Thursday, March 17, 2011

Kematian itu pasti

Malam semalam tertengok drama melayu kat channel 9. Tak pasti tajuk cite pe. Tengok dah hujung-hujung Rusdi Ramlee berlakon jadi OKU. Betul-betul tengok part mak dia meninggal. Sambil tengok sambil makan sup pedas panas-panas. Sok..sek..sok..sek.. Konon pedas. Padahal nanges layan drama. Tersentuh tengok part anak-anak tak dapat terima kenyataan mak diorang dah takde. Ya Allah..sesungguhnya saya belum bersedia untuk hadapi saat tu nanti. Baik mak, ayah, akak atau adik-adik.. Sungguh saya takut kehilangan salah sorang dari mereka.

Saya akui saya bukan anak yang akan hari-hari telefon mak ayah cakap rindu-rindu, sayang-sayang. Memang janggal nak sebut. Seingat saya, sekali je dulu saya pernah sebut rindu sangat kat mak. Tu pun sebab saya kat kedah. Di awal-awal hidup jauh merantau. Mak gelak je masa tu. Terkejut kot. Mesti mak tak boleh nak tido malam tu sebab risau saya buang tebiat. Pernah dulu saya demam teruk. Malam sebelum tido saya makan ubat. Pesan kat mak esok jangan kejut saya bangun tido, saya nak tido lama-lama. Niat kat hati, sebab saya nak tido puas-puas biar cepat sembuh. Rupanya mak fikir lain. Malam tu mak tak boleh tido. Sibuk jaga saya sebab risaukan saya tak bangun-bangun lepas tu. Biar pun saya tak pandai luahkan rasa sayang saya kat mereka, tapi sememangnya saya sayangkan mereka. Saya tak sanggup kehilangan salah sorang dari mereka.

Pagi ni sampai ofis awal sangat. Biasa la cuti sekolah. Jalan ke KL mana jammed. Pukul 6.50 pagi dah sampai bukak pintu ofis. Bila kawan-kawan ofis sampai, dapat berita husben ofismate meninggal malam tadi terkena serangan jantung. Dalam usia muda. Ya Allah.. Besarnya dugaan yang Kau beri pada mereka. Anak-anak masih kecik. Saya berkesempatan untuk pegi ziarah arwah. Anak-anak kecik tu berlari riang di luar surau. Tak mengerti apa yang berlaku di sekeliling. Saya percaya anak-anak kecik itu sudah faham erti kehilangan. Cuma tadi bila ramai kawan-kawan di sekeliling, mereka tak sedar ayah mereka telah tiada. Pergi meninggalkan mereka untuk selamanya. Mungkin malam ni, mungkin esok lusa, anak-anak itu akan bertanya mana ayah mereka. Mereka akan tetap rindu dan bertanya mana ayah mereka bila mereka teringat. Tak sanggup rasanya membayangkan keadaan tu. Apatah lagi untuk meletakkan diri dalam situasi tu. Sedangkan berpisah hidup pun rasa tersiksa bila rindu. Walhal masih boleh berjumpa selepas tu. Ni kan pulak berpisah mati. Macam mana lagi nak jumpa bila rindu?? Hanya doa yang mampu di hadiahkan. Mati itu pasti. Cuma kita tak tahu bila pula sampai masa kita nanti. Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan semoga keluarga arwah tabah hadapi dugaan ini.

No comments: