Tuesday, February 1, 2011

Apa masalah kau??? KECOH!!!!!

Kalau nak diikutkan rasa marah dalam diri ni, rasa macam nak maki tepat2 kat batang hidung orang tu. Tapi kang kata saya ni takde adap pulak..tak cool pulak.. Pastu kang kata, 'lek la beb, member gurau2 pun nak sentap..' Mangkuk ko gurau. Agak2la kan kalau nak gurau. Berani gurau depan2 la kan. Cakap belakang buat pe. Takut kene sembur balik ke??


'' Sepanjang aku susah payah uruskan majlis kahwin ni, takde pun rasa2nya aku susahkan ko. Buat kerahan tenaga ko sikit pun takde. Setitik peluh ko pun aku tak hutang. Dah tu yang ko nak kecoh2 kat orang lain cakap pasal majlis aku ni pe hal?? Aku tak harap pun ko nak tolong. Ko tanya pe progres pun dah cukup baik. Tapi tak jugak. Lagi ko nak kata belakang pasal aku lagi de la. Bukan kata nak bagi semangat. Nak downkan aku lagi de la. Ko pe hal yang sakit hati sangat dengan aku. Aku kahwin ni pakai duit ko ke?? Aku kahwin lambat2 ni kacau laki ko ke?? Tak kan?? So boleh tak dok diam2 je. Bising2 macamkan ko susah. Macamla ko yang sponser. Ko dah kahwin, ko patut tau camne susahnye nak uruskan macam2 sebelum majlis. Aku tak tau pulak kalau masa ko dulu semuanya lancar je. Yela. Aku lupa. Ko anak orang kaya sangat kot. Duit melambak la sangat!!! ''


Pedih hati simpan bende ni sorang2. Memang mulanya malasla nak kecoh2. Saya faham. Macam2 dugaan akan datang pada masa2 ni. Tapi saya sedih. Kenapa la dalam saya diam2 uruskan semuanya sendiri dengan family, tetap gak de orang lain bising2 macamkan saya ni kerah tenaga dia. Saya tau saya dah bertunang dalam tempoh yang lama. Lebih 3tahun. Tapi kami de sebab kami sendiri kenapa kami pilih jalan ni. Takkan kat semua orang saya nak canangkan sebab pe kami begini, sebab pe kami begitu. Biarla antara family kami je yang tau. Saya bukan kecoh macam dia tu. Semua benda pun dia nak canang. Semua bende pun dia nak jerit. Kecoh la luuuuu..!!!


Tak faham kenapa la de insan yang sentiasa dengki dengan orang lain. Kalau tengok orang lain lebih dari diri sendiri, cube lihat balik pada diri sendiri. Kenapa mereka boleh lebih berjaya. Kenapa kita tak jadi lebih baik dan berjaya macam mereka. Bukannya menghasut orang lain untuk sama2 mencari kekurangan mereka, menjaja2 keburukan mereka. Yang baik kita tak nampak. Yang buruk tu jela yang kita asyik nak kata. Dasar manusia dengki!!!!


p/s : gurau, gurau gak beb..
tapi tak semua orang gurau tahap busuk macam ko.
tahap mulut longkang..
kepochi gile!!!

1 comment:

Dim Benihana said...

wah marah nmpak...rilex2
g amek wuduk, then mesti ok skit..