tak tau. Hari2 pun saya dok menghitung hari nak balik tau. Heheee.. Rase macam banyak sangat pulak pic kat entry ni. Ni sume gara2 malas nak bebel panjang2.. Tak pe kan?? Kire saya dah tunaikan janji gak la nak buat entry secara random ke mana saya hilang 5hari hari tu.. Aci la kan??

No comments: