Thursday, February 17, 2011

Kalau Dah Jodoh :B



Kebetulan. Pagi tadi keluar rumah dah terlambat sikit. Padan muka tertinggal tren. Tren selepas tu adalah special tren. Coach adalah bercampur lelaki perempuan. Sebab special tren ni panjang de 6 coach, so takdela sesak sangat walaupun kene berdiri. Biasanya kat stesen serdang memang susahla nak dapat peluang nak duduk. Saya berdiri kat sebelah seat sorang amoi. Dan kat sebelah dia de sorang laki melayu tengah syok tido. Tibe2 terperasan satu benda kat mamat tu (ter ke?? atau sengaja tengok) Senyum sorang2. Dalam hati..'alahaiiiii.. suwitnyeeee..' Nak tau pe?? JAM TANGAN KITORANG SAMA!!! Jangan imagine mamat tu pakai jam tangan pempuan pulak. Tak..tak..

elle EL501

1st time ni jumpa orang yang pakai jam sama. Cuma dia punya yang new edition. Masa saya beli tahun 2009 dulu cuma de kaler standad je. 1kaler tu je. Baru2 ni tengok dah de kaler hitam pulak. Smart. Saya memang suka pakai jam tangan besar dan berat. Jam saya ni pun takdela nampak macam jam laki sangat pun. Entah. Saya rasa jam ni unisex. Sesuai je kot.


Jam ni la benda yang buat FH tak puas hati kat saya sampai sekarang. Sebab saya pegi beli sendiri tak ajak dia. Tau2 balik keje tayang2 kat dia. Bukan dia tak bagi pegi beli sendiri. Dia bising sebab tau nanti saya tipu2 harga. Hahaha.. Memangla. Mana boleh bagitau harga sebenar. Nanti kene bebel2 sebab beli mahal2. So cakap jela beli murah2 yang lelong2 punya. Padahal, new arrival. Tapi banyak kali kantoi bila pegi kedai jam. Sebab mesti FH nampak jam yang sama pastu usha2 harga. Pastu mula la cakap..'tu kenapa harga lain??' Hahahaa.. Terus senyum manis2 elak kene jawab soalan. Gagaggaga... Tapi memang sekarang ni tengok jam yang sama design ni harga dia makin mahal la. Nasib baik dah beli awal2 dulu. Boleh trade in.. :p

jam yang dah calar balar akibat keganasan rumahtangga

Sampai kat kl sentral, amoi tu turun. So saya duduk betul2 sebelah mamat jam sama tu. Senyum2 dalam hati. Malu2 sendiri. Lawak!! Bila mamat tu perasan je jam kami sama, terus dia macam sorok2 tangan. Saya takdela over ramah tamah sampai nak sakat2 orang sesuka hati kan. Dok diam2 jela kat sebelah. Tapi dalam hati rasa macam nak gelak pun de. Sampai kat stesen bank negara, dia pun turun gak. Apakah??? Dia 1 ofis ke?? Saya tak amik tau pun. Terus cepat2 jalan tak toleh2 belakang sebab dah lambat masuk ofis wehhh..

5 comments:

Danial Marzuki said...

haha lawak2...
wow template dan header baru,
nmpk sgt bulat dlm header tu..

cik3zza said...

alaaa... danial ni dengki la.. jap lg pilih pic lain la..

Anonymous said...

betul la .. anda semakin bulat .. tidak kah anda perasan ? hikhikhik :D

Danial Marzuki said...

nampak sgtkan??

cik3zza said...

baiklahhhh.. saya ezza yang bolat tapi xgemookk.. :p